![]() |
Di samping ketersediaan baharu pada AWS ap-southeast-1, Pinecone mengumumkan enjin pengetahuan Nexus, bahasa pertanyaan KnowQL, Marketplace, peringkat Builder dan carian teks penuh natif
SINGAPURA, 5 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Pinecone, infrastruktur pengetahuan untuk AI pada skala besar, pada hari ini mengumumkan pelancaran rantau tanpa pelayan pertama di Asia dengan Rantau AWS Asia Pasifik (Singapura) (ap-southeast-1), membawa pangkalan data vektor tanpa pelayan penuh dan infrastruktur pengetahuan ke pasaran Asia Pasifik. Rantau baharu ini membolehkan organisasi di seluruh Asia Tenggara, Australia dan Asia Pasifik yang lebih luas dapat menjalankan beban kerja AI dengan prestasi kependaman rendah dan kediaman data tempatan.
Pelancaran rantau Singapura bertepatan dengan beberapa siri pengumuman produk utama daripada Pinecone, termasuk pengenalan Pinecone Nexus, enjin pengetahuan untuk agen AI; KnowQL, bahasa pertanyaan pengisytiharan untuk dapatan semula agentik; Pinecone Marketplace dengan lebih daripada 90 aplikasi pengetahuan sedia pengeluaran; peringkat Builder baharu pada $20 sebulan; carian teks penuh natif dalam pangkalan data teras Pinecone; dan Nod Bacaan Khusus (Dedicated Read Nodes) untuk beban kerja daya pemprosesan tinggi dan kependaman rendah yang memberikan penjimatan kos hingga 97% pada skala besar.
"Infrastruktur pengetahuan terbaik seharusnya dapat diakses oleh setiap pembina, di setiap rantau," kata Ash Ashutosh, Ketua Pegawai Eksekutif Pinecone. "Pelancaran rantau tanpa pelayan pertama kami di Asia menandakan pencapaian penting untuk Pinecone. Kini, organisasi di seluruh Asia Pasifik mempunyai akses kepada infrastruktur yang sama dengan lebih daripada 9,000 pelanggan di seluruh dunia bergantung padanya -- bersama kediaman data, kependaman rendah dan kedekatan yang diperlukan oleh perusahaan di rantau ini. Digabungkan dengan pelancaran Nexus, KnowQL, Marketplace dan peringkat Builder baharu kami pada hari ini, kami menyampaikan infrastruktur pengetahuan yang paling menyeluruh untuk AI pada skala besar dan titik harga yang menghapuskan setiap halangan untuk pembinaan."
Pinecone Nexus: Enjin Pengetahuan untuk Agen
Apabila AI beralih daripada aplikasi bantuan kepada agen berautonomi, permintaan terhadap infrastruktur pengetahuan secara asasnya berubah. Kira-kira 85% daripada usaha agen hari ini dibelanjakan pada mendapatkan semula konteks, yang mengakibatkan kadar penyelesaian tugas hanya 50-60%, masa penyelesaian yang tidak dapat diramalkan dan kos token yang melampau. Pinecone Nexus menangani masalah ini dengan memindahkan pertimbangan kepada peringkat awal, daripada dapatan semula kepada pengumpulan pengetahuan. Pengumpul konteks Pinecone Nexus mengubah data mentah menjadi artifak yang dioptimumkan untuk tugas yang digunakan secara langsung oleh agen, sementara pencari boleh gubah menyediakan artifak tersebut dengan kependaman rendah, petikan setiap medan dan resolusi konflik berketentuan. Hasil awal menunjukkan pengurangan penggunaan token hingga 90%, kadar penyelesaian tugas melebihi 90% dan masa penyelesaian 30x lebih pantas.
Pada teras Nexus ialah KnowQL, bahasa pertanyaan pengisytiharan yang memberikan agen antara muka sejagat untuk akses pengetahuan, menggantikan takrifan alat tersuai dan kod penyambung dengan panggilan tunggal yang menentukan format output, keperluan petikan dan belanjawan kependaman, serta mengembalikan pengetahuan yang dipercayai, berstruktur dan berasas.
Pinecone Marketplace
Pinecone Marketplace ialah katalog aplikasi pengetahuan yang berfungsi sepenuhnya dan sedia pengeluaran yang boleh ditempatkan, disesuaikan dan dijalankan dengan serta-merta oleh pengguna. Katalog tersebut dilancarkan dengan lebih daripada 90 penyelesaian sedia pengeluaran merentasi jualan dan hasil, insurans, hartanah, undang-undang dan pematuhan, warga kerja dan sumber manusia, sokongan pelanggan dan banyak lagi kategori. Dibina oleh Pinecone dan rakan kongsi, aplikasi ini tidak memerlukan pemasangan infrastruktur. Marketplace ini adalah percuma semasa pelancaran, dengan penyelesaian komersial yang dibina oleh rakan kongsi akan datang tidak lama lagi.
Penetapan Harga Baharu dan Kemas Kini Infrastruktur
Peringkat Builder baharu Pinecone menyediakan akses penuh kepada infrastruktur gred pengeluaran syarikat pada harga $20 sebulan dan sokongan percuma. Nod Bacaan Khusus menawarkan kapasiti bacaan yang diperuntukkan dengan laluan data sederhana aktif dan penetapan harga tetap bagi setiap jam, memberikan penjimatan kos sebanyak 77-97% pada skala besar untuk beban kerja daya pemprosesan tinggi yang mampan. Bawa Awan Anda Sendiri (BYOC) menggunakan Pinecone yang diuruskan sepenuhnya dalam persekitaran awan pelanggan sendiri untuk organisasi yang mempunyai keperluan kediaman data atau kawal selia. Selain itu, Pinecone telah menyepadukan carian teks penuh natif ke dalam pangkalan data teras syarikat, kini dalam pratonton awam, membolehkan dapatan semula hibrid yang menggabungkan kepelbagaian semantik dengan ketepatan padanan tepat untuk jumlah pertanyaan mengikut skala agen.
Kini tersedia di rantau Singapura. Ini adalah rantau tanpa pelayan pertama Pinecone di Asia, di samping rantau tanpa pelayan sedia ada AWS di Amerika Syarikat dan Eropah, dengan rantau tambahan yang dirancang.
Mulakan di sini. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai pengumuman pada hari ini, sila layari blog yang tersedia.
Maklumat Tentang Pinecone
Pinecone adalah infrastruktur pengetahuan untuk AI pada skala besar. Pangkalan data vektor dan enjin pengetahuan syarikat yang terkemuka, Pinecone Nexus, memperkasa aplikasi AI berprestasi tinggi yang tepat untuk lebih daripada 9,000 pelanggan dan 800,000 pembangun di seluruh dunia. Misi Pinecone adalah untuk menjadikan AI berpengetahuan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pinecone.io.
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2418074/Pinecone_Systems_Inc_Logo.jpg
Hubungan Media:
Mike Sefanov mike.s@pinecone.io
Pengarah Kanan, Komunikasi