-- Anugerah iktiraf yang terbaik dalam hiburan stadium langsung global
ELLENTON, Florida, 18 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Hentian jelajah Monster Jam® 2014 di Stadium ANZ di Sydney, Australia telah meraih anugerah 'Acara Tetamu Terbaik Tahun Ini' sempena Anugerah Perniagaan Stadium 2015. Anugerah tersebut mengiktiraf acara tetamu bukan sukan, konsert atau persembahan sekali terbaik yang diadakan di gelanggang sukan utama sejak 12 tahun lalu. Upacara anugerah itu telah berlangsung sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Stadium yang diadakan di Barcelona, Sepanyol, pada 10 Jun.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/223526
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/223527
Anugerah itu, diundi oleh rakan setara industri, menandakan anugerah antarabangsa utama yang pertama bagi Monster Jam dan merupakan satu lagi petunjuk pertumbuhan pesat jenama tersebut di pentas hiburan langsung global. Calon-calon lain dalam kategori ini termasuk Anugerah Personaliti Sukan Terbaik Tahunan BBC di SSE Hydro (Scotland), Upacara Pembukaan FIFA World Cup™ 2014 di Arena de Sao Paulo (Brazil), Festival Parti Musim Sejuk di Stadium Olimpik Montreal (Kanada), One Direction di Stadium Allianz (Australia) dan Upacara Pembukaan Sukan Komanwel 2014 di Celtic Park (Scotland).
Hampir 50,000 peminat telah menghadiri pertunjukan Monster Jam pada 18 Oktober di Sydney, dan hampir 150,000 peminat keseluruhan telah menghadiri salah satu daripada empat bandar (Brisbane, Melbourne, Adelaide dan Sydney) dalam Jelajah Australia Monster Jam 2014.
"Memenangi anugerah industri berprestij ini mengesahkan semua kerja keras dan dedikasi yang diperlukan dalam mempersembahkan Monster Jam, bukan sahaja di Sydney, tetapi di seluruh dunia," kata Magnus Danielsson, Naib Presiden Antarabangsa Feld Motor Sports. "Ini merupakan usaha pasukan yang hebat, dan saya ingin berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pasukan di Stadium ANZ kerana menjadi rakan kerjasama yang begitu bernilai dan yang pertama di Australia untuk melihat potensi ini. Saya khususnya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Australian Feld Entertainment atas kerja keras dan dedikasi mereka, selain pasukan Operasi Persembahan kami yang hebat kerana mengadakan salah satu pertunjukan Antarabangsa terbaik. Lebih banyak tentang jelajah Australia 2015 akan tiba tidak lama lagi!"
Pengarah Urusan Stadium ANZ, Daryl Kerry, telah mengucapkan tahniah kepada Feld Entertainment atas Anugerah Perniagaan Stadium Antarabangsa yang dimenangi dan berkata gelanggang beliau berbangga kerana persembahan Monster Jam di Sydney telah terpilih sebagai Acara Tetamu Terbaik Tahun Ini. "Bukan mudah untuk membawa satu persembahan dengan magnitud seperti Monster Jam ke bahagian lain dunia dan melaksanakannya dengan cukup tepat, tetapi persembahan 2014 Monster Jam di Sydney mempunyai faktor mengagumkan yang sebenar dan membuatkan semua orang di Australia ternanti-nantikan persembahan Monster Jam tahun ini di Stadium ANZ," kata En. Kerry.
Sehingga kini, Monster Jam telah mengunjungi 44 buah bandar di 21 buah negara di luar Amerika Syarikat dan pengumuman persembahan baharu dijangka akan dibuat tidak lama lagi. Pada bulan Jun, Monster Jam akan melawat Valencia, Sepanyol (6 Jun), Madrid, Sepanyol (13 Jun), Barcelona, Sepanyol (20 Jun) dan Brussels, Belgium (28 Jun). Selain itu, edisi Asia Pasifik pertama Monster Jam akan berlangsung pada 19-22 Jun di Manila, Filipina.
Sebarang maklumat lanjut tentang para pemenang Anugerah Perniagaan Stadium, sila klik di sini.
Latar Belakang Feld Motor Sports®
Feld Motor Sports, Inc. merupakan peneraju dunia dalam hiburan sukan permotoran arena terkhusus dan berasaskan stadium. Produksi Feld Motor Sports termasuk Monster Jam®, Monster Energy Supercross, AMSOIL Arenacross dan Nuclear Cowboyz®. Feld Motor Sports merupakan divisyen Feld Entertainment, penerbit terbesar dunia bagi hiburan keluarga langsung. Siri Monster Truck Rasmi hanya boleh didapati di Monster Jam. Untuk maklumat lanjut tentang Feld Entertainment, lawati www.feldentertainment.com.