omniture

Asia Plantation Capital Merintis Jalan dalam Merangsang Oud Lestari dalam Alam Semula Jadi

Asia Plantation Capital
2015-05-22 19:32 762

SINGAPURA, 22 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Kisah penghasilan Oud lestari, seperti bahan itu sendiri, dipenuhi misteri dan mitos. Dihasilkan daripada pokok Gaharu yang jarang ditemui -- sejenis spesis yang penuaiannya dalam habitat liar telah diharamkan oleh CITES pada tahun 2000 ekoran daripada kegiatan pembalakan haram dan ancaman -- Oud telah menjadi bahagian penting dalam upacara kebudayaan dan keagamaan selama beribu-ribu tahun, selain ciri perubatannya yang begitu terkenal.

Asia Plantation Capital dan rakan kongsinya memeriksa pokok-pokok yang telah disuntik di India
Asia Plantation Capital dan rakan kongsinya memeriksa pokok-pokok yang telah disuntik di India

 

Menyuntik pokok Aquilaria di Malaysia
Menyuntik pokok Aquilaria di Malaysia

Sebuah syarikat yang memainkan peranan dalam membantu menyelamatkan spesis terancam  ini dengan mengubah fiksyen sains menjadi "fakta sains," adalah Asia Plantation Capital (APC).

Selama hampir 10 tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan inovatif dalam cara yang terbaik dan paling tekal untuk merangsang penghasilan Oud dalam pokok, APC bukan sahaja menyelamatkan pokok Gaharu daripada mengalami kepupusan, tetapi turut memastikan kemandirian hidup dan pembiakan berterusan di ladang-ladangnya yang terurus.

Teknologi berpaten APC, diilhamkan oleh Lembaga Penasihat Saintifiknya (yang terdiri daripada ahli akademik dan pakar industri), telah melepasi ujian dengan jayanya dalam percubaan yang dijalankan baru-baru ini di India dan Malaysia, mereplikasi hasil yang cemerlang yang telah dicapai di Thailand sejak beberapa tahun lalu. APC kini memiliki sistem terbukti ini di India, Thailand, Malaysia dan China, merangkumi segalanya sehingga kepada penghasilan berskala komersial produk pengguna yang telah membantu industri tersebut berkembang menjadi sebuah industri yang sah dan dikawal selia sepenuhnya.

Asia Plantation Capital dan rakan kongsi memeriksa pokok yang telah disuntik di India

Di India, Asia Plantation Capital telah bekerjasama dengan penanam Gaharu komersial negara itu, Vanadurgi Agarwood, selama hampir dua tahun. Vanadurgi Agarwood merupakan sebuah syarikat sektor awam yang terdiri daripada ribuan penanam setempat kecil dan pemegang saham secara kolektif. Ia kini memiliki dan/atau mengurus lebih 6,000 ladang di kawasan selatan India.

Percubaan semasa menggunakan sistem suntikan milik Asia Plantation Capital telah terbukti berjaya, melalui pokok-pokok yang menunjukkan kadar "jangkitan" yang tekal, membawa kepada penghasilan minyak Oud. Selain itu, pasukan penyulingan APC kini bersedia untuk memasang sistem dan proses penyulingan miliknya di India yang merevolusikan industri dari segi ketekalan dan kualiti minyak serta resin yang dihasilkan.

"Kami amat gembira dengan sokongan daripada Asia Plantation Capital dalam membantu kami menentukan sistem terbaik yang dapat kami gunakan di India," kata Dharmendra Kumar, Pengasas Vanadurgi Group. "Berdasarkan perancangan semasa dan tertakluk kepada kejayaan proses penuaian pokok-pokok sedia ada, kami merancang untuk menggunakan sistem penyuntikan sehingga 10,000 batang pokok pada musim bunga akan datang. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan APC dalam pemasangan sistem penyulingan sulung mereka, dan mungkin akan memperkenalkan teknologi yang telah mereka bangunkan kepada kemudahan pemprosesan besar-besaran kami. Lewat tahun ini, kami merancang untuk melawat kilang baharu mereka di Johor, Malaysia."

Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital berkata, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan kumpulan yang penuh inspirasi seperti Vanadurgi. Kepimpinan dan nilai mereka dari segi membantu penanam dan komuniti luar bandar dalam membangunkan dan memelihara industri ini adalah amat selari dengan prinsip kami. Seperti Vanadurgi, kami percaya terhadap pendekatan yang telus yang akan membawa manfaat kepada semua yang terlibat. Kami gembira dengan langkah komersial ke hadapan yang telah diambil, dan pelaburan berterusan dalam pasukan penyelidikan dan pembangunan terbaik yang telah menghasilkan model perniagaan 'tanah kepada minyak' yang asli. Ini akan membawa manfaat berskala komersial untuk para penanam besar dan kecil di seluruh Asia Tenggara serta benua kecil di India."

En. Rawlinson menyimpulkan, "Permintaan global terhadap Oud dan produk berkaitannya adalah stabil serta berkembang pesat, dan adalah penting untuk kami mencapai standard yang tekal di seluruh industri bagi menjamin kualiti serta kemampanannya. Lama-kelamaan ini akan disalurkan ke semua ekonomi luar bandar yang mempunyai ladang-ladang tersebut."

Menyuntik pokok Aquilaria di Malaysia

Di Malaysia sistem yang digunakan syarikat itu, seperti di Thailand, menawarkan kemajuan yang paling mengujakan yang kini disaksikan dalam industri tersebut. Ekoran cuaca yang baik dari segi taburan hujan dan kelembapan sepanjang tahun, percubaan syarikat itu di Malaysia telah terbukti berjaya sehingga syarikat itu baru-baru ini telah mengumumkan rancangan perluasan yang besar, melibatkan ladang dan kilang baharu di negara itu. Asia Plantation Capital juga telah menjadikan sistem penyuntikan, pemprosesan dan pengedaran produk miliknya tersedia untuk penanam kecil dan ladang lain, membawa kepada beberapa usaha sama serta perjanjian pelesenan bersama Malaysia. Penuaian skala komersial dijadualkan bermula pada awal tahun 2016.

"Pasukan perhutanan dan agronomi kami, sejujurnya, terkejut menyaksikan kadar jangkitan dalam pokok yang telah dicapai menggunakan sistem kami di Malaysia," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital di Asia. "Ini berhubung rapat dengan keadaan iklim dan kualiti tanah luar biasa yang terdapat di sesetengah kawasan di Malaysia. Kami tidak mahu membuat sebarang dakwaan liar pada peringkat ini, tetapi adalah jelas sistem kami amat sesuai dengan keadaan di Malaysia."

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel:adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Tel. Bimbit: +65-9750-7440

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta Ringkas:

  • AS$ 600 juta -- gabungan nilai aset yang dimiliki dan di bawah pengurusan
  • AS$ 53.5 juta -- pusing ganti dalam tahun kewangan terakhir
  • AS$ 100 juta -- ramalan pusing ganti bagi tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 -- batang pokok Aquilaria hari ini, di ladang kayu Gaharu.

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan perkebunan komersial di serata rantau Asia Pasifik serta seluruh dunia, dan juga merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian yang diusahakan bagi memenuhi permintaan domestik serta komersial di negara-negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dan menyokong komuniti tempatan merupakan prinsip teras bagi dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial serta budaya dan juga pelaburan, bagi membawa masyarakat ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (tetapi beroperasi secara persendirian sejak 2002), kumpulan itu kini mengendalikan produk perladangan dan pertanian di empat benua, dengan projek-projek beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Galakan penggunaan kayu yang lestari dan diperakui adalah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan membasmi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, ini juga adalah cara untuk memastikan tiada kayu daripada aktiviti pembalakan haram digunakan.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150519/8521503207-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150519/8521503207-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Corporate Social Responsibility