omniture

Calypso Tandatangani Perjanjian Penjual Global Dengan SAP, Menyatukan Penyelesaian Perbankan dan Pasaran Modal Terbaik dalam Kategorinya

Platform Rentas Aset, Hadapan-ke-Belakang Calypso Lengkapi Portfolio Perkhidmatan Kewangan SAP untuk Pasaran Modal, Menggalakkan Pengukuhan, Pemudahan, Kemajuan untuk Pelanggan
Calypso Technology
2015-06-23 19:00 416

SAN FRANCISCO, 23 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Calypso Technology, Inc., standard untuk perisian perbendaharaan dan pasaran modal, telah memeterai perjanjian penjual global bersama SAP (NYSE: SAP), peneraju pasaran bagi perisian aplikasi perusahaan. Melalui perjanjian ini, SAP akan menjual platfrom perbendaharaan dan pasaran modal rentas aset, hadapan-ke-belakang Calypso sebagai lanjutan dua penyelesaian: penyelesaian Dagangan Pasaran Modal SAP® oleh Calypso dan penyelesaian Perbendaharaan Pasaran Modal SAP oleh Calypso.

Melalui perjanjian ini, para pelanggan SAP dapat menerima manfaat daripada platform Calypso, yang bersepadu dengan SAP Advanced Server® Enterprise (SAP ASE) dan melengkapi portfolio perkhidmatan kewangan SAP untuk pasaran modal, menggalakkan pengukuhan, pemudahan dan kemajuan. Penyelesaian tersebut membolehkan pelanggan mengurangkan jumlah seluruh sistem yang digunakan, meringkaskan seni bina, memperkemas proses serta meningkatkan kecekapan, di samping mengurangkan kos pemilikan keseluruhan.

"Kerjasama ini menyatukan penyelesaian perbankan komersial dan pasaran modal terbaik dalam kategorinya untuk membawakan manfaat hebat kepada para pelanggan," kata Charles Marston, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Calypso Technology. "Hasilnya, para pelanggan dapat menerima manfaat daripada automasi lebih besar yang disediakan oleh teknologi terbaik, yang dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO)."

Platform Calypso bersepadu dengan SAP ASE, yang digunakan oleh kebanyakan syarikat pasaran modal global bagi tujuan menyokong pengendalian pemprosesan penting untuk sesebuah syarikat. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, para pelanggan kini dapat memanfaatkan kehebatan fungsi dan teknikal penyelesaian daripada Calypso serta SAP bagi memperkenalkan inovasi model operasi pasaran kewangan baharu ke dalam perniagaan mereka dengan pesat.  

"Melalui kerjasama baharu ini, SAP dan Calypso akan memanfaatkan kelebihan masing-masing dalam bidang pasaran modal serta perbendaharaan bank untuk menyediakan rangkaian penyelesaian menerajui pasaran yang lengkap untuk para pelanggan di seluruh dunia," kata Ross Wainwright, ketua global, Perkhidmatan Kewangan, SAP. "SAP telah pun memiliki kumpulan pelanggan yang besar menerusi penyelesaian SAP untuk pasaran modal, termasuk SAP ASE, platform utama bagi risiko dan kewangan bersepadu, serta platform SAP HANA®. Bagi melengkapi penyelesaian SAP ini dengan aplikasi Calypso, kami melihat beberapa kemungkinan baharu yang mengujakan untuk para pelanggan kami mengubah perniagaan mereka. Sinergi antara platform Calypso dan kemudahan daripada SAP akan menyediakan set penyelesaian yang mengubah keadaan untuk para pelanggan dalam pasaran-pasaran modal, bank-bank pusat dan juga perbendaharaan bank bagi memudahkan landskap sistem mereka, mengurangkan kos dan kerumitan, di samping meningkatkan ketangkasan perniagaan."

Platform Calypso dimanfaatkan oleh lebih 200 buah firma kewangan dan 34,000 ahli-ahli profesional pasaran modal. Calypso merupakan Peneraju bagi Gartner Magic Quadrant untuk Platform Dagangan dan untuk tahun keenam berturut-turut, menawarkan Penyelesaian Perbendaharaan dan Pasaran Modal Paling Laris dalam Jadual Liga Jualan IBS 2015.

SAP, SAP HANA dan lain-lain produk serta perkhidmatan SAP yang dinyatakan di sini selain logo masing-masing merupakan tanda niaga atau tanda niaga berdaftar SAP SE (atau syarikat sekutu SAP) di Jerman dan juga negara-negara lain. Lihat http://www.sap.com/corporate-en/legal/copyright/index.epx untuk mengetahui lebih lanjut maklumat dan notis tanda niaga.

Semua nama produk dan perkhidmatan lain yang dinyatakan merupakan tanda niaga syarikat masing-masing.

Kenyataan Jangkaan SAP
Sebarang kenyataan yang terkandung dalam dokumen ini yang bukan merupakan fakta sejarah adalah kenyataan jangkaan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Perkataan-perkataan seperti "menjangkakan," "mempercayai," "menganggarkan," "meramal," "berhasrat," "mungkin," "merancang," "mengunjurkan," "sepatutnya" dan "akan" serta ungkapan serupa yang berkaitan dengan SAP adalah bertujuan untuk menyatakan kenyataan jangkaan sedemikian. SAP tidak mengambil sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan jangkaan kepada umum. Semua kenyataan jangkaan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan. Faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada hasil kewangan masa depan SAP dibincangkan secara lebih lanjut dalam pemfailan SAP bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. ("SEC"), termasuk Laporan Tahunan terkini SAP pada Borang 20-F yang difailkan dengan SEC. Para pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar ke atas kenyataan jangkaan ini, yang hanya sah setakat tarikh ia dikeluarkan.

Laporan "Magic Quadrant untuk Platform Dagangan" Gartner boleh diperoleh di: http://www2.calypso.com/gartner-magic-quadrant-2014/

Wakil Media:

Paragon Public Relations
PJ Kinsella
PJ@Paragonpr.com 
1 (646) 558-6235

Source: Calypso Technology
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements