![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 4 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai ahli dalam Buku Tahunan Kelestarian S&P 2026 serta dimasukkan dalam Dow Jones Best-in-Class (DJ BIC) Asia Pacific Index.
Buku Tahunan Kelestarian diterbitkan setiap tahun oleh S&P Global, salah satu penyedia penanda aras yang terkemuka di dunia untuk modal global, berdasarkan Penilaian Kelestarian Korporat (CSA). Ditubuhkan pada 1999, penilaian mendalam ini menilai secara komprehensif bagaimana syarikat-syarikat menunjukkan prestasi dari segi kewangan dan dalam amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Tahun ini, lebih 9,200 syarikat merentas 59 industri telah dinilai oleh S&P Global, dengan hanya 848 syarikat kemudiannya dipilih untuk menjadi sebahagian daripada Buku Tahunan Kelestarian. Coway diiktiraf dalam Buku Tahunan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut, disenaraikan dalam kelompok 15% teratas syarikat bagi industri Barang Tahan Lama Isi Rumah.
Selain itu, untuk tahun ke-13 berturut-turut, Coway turut dimasukkan dalam DJ BIC Asia Pacific Index antara pilihan 20% teratas daripada kira-kira 600 syarikat di rantau ini. Khususnya, syarikat mendapat penilaian yang lebih baik dalam beberapa kategori ESG pada tahun ini, termasuk pengurusan tenaga dan sisa, pemuliharaan biodiversiti, kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta perlindungan data.
Sejak menubuhkan Jawatankuasa ESG pada 2021, Coway terus memajukan strategi dan amalan pengurusan ESG. Komitmen ini menyaksikan Coway melaksanakan rangka kerja seluruh syarikat berasaskan tiga tonggak utama: mewujudkan sistem pengurusan neutral karbon, menggalakkan pertumbuhan mampan serta memperkukuh tadbir urus yang telus dan lestari.
Contoh inisiatif ESG Coway termasuk:
Seorang pegawai Coway berkata, "Melalui strategi dan inisiatif pengurusan ESG kami yang berterusan serta berpandukan penanda aras global, Coway kekal komited untuk mencapai pertumbuhan mampan dan juga perubahan sosial yang bertanggungjawab. Kami akan terus berusaha memperkukuh daya saing global kami dalam amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus kami."
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah syarikat peralatan persekitaran rumah terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa melalui peralatan rumah inovatif seperti penapis air, penulen udara, bidet dan tilam. BEREX, jenama tidur & kesejahteraan syarikat, bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup melalui tilam dan kerusi urut canggih. Sejak ditubuhkan, Coway telah menjadi peneraju dalam industri peralatan persekitaran rumah melalui penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan perkhidmatan pelanggan yang intensif. Syarikat membuktikan dedikasi kepada inovasi melalui produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesihatan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk serta menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, Amerika Syarikat, Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Pada 2025, syarikat melancarkan Coway Life Solution, platform penjagaan warga emas premium yang menawarkan penyelesaian penjagaan diperibadikan yang disesuaikan mengikut peringkat kehidupan yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.