omniture

Vienna: 2014 Merupakan Tahun Kongres Kedua Terbaik

Vienna Tourist Board
2015-04-16 10:00 105

VIENNA, 16 April 2015 /PRNewswire/ --

Vienna melaporkan keputusan kongres kedua terbaiknya bagi 2014: berbanding 2013, terdapat peningkatan dalam acara, selain penginapan semalaman serta nilai tambah, dengan hasil akhir hanya kurang sedikit berbanding rekod 2012. 

"Pada 2014 Vienna mencapai peningkatan signifikan dalam semua petunjuk kongres penting berbanding tahun sebelumnya," lapor Norbert Kettner, Pengarah Lembaga Pelancong Vienna. "Bilangan persidangan dan acara korporat meningkat sebanyak 6% kepada 3,582, satu pencapaian rekod baharu. Penginapan semalaman juga meningkat 6%, menjadikan bilangan keseluruhan 1,490,695 hanya kurang sedikit berbanding rekod sebelumnya pada 2012. Nilai tambah Austria yang didorong oleh industri mesyuarat Vienna meningkat 8% kepada 898.9 juta euro, juga merupakan jumlah kedua terbaik selepas 2012." Pada 2014 industri persidangan Vienna telah menyumbang kepada 11% daripada jumlah keseluruhan penginapan semalaman Vienna sebanyak 13.5 juta. 17,000 pekerjaan sepanjang tahun telah diperoleh di seluruh Austria.

Menurut statistik Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa (ICCA), untuk beberapa tahun Vienna telah menjadi salah satu daripada tiga metropolis kongres terbaik dunia. "Kejayaan ini adalah hasil daripada pelbagai faktor," jelas Kettner. "Mesyuarat di ibu negara Austria disokong dengan optimum oleh kemudahan bandar dan akademik, serta dengan 36 agensi pensijilan berlesen untuk Mesyuarat Hijau, Vienna telah pun menunjukkan wawasan daripada segi kelestarian alam sekitar. Kepentingan kota raya ini yang berkembang  sebagai hab pusat Eropah juga merupakan aset yang bernilai. Penginapan hotel mewah baharu dan pembangunan daerah baharu sekitar Stesen Pusat telah memperkukuhkan dorongan ini. Vienna kini mempunyai kira-kira 64,000 katil dan dihubungkan dengan penerbangan terus daripada kira-kira 170 destinasi seluruh dunia. Strategi Pelancongan Vienna 2020 menyasarkan untuk mengadakan 20 lagi hubungan terus dari kota raya utama seluruh dunia - 72% delegasi kongres tiba dengan pesawat.

Pertanyaan:
Lembaga Pelancong Vienna
Isabella Rauter
Tel.: +43-1-211-14-301
E-mel: media.rel@vienna.info  

http://www.vienna.convention.at

SUMBER  Vienna Tourist Board

Source: Vienna Tourist Board
Keywords: Banking/Financial Service Leisure/Travel/Hotels Travel Survey, Polls & Research Trade show news