omniture

Menjadikan Wawasan 2021 Bangladesh Digital satu realiti, Pentadbirannya menyertai Perikatan Better Than Cash

Better Than Cash Alliance
2015-06-03 12:00 217

- Bangladesh komited untuk memajukan perangkuman kewangan kebangsaan dengan memecut perubahan ke arah pembayaran digital

DHAKA, Bangladesh, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Sejajar dengan Wawasan 2021 Bangladesh Digital negara itu, Pentadbiran Republik Rakyat Bangladesh hari ini mengumumkan yang ia akan memecut perubahannya daripada pembayaran tunai kepada digital, ditandakan dengan perkongsian baharu bersama Perikatan Better Than Cash. Dengan bukti yang semakin menimbun yang menunjukkan perkhidmatan kewangan digital merupakan strategi mampan bagi memberikan akses berkesan kepada perkhidmatan kewangan untuk semua rakyat, langkah itu juga menyokong usaha pentadbiran untuk memajukan perangkuman kewangan.

Pentadbiran itu merancang untuk mendigitkan semua bentuk pembayaran keselamatan sosial kepada rakyat, dan semua bentuk bayaran yang dibuat rakyat kepada pentadbiran untuk tujuan perkhidmatan. Tambahan lagi, ia akan membolehkan pendigitalan kiriman wang dalam dan luar negara serta urus niaga kewangan untuk e-dagang.

Di seluruh dunia, penciptaan ekonomi yang mana pembayaran digital boleh didapati secara luas sedang semakin mendapat tempat dalam banyak pentadbiran, sebagai langkah untuk mengurangkan kos, meningkatkan ketelusan, dan mereka pula dapat memajukan perangkuman kewangan serta pertumbuhan ekonomi terangkum.

Antara pelbagai aspek komitmen Bangladesh, pentadbiran akan menumpukan usaha bagi memajukan kolaborasi sektor awam dan swasta bagi membina prasarana yang diperlukan bagi mencapai lebih ramai rakyat melalui perkhidmatan kewangan.

"Turut menyertai Perikatan Better Than Cash dan menyatakan komitmen kepada perubahan menyeluruh daripada pembayaran tunai kepada digital adalah sebahagian daripada perakuan kami untuk peranan pengubah teknologi maklumat dan komunikasi dalam mencipta pertumbuhan terangkum di Bangladesh," kata En. Abul Kalam Azad, Setiausaha Utama Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu untuk Program Akses kepada Maklumat (a2i). PMO menerajui agenda pentadbiran untuk Wawasan 2021 Bangladesh Digital yang dibantu oleh a2i dengan sokongan teknikal daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan Agensi Amerika Syarikat untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID).

"Usaha kami akan menumpu khususnya kepada pencapaian perangkuman kewangan lebih meluas melalui lebih 5,000 Pusat Digital kami yang telah ditubuhkan dalam semua institusi pentadbiran tempatan dalam dan luar bandar di seluruh negara," kata En. Abul Kalam Azad. "Pusat ini sudah pun menyediakan akses kepada purata 4.5 juta rakyat tidak berkemampuan kepada lebih 60 perkhidmatan digital pelbagai jenis setiap bulan. Dengan memandatkan bahawa seorang daripada dua usahawan yang mengurus Pusat Digital ini mesti seorang wanita, kami dapat memastikan persekitaran penyediaan perkhidmatan yang lebih peka jantina."

Berpusat di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Perikatan Better Than Cash merupakan perkongsian pentadbiran, syarikat, dan organisasi antarabangsa yang memandu perubahan daripada pembayaran tunai kepada digital bagi memacu pertumbuhan terangkum dan membantu orang ramai keluar daripada belenggu kemiskinan. Keahlian Bangladesh dengan Perikatan itu akan membolehkannya berkolaborasi bersama dan belajar daripada negara lain serta memanfaatkan apa yang dipelajari itu bagi meningkatkan keberkesanan dan juga ketelusan perubahan negara.

"Bangladesh telah menunjukkan wawasan yang tinggi semasa menetapkan agenda Wawasan 2021 Bangladesh Digital, dan sudah pun mencapai kemajuan yang mengagumkan dengan peruntukan gaji kepada kakitangan kerajaan seluruh negara melalui kaedah digital," kata Dr. Ruth Goodwin-Groen, Pengarah Urusan Perikatan Better Than Cash. "Dengan menyertai Perikatan, Bangladesh akan mendapat akses kepada pengalaman negara ahli lain, serta dapat berkongsi apa yang mereka pelajari tentang perluasan pembayaran digital. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan pemimpin Bangladesh bagi memajukan pembayaran digital seluruh negara."

Bangladesh menyertai lebih 40 lagi ahli lain dalam Perikatan Better Than Cash, dan akan mendapat akses kepada pengetahuan dan kepakaran teknikal yang ditawarkan oleh Perikatan itu serta ahlinya bagi memecut peralihan kepada pembayaran digital, membantu memajukan pertumbuhan ekonomi dan juga meluaskan perangkuman kewangan kepada semua rakyat Bangladesh.

Latar Belakang Perikatan Better Than Cash
Perikatan Better Than Cash merupakan perkongsian pentadbiran, syarikat, dan organisasi antarabangsa yang memecut perubahan daripada pembayaran tunai kepada digital bagi memacu pertumbuhan terangkum serta membantu orang ramai mengeluarkan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Yayasan Bill & Melinda Gates, Citi, Yayasan Ford, MasterCard, Omidyar Network, USAID, dan Visa Inc. merupakan pembiaya manakala Dana Pembangunan Modal PBB bertindak sebagai sekretariat. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.betterthancash.org, ikuti @BetterThan_Cash dan langgan untuk mendapatkan berita.

Latar Belakang Program Akses kepada Maklumat (a2i), Pejabat Perdana Menteri, Pentadbiran Republik Rakyat Bangladesh
Akses kepada Maklumat (a2i) merupakan program Pejabat Perdana Menteri Pentadbiran Republik Rakyat Bangladesh. Disokong UNDP & USAID, matlamat keseluruhan program itu adalah untuk menyediakan sokongan dalam membina negara digital melalui penyediaan perkhidmatan kepada rakyat. Program itu menyasarkan untuk memperbaiki kualiti, memperluas akses, dan memencarkan penyediaan perkhidmatan awam bagi memastikan kesambutan dan ketelusan. Perangkuman kewangan melalui cara digital merupakan bidang tumpuan utama yang nyata berbeza bagi a2i. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.a2i.pmo.gov.bd dan ikuti @a2i_bd.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150602/220323LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150602/220322LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120919/CG77018LOGO

Source: Better Than Cash Alliance
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements