![]() |
Eksekutif Penjagaan Kesihatan Berpengalaman akan Menerajui Fasa
Inovasi dan Pertumbuhan Masimo yang Seterusnya sebagai Sebuah Syarikat Danaher
IRVINE, Calif., 5 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Masimo, sebuah syarikat Danaher dan inovator penyelesaian diagnostik khusus bagi oksimetri nadi serta penyelesaian pemantauan pesakit lain, hari ini mengumumkan pelantikan Tim Benner sebagai Presiden, berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.
Sejak menyertai Masimo pada Jun 2025, Benner telah memainkan peranan penting dalam membentuk strategi syarikat, memperkukuh hubungan dengan pelanggan dan membimbing perniagaan melalui proses peralihannya susulan pemerolehan Masimo oleh Danaher. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan Strategi Masimo, dan yang terbaharu sebagai Ketua Pegawai Komersial, dengan menerajui organisasi komersial global, pemasaran, inisiatif pertumbuhan strategik serta usaha penglibatan pelanggan syarikat. Pelantikannya mencerminkan keyakinan barisan kepimpinan Masimo dan Danaher terhadap keupayaannya untuk menerajui syarikat dalam fasa pertumbuhan dan inovasi yang seterusnya.
"Tim ialah pemimpin Masimo yang berwibawa dan berpengalaman serta telah memainkan peranan penting dalam meletakkan syarikat pada kedudukan yang kukuh untuk mencapai kejayaan jangka panjang," kata Julie Sawyer Montgomery, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Danaher Corporation. "Kepimpinan strategik, pemahaman mendalam tentang pelanggan dan komitmennya terhadap inovasi menjadikan beliau pemimpin yang tepat bagi fasa seterusnya Masimo sebagai sebuah syarikat Danaher."
Benner membawa pengalaman kepimpinan eksekutif selama lebih 30 tahun dalam industri teknologi perubatan, termasuk jawatan kepimpinan kanan di Edwards Lifesciences, Abbott, Terumo, Inari Medical/Stryker dan yang terbaharu di Masimo. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan organisasi berprestasi tinggi, memacu kecemerlangan komersial serta membantu memperkenalkan teknologi penjagaan kesihatan inovatif kepada ahli klinikal dan pesakit di seluruh dunia.
"Merupakan satu penghormatan untuk berkhidmat sebagai Presiden Masimo," kata Tim Benner, Presiden Masimo. "Selama lebih tiga dekad, Masimo telah memperoleh kepercayaan ahli klinikal di seluruh dunia dengan membangunkan teknologi terobosan yang meningkatkan penjagaan pesakit. Sebagai sebuah syarikat Danaher, kami mempunyai peluang luar biasa untuk meneruskan legasi tersebut dengan menggabungkan semangat inovasi Masimo dengan keupayaan Danaher Business System. Saya berharap dapat bekerjasama dengan para kakitangan berbakat dan pelanggan kami ketika kami terus menghasilkan inovasi bermakna yang membantu meningkatkan hasil rawatan pesakit di seluruh dunia."
Sebagai Presiden, Benner akan menerajui perniagaan global Masimo, dengan tanggungjawab untuk memacu inovasi merentasi portfolio pemantauan pesakit syarikat, memperkukuh perkongsian pelanggan, mempercepat pertumbuhan komersial serta memajukan misi Masimo untuk meningkatkan hasil rawatan pesakit melalui teknologi terobosan.
Maklumat tentang Masimo
Masimo, sebuah syarikat Danaher dan inovator penyelesaian diagnostik khusus bagi oksimetri nadi serta penyelesaian pemantauan pesakit lain, membangunkan dan menghasilkan pelbagai teknologi pemantauan terkemuka dalam industri, termasuk pengukuran inovatif, sensor, monitor pesakit serta penyelesaian automasi dan kesalinghubungan. Misi kami adalah untuk memperkasa ahli klinikal melalui inovasi kami agar mereka dapat mentransformasikan penjagaan pesakit. Teknologi oksimetri nadi Masimo SET® Measure-through Motion and Low Perfusion™, yang diperkenalkan pada tahun 1995, telah terbukti mengatasi teknologi oksimetri nadi lain dalam lebih 100 kajian bebas dan objektif yang boleh didapati di www.masimo.com/evidence/featured-studies/feature. Masimo SET® dianggarkan digunakan untuk lebih 200 juta pesakit di seluruh dunia setiap tahun dan merupakan teknologi oksimetri nadi utama di kesemua 10 hospital terbaik di Amerika Syarikat berdasarkan senarai World's Best Hospitals 2026 oleh Newsweek. Maklumat tambahan mengenai Masimo dan produknya boleh didapati di www.masimo.com.
Maklumat tentang Danaher
Danaher ialah peneraju global dalam inovasi sains hayat dan diagnostik yang komited untuk mempercepat pemanfaatan sains dan teknologi bagi meningkatkan kesihatan manusia. Melalui ekosistem saling berhubung yang terdiri daripada perniagaan terkemuka dalam industri, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menangani pelbagai cabaran saintifik dan klinikal mereka yang paling kompleks, sekali gus membantu mempercepat peralihan inovasi daripada peringkat penemuan kepada penyampaian untuk pesakit yang bergantung padanya. Diperkasa oleh Danaher Business System, sains dan teknologi termaju kami serta keupayaan inovasi yang terbukti membantu membolehkan diagnosis dibuat dengan lebih pantas dan tepat, di samping mengurangkan masa, kos dan risiko yang diperlukan untuk menemukan, membangunkan dan menyediakan terapi yang mengubah kehidupan. Melalui penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan operasi, lebih 60,000 kakitangan kami di seluruh dunia memberikan tumpuan kepada penciptaan impak berkekalan dan peningkatan kualiti hidup di seluruh dunia, sambil membina masa hadapan yang lebih sihat dan mampan. Terokai lebih lanjut di www.danaher.com.
Hubungan Media:
Christine McCullough
christine.mccullough@masimo.com