omniture

Pemandu Scuderia Ferrari Sebastian Vettel Melawat Lokasi UPS Access Point(TM) Semasa Festival Jalan Crescent Montreal

UPS
2015-06-05 14:25 314

MONTREAL, 5 Jun 2015 /PRNewswire/ -- UPS® (NYSE:UPS), Penaja Logistik dan Penghantaran Rasmi Scuderia Ferrari, hari ini mengumumkan lokasi kilat istimewa UPS Access Point™ semasa Festival Jalan Crescent di Montreal, Kanada. Sebelum merajai perlumbaan di Litar Gilles-Villeneuve, pemandu Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel membuat pengambilan pertama hujung minggu itu, menunjukkan keandalan dan keluwesan rangkaian UPS Access Point.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150604/748146-a )

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150604/748146-b )

Vettel, yang memenangi Grand Prix Kanada pada tahun 2013, mengambil topi keledar, sarung tangan, dan topi perlumbaan beliau dari lokasi UPS Access Point sebagai sebahagian daripada acara itu. Sepanjang hujung minggu perlumbaan itu, para peminat dijemput melawat Festival Jalan Crescent dan mendapatkan hadiah istimewa daripada UPS, serta mengambil bahagian dalam cabaran simulator kereta lumba.

Lokasi UPS Access Point sementara itu akan terus dibuka di Jalan Crescent sehingga Jam 2100 EDT pada hari Sabtu, 6 Jun.

"Lokasi UPS Access Point akan terus ditambah di seluruh Kanada dan kami sudah menghampiri 1,000 lokasi," kata Nicolas Dorget, naib presiden perkongsian strategik UPS Kanada. "Acara hari ini menunjukkan sejauh mana peminat perlumbaan boleh menggunakan lokasi UPS Access Point sebagai lokasi pengambilan alternatif untuk pakej mereka ketika mereka tidak dapat menerimanya di rumah atau tempat kerja."

"Lokasi UPS Access Point adalah idea hebat untuk orang seperti saya yang mempunyai kehidupan yang sangat sibuk dan memerlukan penyelesaian yang fleksibel bagi mendapatkan pakej mereka," kata Vettel. "Scuderia Ferrari sentiasa memerlukan penyelesaian logistik yang andal untuk membas ntu kami berjaya, khususnya untuk permintaan saat terakhir dalam perlumbaan seperti Kanada yang diadakan antara dua perlumbaan Eropah."

Masa depan e-dagang terus dipacu oleh pembeli yang berpengetahuan tinggi yang inginkan lebih kefleksibelan dan pilihan penghantaran. Rangkaian UPS Access Point dan perkhidmatan UPS My Choice® memenuhi keperluan ini dengan memberi pengguna lebih kawalan dan kefleksibelan dengan penghantaran ke rumah mereka. Sehingga hari ini, terdapat hampir 15 juta pengguna berdaftar UPS My Choice dan lebih 19,000 lokasi UPS Access Point di seluruh dunia. Awal tahun ini, syarikat telah mengumumkan sasaran sebanyak 20,000 lokasi UPS Access Point menjelang akhir tahun 2015.

Latar Belakang Rangkaian UPS Access Point
Lokasi UPS Access Point menawarkan penyelesaian ringkas untuk mengambil dan menghantar pakej, menyediakan kefleksibelan tambahan kepada pelanggan. Terletak dalam perniagaan tempatan, lokasi UPS Access Point boleh didapati di pasaran penting di seluruh Eropah dan negara-negara benua Amerika, dengan 20,000 lokasi diramalkan menjelang akhir tahun 2015.

Latar Belakang UPS My Choice®

UPS My Choice merupakan perkhidmatan penghantaran ke rumah baharu yang revolusioner yang akan membolehkan pengguna yang sibuk mengawal dan mengurus penghantaran pakej kepada mereka dengan mudah untuk disesuaikan dengan gaya hidup mereka yang sibuk. Perkhidmatan baharu ini akan menyingkirkan banyak kerisauan pengguna yang berkaitan dengan penghantaran, termasuk kehilangan pakej, bimbang dengan pakej yang ditinggalkan di luar rumah, terpaksa menapak ke depot bagi mendapatkan pakej yang hilang, menunggu sepanjang hari untuk mendapat pakej atau terpaksa berharap kepada orang lain untuk mendapatkan pakej.

Latar Belakang perkongsian UPS dengan Ferrari
UPS menjadi Penaja Logistik dan Penghantaran Rasmi Ferrari pada Februari 2013, melalui perkongsian yang merangkumi Formula One, Kejohanan Ketahanan Dunia FIA dan Siri Eropah Kejohanan Cabaran Ferrari.

UPS turut merupakan Rakan Logistik Rasmi untuk Ferrari melalui penyepaduan berkadar perkhidmatan pengangkutannya sendiri, menyediakan pergerakan muatan pada peringkat global.

Latar Belakang UPS®

UPS (NYSE: UPS) merupakan peneraju global dalam logistik, menawarkan pelbagai jenis penyelesaian termasuk pengangkutan pakej dan muatan; kemudahan perdagangan antarabangsa, dan penggunaan teknologi canggih bagi mengurus dunia perniagaan dengan lebih berkesan. Beribu pejabat di Atlanta, AS, UPS berkhidmat untuk lebih 220 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Syarikat itu boleh ditemui dalam web melalui ups.com® dan blog korporatnya boleh ditemui di Longitudes.ups.com. Untuk mendapat berita UPS secara terus, lawati pressroom.ups.com.

Sumber: UPS

Source: UPS
Related Stocks:
NYSE:UPS
Keywords: