omniture

PW Power Systems akan Sediakan Pakej Penjana Turbin Gas MOBILEPAC® Pertama Guinea

PW Power Systems, Inc.
2015-04-14 21:00 121

GLASTONBURY, Connecticut, 14 April 2015 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS), syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) telah mengumumkan kontrak dengan Miami Capital Holding Corporation untuk menyediakan tiga unit MOBILEPAC untuk pemasangan di Conakry, Guinea. Unit-unit ini akan dikendalikan oleh anak syarikat Miami Capital Holding Corporation, K-Energie. Ia akan menjadi unit MOBILEPAC pertama yang dihantar ke Guinea.

Komponen teras unit pertama telah dihantar ke Guinea melalui pengangkutan udara yang disediakan oleh pesawat pengangkut kargo Antonov; rekaan modular MOBILEPAC membolehkan pengangkutan unit 25MW nominal dengan sebuah pesawat. MKH Engineering akan memasang kelengkapan tersebut di tapak dengan sokongan kejuruteraan dan teknikal daripada PW Power Systems. Tractebel Engineering, berpangkalan di Brussels, Belgium, akan menjalankan audit apabila pemasangan tersebut berjaya disiapkan. Unit MOBILEPAC itu telah dibeli khusus untuk memantapkan kemampuan penjanaan kuasa Guinea dalam cara yang pantas dan cekap.

Latar Belakang
Pakej turbin gas MOBILEPAC merupakan peneraju industri, menyampaikan teknologi canggih selama lebih 30 tahun. Dengan menggunakan teknologi pakej turbin gas SWIFTPAC® yang terbukti, pakej ini direka untuk memberikan kuasa yang andal dan pantas. Manfaatnya termasuk kesesuaian persekitaran, dwibahan bakar/dwifrekuensi, kebolehkendalian jarak jauh dan banyak lagi. Terdapat lebih 550 enjin FT8®  yang disediakan untuk industri dengan lebih 125 pakej dalam konfigurasi MOBILEPAC.

Latar Belakang PW Power Systems, Inc.
PW Power Systems, Inc. (PWPS), beribu pejabat di Glastonbury, Connecticut, merupakan peneraju dunia bagi bekalan kemudahan tenaga untuk industri penjanaan kuasa. PWPS menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan, termasuk pakej turbin gas, perkhidmatan selepas jualan turbin gas perindustrian, serta perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan dan juga pembinaan. PWPS merupakan syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). MHI, beribu pejabat di Tokyo, Jepun, merupakan salah satu pengeluar jentera berat utama dunia, jualan bersih disatukan kira-kira $32.5 bilion bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2014. Barisan produk dan perkhidmatan MHI yang pelbagai merangkumi pembinaan kapal, loji kuasa termasuk kuasa diagihkan, loji kimia, kelengkapan persekitaran, struktur keluli, jentera am serta perindustrian, pesawat, sistem angkasa dan juga sistem penyaman udara. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang PWPS, lawati www.pwps.com.    

Source: PW Power Systems, Inc.
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Gas Machinery Oil/Energy Utilities Contracts