omniture

Ravi daripada Miaozhen Systems: Model Pemasaran Data China Pimpin Trend Baharu di Asia Pasifik

Miaozhen Systems
2015-06-15 09:30 571

SANYA, China, 15 Jun 2015 /PRNewswire/ --   iMedia Brand Summit 2015, acara disegani peringkat global bagi industri pengiklanan pemasaran dan media, telah selesai dengan jayanya pada 3 Jun. Ravikumar Shankar, naib presiden pembangunan perniagaan global di Miaozhen Systems, rakan strategik acara dan syarikat gergasi teknologi data pemasaran pihak ketiga, telah diundang untuk menyampaikan ucapan bertajuk "Profil berubah penyampaian iklan dalam rantau Asia Pasifik semasa era berbilang skrin pada 2015." Beliau percaya bahawa trend umum era berbilang skrin merupakan penyatuan semua bentuk media. Teknologi pemantauan pemasaran data China menjadi semakin matang, menerajui trend dalam menetapkan model pemantauan pengiklanan dan penilaian di seluruh rantau Asia Pasifik.

Ravi, naib presiden Pembangunan Perniagaan Global Miaozhen Systems, menyampaikan ucapan di iMedia Brand Summit 2015
Ravi, naib presiden Pembangunan Perniagaan Global Miaozhen Systems, menyampaikan ucapan di iMedia Brand Summit 2015

Ravikumar Shankar telah berkongsi pandangan beliau tentang perubahan baharu yang mempengaruhi penyampaian pengiklanan di China dan negara Asia Pasifik lain dalam era berbilang skrin yang kemudiannya diikuti pembentangan teknologi pemasaran data utama Miaozhen Systems serta perkhidmatan firma tersebut yang disesuaikan khusus kepada pasaran Asia Pasifik.

Penembusan Internet: pembangunan tidak seimbang di seluruh Rantau APAC

Pembentangan Miaozhen Systems tentang penembusan internet di seluruh negara APAC semasa 2015
Pembentangan Miaozhen Systems tentang penembusan internet di seluruh negara APAC semasa 2015

APAC dengan pantas memasuki era mudah alih dengan model media berbilang skrin semakin terbentuk

Penembusan media bagi peranti mudah alih mendahului PC dan lain-lain peranti berskrin besar, Memetik beberapa fakta, tanah besar China dapat menyamai Jepun dan Korea Selatan dengan lebih 90 peratus pengguna mereka menonton video pada telefon pintar dan TV, sementara negara tersebut jauh ketinggalan di belakang Jepun dan Korea Selatan dari segi penembusan media pada PC dengan hanya 44 peratus penggunanya melayari Internet menggunakan PC setiap hari. Penembusan mudah alih di bahagian Asia Tenggara yang lain masih meningkat walaupun mempunyai penembusan PC yang lebih rendah.

Pembentangan Miaozhen Systems tentang penembusan media di seluruh negara APAC semasa 2015
Pembentangan Miaozhen Systems tentang penembusan media di seluruh negara APAC semasa 2015

PC telah mengatasi televisyen tradisional dari segi bilangan jam yang diluangkan di depan skrin. Secara khusus, bilangan pengguna yang meningkat menonton video pada telefon mudah alih.

Statistik Miaozhen Systems tentang masa diluangkan menonton video di seluruh negara APAC semasa 2015
Statistik Miaozhen Systems tentang masa diluangkan menonton video di seluruh negara APAC semasa 2015

Model pemasaran data besar China membantu pemilik jenama Asia meningkatkan pulangan bagi pelaburan media

Di sebalik perubahan ini, dengan kemampuan pemprosesan data berkuasanya dan pengalaman meluas dalam pengurusan serta pengoptimuman program, Miaozhen Systems dapat membantu pemilik jenama menyesuaikan diri dengan lebih baik kepada pasaran yang berubah serta menyampaikan nilai terbesar bagi pengiklanan media mereka. Ravikumar Shankar menerangkan, "Miaozhen Systems telah menjalankan pemantauan data dan pengoptimuman pengurusan untuk lebih 20,000 kempen iklan di China dan 600 di Jepun. Selain itu, syarikat itu telah mengurus 240 kempen iklan di Indonesia dan 200 kempen sedemikian di India. Semakin banyak jenama di 13 buah negara di Asia bergantung kepada kekuatan Miaozhen dalam pengurusan data untuk mengoptimumkan keputusan pelaburan media mereka."

Bilangan kempen dijejak ADMonitor Miaozhen Systems di seluruh negara APAC
Bilangan kempen dijejak ADMonitor Miaozhen Systems di seluruh negara APAC

Bagi pengoptimuman media berbilang skrin, Ravikumar Shankar menyatakan sesuatu yang agak memeranjatkan, "Kita cenderung menggunakan data besar untuk mengenal pasti khalayak sasaran, dengan 20 pengguna menonton iklan yang sama sekali daripada satu pengguna menonton iklan yang sama 20 kali. Menyesuaikan bajet media APAC untuk menempatkan iklan dalam rantau khusus berdasarkan analisis khalayak sasaran dan tabiat penggunaan media mereka dijangka menyampaikan capaian yang nyata lebih tinggi serta kos iklan lebih rendah berbanding penempatan iklan ternyahpusat nasional, membawa kepada peningkatan menarik dalam jualan."

Miaozhen Systems MixReach bentangkan perbezaan dalam hasil pelbagai strategi penempatan media di seluruh negara APAC
Miaozhen Systems MixReach bentangkan perbezaan dalam hasil pelbagai strategi penempatan media di seluruh negara APAC

Negara-negara Asia berbeza dari segi bentuk, tempoh dan strategi penempatan iklan bagi video dalam talian. Ravi menawarkan pendapat bahawa amalan berjaya China dari segi pengiklanan dalam talian memberikan rujukan berkesan untuk pemilik jenama dari negara-negara Asia lain. Miaozhen Systems akan terus menawarkan model produk terbukti dalam bidang teknologi pemantauan, pensampelan, DMP dan penempatan iklan terprogram, bagi membantu jenama dari seluruh dunia memajukan usaha pemasaran mereka.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150609/0861505086-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150609/0861505086-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150609/0861505086-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150609/0861505086-d
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150609/0861505086-e
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150609/0861505086-f

Source: Miaozhen Systems
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Trade show news