omniture

Senegal, Filipina dan Uruguay Mengorak Langkah Maju Ke Arah Akses Sejagat bagi Kesihatan Sistem Pembiakan

Global Leaders Council for Reproductive Health
2015-03-31 09:49 137

-- Majlis Pemimpin Global untuk Kesihatan Sistem Pembiakan beri penghormatan kepada kepimpinan inovatif

WASHINGTON, 31 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Majlis Pemimpin Global untuk Kesihatan Sistem Pembiakan dan Institut Aspen hari ini mengumumkan pemenang Anugerah Resolve 2015, yang mengiktiraf negara yang membuat kemajuan penting ke arah matlamat akses sejagat bagi kesihatan sistem pembiakan. Anugerah tahun ini memfokuskan kepada pendekatan yang terpahat kukuh pada prinsip berasaskan hak dan menggalakkan akses sama rata. Senegal dan Filipina diiktiraf untuk pencapaian luar biasa dalam penyediaan khidmat dan pembangunan dasar, manakala Uruguay disebut khas kerana pendekatan rintisnya bagi pengurangan risiko.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150329/195106LOGO

http://reproductivehealth.aspeninstitute.org/

Mengotakan janji untuk akses sejagat kepada kesihatan sistem pembiakan merupakan salah satu cabaran hak asasi manusia yang dihadapi kerajaan hari ini, dan penting untuk membangunkan dunia yang adil, sama rata, serta mampan.

Yang Berhormat Joy Phumaphi, Pengerusi Majlis Pemimpin Global untuk Kesihatan Sistem Pembiakan Institut Aspen bakal menyampaikan anugerah kepada wakil setiap negara pada 21 Mei 2015, pada sebuah majlis yang diadakan serentak dengan Perjumpaan Kesihatan Sedunia di Geneva, Switzerland.

Negara Pemenang
Senegal merupakan pemenang Anugerah Resolve 2015 untuk Penyediaan Khidmat. Negara itu sedang merevolusikan ketersediaan dan bekalan ubat perancang dengan Model Pengagihan Desakan Termaklum. Desakan Termaklum menggunakan teknik yang dipinjam daripada sektor komersial untuk menyingkirkan kehabisan stok inventori dan memastikan wanita mempunyai akses kepada bekalan produk perancang keluarga yang tekal dan andal. Pembangunan sistem ini diketuai oleh Kementerian Kesihatan, yang berkolaborasi dengan beberapa rakan kongsi awam dan swasta bagi membina program yang kukuh dan mampan. Kejayaan di Senegal sangat dramatik – kekerapan kehabisan stok berkurang daripada 80 peratus menjadi kurang 10 peratus – dan sudah pun menjadi contoh untuk negara lain dalam rantau itu.

Anugerah Resolve 2015 untuk Pembangunan Dasar mengiktiraf Filipina untuk perubahannya yang memecah kebiasaan dalam persekitaran politik dan kawal seliaan bagi kesihatan sistem pembiakan. Undang-undang kesihatan sistem pembiakan negara itu yang baru diluluskan merupakan hasil kempen selama 13 tahun untuk menetapkan kerangka kerja hak dan kesihatan sistem pembiakan kebangsaan, walaupun dengan iklim politik yang sukar. Kemuncak kejayaan usaha ini yang disokong oleh konsortium luas yang terdiri daripada penyokong masyarakat awam dan pemimpin kerajaan, mengalu-alukan kedatangan era baharu dalam kesihatan dan hak untuk semua warga Filipina.

Uruguay diiktiraf dengan Sebutan Khas untuk pendekatan pengurangan risikonya yang inovatif terhadap pengguguran tidak selamat. Model Uruguay direka bagi memaksimumkan pilihan penjagaan kesihatan wanita walau pun dalam persekitaran undang-undang yang menyekat, dengan tumpukan untuk merawat pengguguran dan kehamilan tidak diingini sebagai isu perubatan. Hasilnya, kematian ibu mengandung akibat pengguguran tidak selamat boleh dikatakan sudah dihapuskan di Uruguay. Model pengurangan risiko ini telah diguna pakai di negara-negara lain di serata Amerika Latin, dan kini sedang dilaksanakan di Afrika serta negara-negara Arab.

Latar Belakang Anugerah
Anugerah Resolve telah dilancarkan pada tahun 2011 oleh Majlis Pemimpin Global untuk Kesihatan Sistem Pembiakan, dengan kerjasama Kesihatan dan Pembangunan Global Aspen, Organisasi Kesihatan Sedunia, Jabatan Kesihatan dan Penyelidikan Sistem Pembiakan, serta Agensi Pembangunan Antarabangsa A.S., bagi mengiktiraf inovasi yang dipimpin negara yang menghasilkan peningkatan akses terhadap perancangan keluarga dan kesihatan sistem pembiakan. Penerima terdahulu termasuklah Etiopia, Malawi, Nepal dan Yaman (2012); Gambia, Kenya, Sierra Leone dan Zambia (2013); serta Afghanistan, Kemboja, Peru dan juga Tanzania (2014).

Majlis anugerah akan disiarkan secara langsung pada 21 Mei 2015. Maklumat tambahan akan diberikan. Ikuti perbualan di Twitter @GLCRHresolve dan #Resolve.

Majlis Pemimpin Global untuk Kesihatan Sistem Pembiakan, ditubuhkan oleh Institut Aspen pada tahun 2010, terdiri daripada enam belas ketua negara semasa dan terdahulu, pembuat dasar berpangkat tinggi, serta pemimpin lain yang membina kepimpinan politik untuk meningkatkan sokongan kewangan serta teknikal bagi kesihatan sistem pembiakan. Majlis itu bermatlamat untuk menggiatkan semula komitmen politik terhadap kesihatan sistem pembiakan dengan meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan sistem pembiakan, menyokong penggunaan berkesan sumber penderma, dan memperjuangkan dasar yang khas untuk mencapai akses sejagat kepada kesihatan sistem pembiakan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://reproductivehealth.aspeninstitute.org/

Kesihatan dan Pembangunan Global Aspen, salah satu program daar terbesar di Institut Aspen, merupakan kuasa untuk pemikiran segar, kolaborasi tidak dijangka, dan tindakan pantas dalam bidang kesihatan dan pembangunan global. Hari ini, pasukan GHD yang kecil tetapi dinamik mengusahakan sekumpulan inisiatif terkhusus isu – semuanya bertujuan untuk memangkinkan usaha-usaha dasar yang menghubungkan penggiat dengan lebih baik pada peringkat tertinggi, pengamal pembangunan dalam bidang tersebut, dan pihak yang termiskin serta paling lemah yang berada di tempat yang terjejas itu. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.aspeninstitute.org/policy-work/global-health-development

Source: Global Leaders Council for Reproductive Health
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards Not for profit