omniture

CARiNG Pharmacy Perkenal Kempen "Empowering Women, Inspiring Wellness" Bagi Menggalakkan Wanita Lebih Proaktif Menjaga Kesihatan

CARiNG Pharmacy
2026-05-04 16:27 9

Kempen baharu ini memfokuskan pendekatan holistik terhadap kesihatan wanita dengan menghubungkan kesejahteraan dalaman, kesejahteraan luaran dan kesihatan mental dalam kehidupan seharian

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mei 2026 /PRNewswire/ -- CARiNG Pharmacy, bersama Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy di bawah BIG CARING Group, telah melancarkan kempen "Empowering Women, Inspiring Wellness", satu inisiatif jangka panjang yang bertujuan menggalakkan wanita mengambil pendekatan yang lebih proaktif terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka. Melalui kempen ini, CARiNG Pharmacy berpernanan sebagai rakan penjagaan kesihatan komuniti yang mudah diakses, dipercayai dan holistik dalam menyokong wanita pada setiap peringkat kehidupan.

Lim Chee Mun (kedua kanan dari tengah), Ketua Pemasaran Produk BIG CARING Group melancarkan kempen “Empowering Women, Inspiring Wellness” CARiNG Pharmacy bersama rakan jenama bagi menggalakkan wanita mengutamakan kesihatan mereka.
Lim Chee Mun (kedua kanan dari tengah), Ketua Pemasaran Produk BIG CARING Group melancarkan kempen “Empowering Women, Inspiring Wellness” CARiNG Pharmacy bersama rakan jenama bagi menggalakkan wanita mengutamakan kesihatan mereka.

Kempen ini mencerminkan keperluan yang semakin meningkat untuk menyokong wanita dalam mengurus kesihatan mereka secara lebih konsisten. Realiti yang dihadapi ramai wanita hari ini yang perlu mengimbangi pelbagai tanggungjawab sehingga penjagaan diri sering diketepikan. Walaupun tahap kesedaran wanita terhadap kesihatan dan kesejahteraan semakin meningkat, CARiNG Pharmacy mendapati bahawa masih ramai wanita yang menangguhkan tindakan dan hanya mendapatkan bantuan apabila timbul tanda-tanda masalah.

Melalui kempen ini, CARiNG Pharmacy berhasrat mengubah minda tersebut dengan menjadikan penjagaan kesihatan dan amalan self-care lebih mudah diakses, praktikal dan senang diintegrasikan dalam kehidupan seharian. Ini termasuk tumpuan terhadap kategori kesihatan utama seperti vitamin dan suplemen, penjagaan kulit, NMN dan probiotik, bagi menyokong keperluan wanita merentasi pelbagai peringkat kehidupan.

Teras kepada kempen ini ialah pendekatan yang lebih holistik terhadap kesihatan wanita, dengan mengiktiraf hubungan antara kesejahteraan dalaman seperti pemakanan, keseimbangan hormon, tenaga dan imuniti; dengan kesejahteraan luaran termasuk kulit, rambut dan keyakinan diri. Dalam masa yang sama, aspek kesihatan mental dan emosi turut diberi perhatian dengan mengambil kira tekanan dan tuntutan harian terhadap kesihatan keseluruhan.

Mengulas mengenai kempen ini, Wong Siew Lai, Ketua Pegawai Pemasaran BIG CARING Group berkata, "Realitinya, kebanyakan wanita bukan mengabaikan kesihatan mereka kerana tidak peduli, tetapi kerana setiap hari mereka beralih dari satu tanggungjawab ke tanggungjawab yang lain – mengimbangi kerja, keluarga dan komitmen seharian. Apa yang kami lihat di farmasi kami adalah ramai hanya mengambil tindakan apabila keadaan sudah tidak selesa atau membimbangkan. Pada masa yang sama, terdapat juga perubahan positif dengan lebih ramai wanita mula bertanya lebih awal dan mengambil peranan yang lebih aktif terhadap kesihatan mereka. Melalui kempen ini, kami ingin menggalakkan wanita untuk mengambil pendekatan yang lebih proaktif dan berteraskan penjagaan pencegahan terhadap kesihatan mereka, serta berasa yakin untuk melakukannya dengan cara yang realistik dan mampan."

Kempen ini turut disokong oleh rangkaian jenama kesihatan dan kesejahteraan yang dipercayai bagi memenuhi keperluan wanita di setiap peringkat kehidupan. Antara jenama yang terlibat termasuk Herbs of Gold, Lang Bragman, VitaHealth, Kinohimitsu, BiO-LiFE, PureMed, Curatica, Swissmed, Life Factor, Lennox, Boony & Co serta jenama kecantikan dan penjagaan diri seperti La Roche-Posay, CeraVe, Cetaphil dan Treecell, yang menawarkan pelbagai solusi merangkumi suplemen, nutrisi, penjagaan kulit dan penjagaan diri.

Kempen "Empowering Women, Inspiring Wellness" dilancarkan sempena acara kesihatan wanita CARiNG Pharmacy iaitu "Reset Your Me-Time", yang menghimpunkan pakar kesihatan, rakan kolaborasi dan komuniti bagi memulakan perbualan mengenai pendekatan proaktif dan holistik terhadap kesihatan wanita. Acara ini menampilkan sesi panel bersama Lim Chee Mun, Ketua Pemasaran Produk BIG CARING Group, Dr Amanda Elli atau lebih dikenali sebagai Dr Unicorn dan pengasas bersama DoubleWoot Helen Tan, yang berkongsi perspektif mengenai kesihatan, keyakinan dan ekspresi diri. Turut diadkakan ialah pertunjukan runway oleh DoubleWoot.

Nantikan lebih banyak tawaran eksklusif untuk produk kesejahteraan wanita, serta aktiviti-aktiviti yang disediakan khas untuk wanita dengan mengikuti CARiNG Pharmacy dia Facebook (www.facebook.com/caring2u/), Instagram (www.instagram.com/caringpharmacy_my/) dan laman web rasmi (https://www.caring2u.com/).

Source: CARiNG Pharmacy
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Supplementary Medicine Women-related news DEI Page