omniture

Sabre akan mengambil alih Abacus International

Abacus International
2015-05-14 17:55 619

SOUTHLAKE, Texas, dan SINGAPURA, 14 Mei 2015 /PRNewswire/ --

GDS terkemuka di Asia Pasifik akan mempercepatkan pertumbuhan global untuk Sabre

Sabre Corporation (NASDAQ: SABR) mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah memasuki satu perjanjian muktamad untuk mengambil alih Abacus International, iaitu sistem pengedaran global (GDS) yang terkemuka di rantau Asia Pasifik. Pada masa ini, Abacus dimiliki oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada 11 syarikat penerbangan Asia termasuk Sabre, yang memiliki saham sebanyak 35% dalam syarikat tersebut.

Sabre akan membeli saham Abacus yang selebihnya dengan balasan wang tunai bersih sebanyak $411 juta.

"Pasaran perjalanan Asia Pasifik merupakan pasaran yang paling besar dan paling pesat perkembangan di dunia," kata Tom Klein, Presiden dan CEO Sabre. "Pemerolehan Abacus akan menggabungkan dengan serta-merta keupayaan global Sabre dengan kepakaran mendalam mengenai pasaran tempatan daripada GDS Asia Pasifik yang terkemuka. Gabungan yang berpengaruh ini akan memberikan lebih banyak pilihan inovasi dan perkhidmatan kepada pelanggan, di samping membolehkan Sabre mempercepatkan pertumbuhan global dengan cara yang berkesan dari segi modal dan untuk mencapai sinergi serantau untuk ketiga-tiga perniagaan kami dalam perkhidmatan ejen pelancongan, syarikat penerbangan dan syarikat hospitaliti."

Presiden dan  Ketua Pegawai Eksekutif Abacus International, Robert Bailey menambah, "Dengan rangkaian lanjutan kami di Asia Pasifik, Abacus telah membina jenama yang dipercayai dan signifikan dalam unik dan skala. Kami kini mempunyai peluang untuk memajukan perniagaan dengan lebih cepat, memperluaskan skop keluarga Sabre dan dengan sokongan syarikat penerbangan pemegang saham kami. Ini adalah berita baik untuk industri di Asia Pasifik, dan kami berharap untuk menyebarkan manfaat integrasi kepada semua sektor masyarakat perjalanan yang pelbagai di rantau ini. "

Abacus melayan lebih daripada 100,000 ejen pelancongan dalam 59 pasaran di seluruh rantau Asia Pasifik serta mempunyai hubungan global dan tempatan yang unik dengan syarikat penerbangan dan hotel, termasuk portfolio utama kandungan pengangkutan berkos rendah dan kandungan syarikat penerbangan dari China.

Secara berasingan, pengambilalihan juga termasuk perjanjian pengedaran jangka panjang baru antara Sabre dengan 11 pemilik syarikat penerbangan Abacus.

"Kami amat teruja untuk meneruskan hubungan perniagaan jangka panjang dengan bekas rakan niaga kami di Abacus, dan perjanjian baru kami akan memberikan manfaat dan keyakinan kepada ejen pelancongan di seluruh rantau Asia Pasifik untuk suatu tempoh yang lama pada masa hadapan," kata Greg Webb, Presiden Sabre Travel Network.

"Pada masa ini, Abacus menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggannya dengan menggunakan asas teknologi Sabre untuk sebahagian besar fungsi teras untuk memasarkan, mengedarkan, menjual dan memberikan perkhidmatan perjalanan di rantau Asia Pasifik," tambah Webb. "Perkhidmatan tersebut, bersama dengan keupayaan pasaran tempatan yang mendalam, akan menghasilkan peralihan yang lancar untuk pelanggan Asia Pasifik, yang akan menyaksikan manfaat keupayaan global ini ketika terus menggunakan teknologi unggul kami."

Abacus akan beroperasi sebagai sebahagian daripada Sabre Travel Network, dan Sabre menjangkakan peluasan kehadirannya secara langsung di rantau Asia Pasifik dapat memberikan manfaat kepada Sabre Airline Solutions dan Sabre Hospitality Solutions, yang telah pun menyediakan sokongan misi-kritikal kepada 78 syarikat penerbangan dan beribu-ribu hotel di seluruh rantau Asia Pasifik. Sabre juga akan meneruskan perkongsiannya untuk menyediakan perkhidmatan teknologi kepada INFINI, sebuah GDS tempatan di Jepun.

"Sabre dan Abacus telah mewujudkan piawaian emas untuk perkhidmatan dan kandungan di rantau Asia Pasifik, dan itu hanyalah akan menjadi lebih baik," kata Klein. "Bersama-sama dengan Abacus, Sabre akan memberi pelanggan dan pembekal akses yang lebih baik dan pantas kepada inovasi Sabre yang menerajui industri, termasuk kandungan pengangkutan berkos rendah, keupayaan sampingan, butiran analisis data, serta inovasi terkini dalam penyelesaian mudah alih dan khidmat penyesuaian. Di samping itu, syarikat penerbangan dan agensi pelancongan akan mempunyai lebih banyak pilihan produk dan perkhidmatan baharu dan berbeza, yang dicipta khusus untuk pelanggan dalam pasaran Asia Pasifik."

Tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan dan syarat penutupan yang lain, urus niaga tersebut dijangka ditutup pada suku ketiga tahun 2015.

Pengambilalihan tersebut, termasuk pelarasan modal kerja yang berkaitan dan wang tunai yang diperoleh, dijangka dibiayai melalui wang tunai di tangan sebanyak kira-kira $250 juta, ditambah dengan ketingkatan hutang bersih sebanyak kira-kira $160 juta. Pro forma untuk urus niaga tersebut, Sabre menganggarkan nisbah hutang bersihnya pada 31 Mac 2015 kepada EBITDA Terlaras dua belas bulan berturutan ialah 3.3x, berbanding dengan 3.0x seperti yang dilaporkan.

Dengan mengandaikan tarikh tutup adalah pada suku ketiga, Sabre menjangkakan urus niaga tersebut akan meningkatkan hasil pendapatan tahun 2015 sebanyak kira-kira $120 juta, hampir neutral kepada EPS Terlaras bagi tahun 2015 dan meninggikan nilai secara sederhana kepada EBITDA Terlaras bagi tahun semasa.

Pada tahun 2016, Sabre menjangkakan urus niaga tersebut meningkatkan hasil pendapatan melebihi $300 juta dan meningkatkan EBITDA Terlaras dengan sebanyak kira-kira $50 juta, serta ditambahkan kepada EPS Terlaras dengan sebanyak kira-kira $0.05.

Panggilan Persidangan

Sabre akan mengadakan panggilan persidangan dengan pelabur pada hari Khamis, 14 Mei pada jam 11:00 pagi Waktu Timur. Siaran web secara langsung, termasuk pembentangan slaid iringan, boleh diakses melalui laman web Perhubungan Pelabur Sabre di investors.sabre.com. Rakaman panggilan tersebut akan disimpan dalam arkib untuk dimainkan semula selepas panggilan persidangan tersebut.

Perihal Syarikat

Sabre Corporation ialah penyedia teknologi utama kepada industri perjalanan dan pelancongan global. Perisian, data, penyelesaian mudah alih dan penyelesaian pengedaran Sabre digunakan oleh beratus-ratus syarikat penerbangan dan beribu-ribu hotel hartanah untuk menguruskan operasi kritikal, seperti tempahan penumpang dan tetamu, pengurusan hasil pendapatan, serta pengurusan penerbangan, rangkaian dan pengurusan anak kapal. Sabre turut mengendalikan pasaran perjalanan utama di dunia, yang memproses melebihi $110 bilion daripada perbelanjaan perjalanan tahunan dengan menghubungkan pembeli dan pembekal pengangkutan. Dengan ibu pejabat di Southlake, Texas, AS, Sabre mempunyai operasi di kira-kira 60 buah negara di seluruh dunia.

Maklumat Laman Web

Kami kerap menyiarkan maklumat penting untuk pelabur di laman web kami, www.sabre.com, dalam bahagian Perhubungan Pelabur. Kami berhasrat untuk menggunakan laman web ini sebagai medium pendedahan maklumat bukan awam yang penting, dan untuk mematuhi kewajipan pendedahan kami menurut Peraturan FD. Oleh itu, pelabur harus memantau bahagian Perhubungan Pelabur di laman web kami, selain daripada mengikuti siaran akhbar, pemfailan SEC, panggilan persidangan awam, pembentangan dan siaran web kami. Maklumat yang terkandung dalam laman web kami, atau yang boleh diakses melaluinya, tidak dirangkumi dalam dokumen ini melalui rujukan, dan bukan sebahagian daripada dokumen ini.

Pernyataan berpandangan ke hadapan

Sesetengah pernyataan dalam siaran ini merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan mengenai trend, peristiwa akan datang, ketidakpastian serta rancangan dan jangkaan kami mengenai perkara yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Sebarang pernyataan yang bukan fakta sejarah atau fakta semasa merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Dalam kebanyakan kes, anda dapat mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan melalui istilah seperti "akan," "menjangkakan," "boleh," "menganggarkan," "mungkin," "berpotensi" atau bentuk negatif kepada istilah ini atau peristilahan lain yang sebandingnya. Pernyataan berpandangan ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan yang tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar Sabre jelas berbeza daripada hasil, prestasi atau pencapaian masa hadapan yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat oleh pernyataan berpandangan ke hadapan. Kemungkinan risiko dan ketidakpastian ini antara lainnya merangkumi penutupan dan kesan pengambilalihan yang dinyatakan dalam siaran ini, kebergantungan pada jumlah urus niaga dalam industri perjalanan global, terutamanya jumlah urus niaga perjalanan udara, keadaan ekonomi dan politik global dan serantau yang teruk, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan di Venezuela dan Rusia, kebergantungan pada pengekalan dan pembaharuan kontrak dengan pelanggan dan pihak lain yang terlibat dalam urus niaga, pendedahan kepada tekanan penentuan harga dalam perniagaan Travel Network, kebergantungan pada hubungan dengan pembeli khidmat perjalanan, perubahan yang menjejaskan pelanggan kepada pembekal khidmat perjalanan, penggunaan model pengedaran alternatif oleh pembekal khidmat perjalanan, serta persaingan dalam pasaran pengedaran dan pasaran penyelesaian khidmat perjalanan. Maklumat lanjut mengenai kemungkinan risiko dan ketidakpastian yang boleh menjejaskan perniagaan dan hasil operasi kami dirangkumi dalam Bahagian I, Item 1A, "Risk Factors" dalam Laporan Tahunan Sabre pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2014 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Walaupun kami percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan berpandangan hadapan adalah munasabah, kami tidak dapat menjamin peristiwa, hasil, tindakan, tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian masa hadapan. Pembaca diingatkan agar tidak terlalu bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Melainkan dikehendaki oleh undang-undang, Sabre tidak berkewajipan untuk mengemas kini atau meminda secara terbuka sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan untuk menggambarkan keadaan atau peristiwa selepas tarikh pernyataan tersebut dibuat.

Nota mengenai Ukuran Kewangan Bukan-GAAP

Siaran ini merujuk kepada ukuran kewangan bukan-GAAP yang tidak diaudit, termasuk EBITDA Terlaras, Pendapatan Bersih Terlaras, EPS Terlaras, dan nisbah yang berdasarkan ukuran kewangan ini. Kami mentakrifkan EBITDA Terlaras sebagai Pendapatan Bersih Terlaras yang dilaraskan untuk susut nilai serta pelunasan hartanah dan peralatan, pelunasan kos pelaksanaan yang dipermodalkan, pelunasan pertimbangan insentif pendahuluan, perbelanjaan faedah, peruntukan (faedah) bersih dan selebihnya untuk cukai pendapatan. Kami mentakrifkan Pendapatan Bersih Terlaras sebagai pendapatan (kerugian) daripada penerusan operasi yang dilaraskan untuk jejas nilai, pelunasan berkaitan dengan pengambilalihan, kerugian disebabkan penghapusan hutang, lain-lain, bersih, kos penstrukturan semula dan kos lain, litigasi dan cukai, termasuk penalti, imbuhan berasaskan saham, fi pengurusan, serta kesan pelarasan pendapatan bersih terhadap cukai. Kami mentakrifkan EPS Terlaras sebagai Pendapatan Bersih Terlaras dibahagikan dengan bilangan saham yang berkenaan.

Kami memperkenalkan ukuran bukan-GAAP apabila pihak pengurusan kami percaya bahawa maklumat tambahan tersebut menawarkan maklumat yang berguna mengenai prestasi operasi kami. Ukuran kewangan bukan-GAAP tidak mempunyai sebarang makna yang terpiawai, oleh itu ia tidak mungkin dapat dibandingkan dengan ukuran serupa yang diperkenalkan oleh syarikat yang lain. Pengenalan ukuran kewangan bukan-GAAP tidak bermaksud menjadi pengganti, dan tidak sepatutnya dipertimbangkan secara berasingan daripada ukuran kewangan yang dilaporkan menurut GAAP. 

Pamela Wong
Director, International Communications
Sabre Corporation
+44-7968902626
pam.wong@sabre.com

Source: Abacus International
Related Stocks:
NASDAQ:SABR
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Passenger Aviation Transportation Travel Acquisitions, mergers, takeovers Contracts