omniture

FXPRIMUS Europe (CY) Ltd Umumkan Kejayaan Besar Kehadiran Sulungnya di iFX EXPO International 2015, dengan Simulator Bolasepak Interaktif Canggih

FXPRIMUS Europe (CY) Ltd
2015-06-02 20:45 476

LIMASSOL, Cyprus, 2 Jun 2015 /PRNewswire/ --

FXPRIMUS Europe (CY) Ltd, Tempat Paling Selamat Untuk Berdagang, berbesar hati mengumumkan kejayaan besar penampilan sulung syarikat itu di iFX EXPO International 2015, sebagai penaja, penyampai ucapan utama, dan pempamer gerai interaktif canggih.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140706/694441 )

FXPRIMUS Europe (CY) Ltd meraikan kejayaan sebagai pempamer pertama menawarkan pengalaman maya interaktif di iFX EXPO – dikenali sebagai ekspo forex perniagaan ke perniagaan terbesar dan terpenting di peringkat global. Gerai interaktif berteknologi maju itu melibatkan penggunaan sensor dan teknologi LED canggih, melambangkan pengalaman dagangan yang sofistikated, namun memberi ganjaran yang ditawarkan oleh syarikat itu.

Penjaring terbanyak permainan maya itu memenangi pelbagai hadiah bertema MCFC sebagai meraikan penajaan tiga tahun FXPRIMUS Europe (CY) Ltd ke atas Manchester City FC. Hadiah termasuk cenderamata rasmi, dan tiket VIP untuk menghadiri perlawanan bolasepak di Stadium Etihad musim depan, dalam suit hospitaliti mewah.

Ketua Pegawai Eksekutif FXPRIMUS Europe (CY) Ltd, Stephen Leahy turut diundang untuk menghadiri iFX EXPO sebagai penyampai jemputan. Beliau menggunakan kepakaran kewangan tahap tingginya untuk mendebatkan peranan penting Cyprus sebagai hab untuk industri forex.

Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif FXPRIMUS Europe (CY) Ltd. Terry Thompson, mengulas: "Gerai ekspo iFX unik dan dinamik kami melambangkan kesungguhan kami untuk menawarkan pengalaman berteknologi tinggi yang memberi ganjaran menggabungkan unsur  forex dan bolasepak. Klien dan rakan kongsi kami di seluruh dunia dapat memanfaatkan program berterusan dengan promosi mengujakan, pertandingan dan acara yang dipimpin oleh pasukan berkemahiran kami dalam bulan-bulan mendatang."

Tentang FXPRIMUS Europe (CY) Ltd 

FXPRIMUS Europe (CY) Ltd terkenal di peringkat global kerana menawarkan salah satu persekitaran dagangan dalam talian paling selamat dan terjamin yang boleh didapati dalam industri forex. Syarikat itu membolehkan klien dengan pelbagai peringkat pengalaman untuk mendagangkan pelbagai instrumen termasuk forex, komoditi, tenaga dan indeks, melalui pelbagai platform dagangan mudah alih dan sesawang. Pelaksanaan pantas melalui sistem pelaksanaan canggih di seluruh dunia bergabung untuk mewujudkan persekitaran dagangan cekap yang lancar.

Pada Januari 2015, FXPRIMUS Europe (CY) Ltd mengumumkan kerjasama rasmi dengan Kelab Bolasepak Manchester City.

Pelajari lebih lanjut: http://www.FXPRIMUS.com

Sumber: FXPRIMUS Europe (CY) Ltd

 

 

 

Source: FXPRIMUS Europe (CY) Ltd
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Internet Technology Trade show news