omniture

Analisis Geologi Baharu Tingkatkan Kemungkinan Makam Jesus Telah Ditemui

Associated Producers
2015-04-15 20:18 131

-- Perbandingan geokimia mungkin membuktikan "osuari James' kemungkinan berasal daripada makam Israel yang mengandungi sekumpulan nama dalam Perjanjian Baharu, menurut Associated Producers

-- Pembikin "Lost Tomb of Jesus" yang kontroversi berkata kajian menyokong dapatan dokumentari 2007 itu

BAITULMUQADDIS, 15 April 2015 /PRNewswire/ --Kajian yang disempurnakan baru-baru ini oleh seorang ahli geologi Israel telah meningkatkan kemungkinan bahawa sebuah makam purba di pinggir Baitulmuqaddis merupakan tempat persemadian Jesus dari Nazareth dan keluarganya.

Dapatan baharu oleh Dr. Aryeh Shimron telah mengaitkan sebuah osuari, atau kotak tulang, yang bertanda frasa "James, anak Joseph, saudara lelaki Jesus" melalui "cap jari" kimianya kepada sebuah makam yang dikelilingi taman mawar antara sekumpulan pangsapuri biasa di Talpiot, pinggir bandar Baitulmuqaddis. Makam tersebut,ditemui semasa pembinaan pada 1980, mengandungi koleksi osuari yang luar biasa yang telah ditandakan dengan beberapa nama yang dikaitkan dengan keluarga Jesus daripada Perjanjian Baharu.

Walaupun nama-nama yang ditemui dalam Makam Talpiot itu, (termasuk "Jesus, anak Joseph," "Maria," "Mariamene," "Yose," dan lain-lain) merupakan nama yang biasa semasa abad pertama di Baitulmuqaddis, sekumpulan nama yang dikaitkan dengan Jesus dalam satu lokasi merupakan sesuatu yang menarik secara statistik, dan unik dalam bukti arkeologi kehidupannya. Sekiranya satu lagi nama berkaitan keluarga Perjanjian Baharu itu dapat ditentukan asalnya di Talpiot, ia menjadi hujah statistik yang lebih kuat dan menyebabkan hampir pasti bahawa makam Jesus dari Nazareth telah ditemui.

"Saya fikir saya mempunyai bukti yang kukuh dan hampir tidak dapat disangkal bahawa osuari James telah lama berada dalam makam Talpiot," Shimron memberitahu New York Times.

Dr. Shimron, veteran 25 tahun Kajian Geologi Israel, percaya satu gempa bumi pada 363 Masihi telah membanjiri Makam Talpiot dengan campuran tanah rendzina dan lumpur yang menjadikan ruang tersebut "secara kimia pegun dalam masa." Beliau berkata bahan tersebut mewujudkan "cap jari" geokimia unik yang mana 1,652 tahun kemudian, dapat digunakan untuk melakukan analisis perbandingan.  Shimron telah menguji kira-kira 100 sampel kikisan dan tanah daripada osuari, yang dibekalkan oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, dari 15 makam di seluruh kawasan Baitulmuqaddis, termasuk Talpiot. (Pada abad pertama, sesetengah keluarga kaya menyimpan tulang ahli keluarga yang telah mati dalam makam yang diukir daripada batu kapur lembut yang terdapat di sekitar Baitulmuqaddis.)

Bulan lalu, Shimron telah diberi kebenaran untuk osuari James oleh pemiliknya Oded Golan dan akhirnya telah berjaya menyimpulkan kajiannya selama tujuh tahun. Dapatannya adalah luar biasa: daripada 100 sampel, hanya sembilan yang berasal daripada Makam Talpiot dan osuari James mempunyai profil geokimia sepadan, iaitu magnesium, silikon dan besi. Sampel daripada sebuah makam hanya 60 meter dari Makam Talpiot mempunyai profil yang jelas berbeza.

Dapatan Shimron memberikan pengesahan terperinci bagi kajian geokimia 2006 terhadap patina osuari yang dijalankan oleh wartawan Simcha Jacobovici dan pembikin filem terkenal James Cameron serta dimasukkan dalam dokumentari 2007 "The Lost Tomb of Jesus," yang diterbitkan oleh Cameron. Bergantung kepada nama-nama yang ditandakan pada osuari tersebut, bersama bukti sokongan daripada cendekiawan dan Bibel sendiri, filem tersebut menyimpulkan Makam Talpiot, yang sering terlepas pandang oleh para pegawai Israel, merupakan makam Jesus serta keluarganya.

Golan yang merupakan pengumpul artifak, mencetuskan perdebatan tentang asal usul dan keasliannya, pertama kali membawa osuari James kepada perhatian umum pada 2002. Pada 2004, Golan telah ditahan dan didakwa  memalsukan bahagian hujung inskripsi pada osuari itu: "Saudara Lelaki Jesus." Pada 2012, setelah proses perundangan selama bertahun-tahun, seorang hakim daerah Baitulmuqaddis mendapati Golan tidak bersalah dan osuari tersebut telah dipulangkan kepadanya -- selepas Profesor Wolfgang Krumbein, seorang pakar antarabangsa dalam patina purba, memberi keterangan inskripsi tersebut adalah asli. Bagaimana osuari James menjadi milik Golan masih tidak jelas. Sekiranya kajian Shimron adalah benar, osuari tersebut telah diambil daripada Makam Talpiot pada suatu masa, sama ada dalam tempoh sejarah baharu atau purba, dan akhirnya menjadi koleksi peribadi Golan.

Pakar-pakar berkata sekumpulan nama dalam Perjanjian Baharu pada Makam Talpiot adalah terlalu luar biasa untuk dianggap kejadian rawak atau kebetulan. Pada 2007, selepas analisis lanjut dilakukan terhadap kemunculan nama-nama tersebut di Baitulmuqaddis purba, Andrey Feuerverger, profesor statistik di Universiti Toronto, menyimpulkan kebarangkalian gugusan nama sedemikian – walaupun nama-nama individu itu merupakan nama biasa – adalah amat kecil melainkan nama-nama itu melambangkan keluarga Jesus dari Nazareth. Filem tersebut menyimpulkan kebarangkalian ia bukan makam Jesus dari Nazareth hanya satu dalam 600. Dalam erti kata lain, terdapat lebih 99% kebarangkalian ia adalah makam Jesus daripada Perjanjian Baharu. Dapatan forensik baharu yang mengaitkan osuari James kepada Makam Talpiot kini melonjakkan kebarangkalian bahawa ia sememangnya makam Jesus dari Nazareth yang bersejarah.

Sekiranya Shimron telah membuktikan osuari James berasal daripada Makam Talpiot, "buktinya tidak lagi boleh diabaikan," tegas Jacobovici. "Arkeologi, epigrafi, statistik dan, kini, bukti kimia yang kukuh semuanya menceritakan kisah yang sama. Ia boleh dikatakan penemuan arkeologi terpenting sepanjang zaman."

Hubungi: Nicole Austin naustin@apltd.ca, +1-416-504-6662

Sumber: Associated Producers http://www.apltd.ca

Source: Associated Producers
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Not for profit Religion