omniture

Oil Insurance Limited (OIL) Umumkan Dividen $400 Juta dan Umumkan Ahli Asia Pertama

Oil Insurance Limited (OIL)
2015-03-31 21:20 122

HAMILTON, Bermuda, 31 Mac 2015 /PRNewswire/ -- OIL telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemegang Saham 2015 pada Selasa, 24 Mac di Fairmont Southampton Hotel dan mengadakan semakan semula serta pengesahan penyata kewangan tahunan 2014 dan juga pemilihan pengarah.

Bagi 2014, OIL telah menerima pendapatan penajajaminan sebanyak $551.7 juta. Setelah memfaktorkan pendapatan pelaburan bersih dan perbelanjaan pentadbiran, pendapatan bersih OIL bagi tahun tersebut adalah sebanyak $731.0 juta. Untuk maklumat lanjut tentang keputusan kewangan 2014 OIL, sila lawati http://www.oil.bm untuk melihat penyata kewangan beraudit kami. Selepas semakan semula kewangan akhir tahun pemegang saham telah mengesahkan penyata kewangan  dan pelantikan semula KPMG sebagai pengaudit bagi tahun kewangan 2015.

Selain itu, Syarikat tersebut melaporkan Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen dalam jumlah agregat $400 juta kepada semua pemegang saham dan menurut rekod setakat 1 Januari 2015 boleh dibayar dalam dua amaun yang sama pada 15 Jun 2015 dan 15 Disember 2015 sebagai mengiktiraf kejayaan kewangan berterusan OIL serta keadaan kewangan yang mantap.

Robert D. Stauffer, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, mengulas: "Oil Insurance Limited komited terhadap memberikan nilai jangka panjang kepada keahliannya dengan menawarkan had polisi signifikan dengan terma dan syarat yang luas, memulangkan nilai lebihan melalui kredit premium serta dividen apabila bersesuaian selain mempertimbangkan liputan tambahan untuk meningkatkan proposisi nilai menjadi ahli."

George Hutchings, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi, menyatakan: "Tahun ini merupakan tahun penajajaminan terbaik bagi OIL dalam sejarah 43 tahun Syarikat ini. Selain itu, dua buah syarikat membuat keputusan untuk menyertai OIL. Salah satunya menjadi syarikat tenaga Asia pertama untuk menerima keahlian dalam OIL."

Setelah AGM bersurai, Lembaga Pengarah telah bermesyuarat dan melantik Gerard Naisse sebagai Pengerusi Lembaga manakala Roberto Benzan sebagai Timbalan Pengerusi.

Gerard Naisse, Pengerusi yang baru dilantik, mengulas dividen $400 juta menunjukkan komitmen Lembaga untuk memulangkan nilai kepada pemegang saham OIL dan hadir berikutan beberapa peningkatan nilai dalam beberapa tahun lalu termasuk peningkatan had polisi sebanyak $50 juta kepada $300 juta pada 2012, kredit premium $100 juta pada 2013, dividen $300 juta pada 2014 dan peningkatan had polisi $100 juta kepada $400 juta pada 2015.

Untuk maklumat lanjut tentang liputan hartanah OIL dan nilai berkaitan sila ke http://www.oil.bm.

Oil Insurance Limited (OIL) menginsuranskan lebih $2.8 trilion aset tenaga global untuk lebih lima puluh ahli dengan had harta sehingga $400 juta berjumlah keseluruhan lebih $19 bilion dalam kapasiti harta berkadar A. Ahli-ahli terdiri daripada syarikat tenaga awam dan persendirian bersaiz sederhana hingga besar dengan sekurang-kurangnya $1 bilion dalam aset harta fizikal serta kadaran gred pelaburan atau setara. Produk yang ditawarkan termasuk Harta (Kerosakan Fizikal), Ribut, Pencemaran Bukan Sedikit Demi Sedikit, Kawalan Telaga, Keganasan, Siber, Pembinaan dan Kargo. Sektor-sektor industri yang dilindungi OIL termasuk Penerokaan & Pengeluaran Dalam dan Luar Pesisir, Penapisan dan Pemasaran, Petrokimia, Perlombongan, Saluran Paip, Utiliti Elektrik serta sektor perniagaan tenaga berkaitan yang lain.

SUMBER  Oil Insurance Limited (OIL)

Source: Oil Insurance Limited (OIL)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Dividends Personnel announcements