omniture

VFS Global Memproses Permohonan Keseratus Juta

VFS Global
2015-06-01 10:30 263

LONDON, 1 Jun 2015 /PRNewswire/ -- VFS Global, penyedia perkhidmatan luar dan teknologi terbesar dunia untuk kerajaan dan misi diplomatik seluruh dunia, telah mencapai tanda aras yang signifikan dengan memproses permohonannya yang keseratus juta selama 14 tahun beroperasi. Syarikat itu kekal fokus untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggannya melalui piawaian kualiti perkhidmatan dan inovasi berasaskan teknologi sejak ia ditubuhkan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150528/747609-b
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150528/747609-a)

Ketua Pegawai Eksekutif VFS Global, Zubin Karkaria, berkata, "Ini merupakan saat membanggakan untuk VFS Global kerana ia merupakan bukti kukuh komitmen dan keazaman kami untuk menyediakan kualiti yang sangat tinggi secara tekal ke seluruh dunia. Kami menerima teknologi dan memanfaatkan kelebihannya untuk terus membangunkan penyelesaian inovatif yang menyokong wawasan serta keperluan pelanggan kerajaan kami. Tanda aras ini juga mencerminkan kepercayaan dan kewibawaan yang kami telah bina bersama kerajaan seluruh dunia, dan kami sangat menghormati kepercayaan yang dipertaruhkan kepada kami dan menghargai sokongan serta kerjasama yang kami terima sejak ditubuhkan pada tahun 2001."

VFS Global merupakan sebuah model perniagaan yang dicipta di India pada tahun 2001 yang memperkenalkan konsep perkhidmatan luar Proses Visa. Melewati ini, organisasi ini telah memanfaatkan kelebihan kepakarannya bagi menawarkan perkhidmatan bersepadu untuk kerajaan yang membolehkan perkhidmatan pengurusan rakyat dan identiti serta menyokong perkhidmatan pengurusan sempadan dengan penyelesaian pengurusan identiti. VFS Global berkhidmat untuk 45 pelanggan kerajaan merentasi 120 buah negara dengan rangkaian perkhidmatan yang semakin meluas di seluruh dunia.

Dengan menerajui melalui inovasi, organisasi itu telah membangunkan portfolio penyelesaian era baharu yang canggih dari segi teknologi seperti penyelesaian pemprosesan dokumen bebas lokasi, aplikasi mudah alih dan penyelesaian persidangan video, antara lainnya.

Latar Belakang VFS Global

VFS Global merupakan pakar perkhidmatan luar dan teknologi terbesar dunia untuk kerajaan serta misi diplomatik seluruh dunia. Dengan lebih 1600 Pusat Permohonan, yang beroperasi di 120 buah negara merentasi lima benua dan 100 juta permohonan diproses setakat 28 Mei 2015, VFS Global berkhidmat untuk kepentingan 45 pelanggan kerajaan. Operasi seluruh dunia VFS Global diperakui oleh ISO 9001:2008 untuk Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 27001:2005 untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan ISO 14001:2004 untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.vfsglobal.com

Wakil Media:
Shaily Vaswani
VFS Global
ShailyV@vfsglobal.com

SUMBER  VFS Global

Source: VFS Global
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Outsourcing Businesses Travel