![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- RIMAN, jenama kecantikan Korea (K-beauty) dan Kesejahteraan premium telahpun mengadakan konvensyen Asia-Pasifik sulungnya, "2025 RIMAN Convention Macau – Bloom with RIMAN" di Londoner Hotel Macau pada 1 dan 2 November 2025 seiring bersama kira-kira 3,000 pemimpin dan pengedar global dari Korea, Malaysia, Singapura, wilayah Taiwan, Hong Kong SAR, Filipina, Amerika Syarikat, Mexico, Jepun dan juga Australia. Konvensyen ini memaparkan visi dan strategi jenama RIMAN melalui sesi pendidikan bagi tujuan kepimpinan, pembentangan strategi perniagaan dan juga majlis penyampaian anugerah.
"Konvensyen ini memperlihatkan lonjakan RIMAN ke arah menjadi jenama global, memperkukuh kolaborasi dan menyebarkan kecantikan asli ke seluruh dunia," kata seorang wakil RIMAN.
Pintu masuk konvensyen ini mempamerkan imej Giant BYoungPool™ yang dihiasi seperti sebuah pameran yang menjadi tempat bergambar popular dan acara ini dimulakan dengan persembahan Taekwondo yang dinamik.
Melalui perbincangan panel mengenai kecantikan Korea, para pemimpin dari pelbagai pelosok dunia berkongsi pandangan daripada pengalaman dan kajian pasaran mereka.
"Terasa sungguh menginspirasikan apabila dapat melihat pengedar RIMAN APAC berhimpun di satu tempat, disatukan oleh visi bersama yang melangkaui sempadan, yang merupakan aset terbesar kami," ujar Youngsu Hwang, Ketua Pegawai Jualan Global.
Menjelang bermulanya konvensyen utama, para pemimpin berhimpun bagi mengikuti latihan kepimpinan dan sesi strategi pada 31 Oktober dan disusuli dengan majlis makan malam gala sebagai sambutan dan perangkaian.
Pengerusi Joonghyun Ahn menyampaikan ucapan pertama di acara ini yang mengetengahkan kisah penubuhan RIMAN, falsafah pengurusan dan manfaat luar biasa daripada ramuan warisannya, Giant BYoungPool™.
Acara ini turut memperkenalkan rancangan pengembangan 2026 ke Eropah dan Amerika Selatan, di samping barisan produk penjagaan kulit generasi akan datang yang seterusnya mengesahkan sekali lagi kepimpinan dan inovasi K-Beauty global RIMAN.
Kejayaan konvensyen Asia-Pasifik di Macau ini mengesahkan sekali lagi misi RIMAN untuk mentakrifkan semula persepsi global terhadap kecantikan Korea melalui kemampanan, ketelusan dan kualiti tanpa kompromi di seluruh dunia.
Latar Belakang RIMAN
Ditubuhkan pada tahun 2018 di Korea Selatan, RIMAN ialah sebuah syarikat jualan langsung kecantikan dan kesejahteraan bertaraf global yang mentakrifkan semula kecantikan korea (K-Beauty) melalui ramuan warisan dari Pulau Jeju dan inovasi yang canggih. Di Ladang Pintar Jeju, RIMAN mengurus setiap langkah bermula daripada penanaman bahan mentah hinggalah pembangunan produk, termasuk bahan utamanya, Giant BYoungPool™—kultivar Centella Asiatica termaju yang diberikan Perlindungan Varieti Tumbuhan 20-tahun oleh Jabatan Pertanian A.S. (USDA) pada September 2025 dan oleh Perkhidmatan Perhutanan Korea pada Julai 2022.
Berpandukan falsafahnya untuk memberikan perbezaan yang disukai oleh orang ramai, RIMAN mencipta penyelesaian penjagaan kulit dan kesejahteraan yang inovatif dan boleh dipercayai yang memperkasakan individu di seluruh dunia untuk menjadi diri mereka yang paling berseri.