omniture

Aplikasi Android Pertama Dunia untuk Kerentanan Rampasan Pemasang Installer Hijacking Defender Dilancarkan

360 Security
2015-05-20 12:47 361

BEIJING, 20 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Aplikasi Android pertama dunia yang dibangunkan khas untuk menangani isu Kerentanan Rampasan Pemasang, Installer Hijacking Defender telah dilancarkan secara rasminya hari ini dalam Google Play Store. Menurut 360 Security Group, aplikasi itu merupakan satu-satunya aplikasi seumpamanya yang mengimbas semua kerentanan secara menyeluruh dan melindungi peranti Android daripada dicerobohi.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150519/217160

Apakah Kerentanan Rampasan Pemasang dan mengapa anda patut mengambil peduli

Pada bulan Mac 2015, Palo Alto Network mengumumkan penemuan Android Installer Hijacking, kerentanan dalam Android yang membenarkan penyerang mengubah suai atau menggantikan aplikasi Android yang kelihatan tidak berbahaya dengan perisian hasad dan dengan itu mendapat akses penuh kepada data peribadi. Syarikat itu berjaya mengesan eksploitasi terhadap Android 4.2.x dan model lebih awal tetapi ada menyebut yang sesetengah peranti Android 4.3 mungkin turut rentan. Kira-kira 89.4 peratus daripada populasi Android telah terjejas setakat bulan Januari 2014 apabila kerentanan itu mula-mula ditemui.

Google sudah mengeluarkan tampung untuk kerentanan bagi Android 4.3 dan model selepasnya, tetapi perlindungan keselamatan data anda masih memerlukan tindakan pantas, jika ada, oleh vendor utama seperti Samsung dan Amazon.

Palo Alto Networks telah melancarkan aplikasi pengimbas, tetapi satu-satunya tindakan yang boleh diambil pengguna selepas menemui kerentanan itu adalah dengan berhenti memuat turut aplikasi daripada sumber lain selain Google Play. Kenyataannya, dengan hanya melayari iklan tetingkap timbul atau menggunakan pelayar web sudah cukup untuk menjangkiti peranti.

Bagaimana Installer Hijacking Defender boleh membantu?

Sebagai aplikasi antivirus pertama dunia khusus untuk Rampasan Pemasang, Installer Hijacking Defender dilengkapi dengan ciri pengimbasan dan perlindungan yang penting untuk membaiki kerentanan itu. Mula-mula sekali anda boleh mengimbas peranti itu untuk memeriksa jika ia rentan dengan hanya memetik butang "Imbas". Jika peranti anda dalam bahaya, anda boleh mengaktifkan ciri perlindungan, pertama sekali dengan menekan butang "Lindungi" dan kemudian memilih Installer Hijacking Defender. Anda akan diberi makluman berserta saranan untuk menyahpasang aplikasi yang terjejas apabila peranti anda diserang sekali lagi.

Installer Hijacking Defender kini boleh didapati di Google Play secara percuma.

Latar Belakang 360 Security Group

360 Security Group merupakan sebuah pasukan pembangunan aplikasi mudah alih yang terkenal di seluruh dunia yang komited untuk menambah baik kehidupan mudah alih pengguna Android. Pasukan itu telah mencipta 360 Security, aplikasi keselamatan dan pengoptimuman yang membantu 200 juta pengguna dan berjaya menempati senarai 5 Aplikasi terbaik dalam Google Play di 79 buah negara. Dengan menggunakan enjin antivirus yang dipercayai oleh 670 juta pengguna di seluruh dunia dan mematuhi kod Google yang paling dikemas kini secara ketat, pasukan itu bertindak pantas dengan melancarkan Installer Hijacking Defender bagi melindungi pengguna Android daripada Kerentanan Rampasan Pemasang (Installer Hijacking Vulnerability).

HUBUNGI: Nikky Wei, +86-135 2113 7173, Weixiaohua@360.cn

Source: 360 Security
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology New products/services