omniture

Appier Perkenal Penyelesaian TV Berprogram Pertama di Asia dengan Teknologi Sasaran Silang Skrin Terkemuka Industri

Appier Inc.
2015-06-25 03:42 313

TAIPEI, 25 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Appier, syarikat terkemuka bagi teknologi silang skrin hebat Kepintaran Buatan (AI), hari ini mengumumkan pengenalan penyelesaian TV berprogram pertamanya (Appier Programmatic TV) di Asia, yang menyasarkan untuk membawa pendekatan yang berkesan kepada pengiklan di rantau bagi mencapai populasi penonton TV yang ramai tetapi berselerak dengan menambah kepintaran kepada pembelian TV tradisional bagi mendorong peningkatan kadar respons. Tawaran baharu ini merupakan pelengkap penting untuk melengkapkan portfolio pengiklanan silang skrin sebenar Appier yang memanfaatkan teknologi kepintaran buatan (AI) milik mereka bagi membolehkan semua pengiklan mengenal pasti pengguna yang sama merentasi semua skrin, daripada telefon bimbit, tablet, komputer peribadi, dan televisyen.

"Kami teruja dapat membawakan Appier Programmatic TV kepada pengiklan dan pemasar ketika kami berusaha untuk mencabar pemikiran konvensional dalam pembelian melalui televisyen," kata Chih-Han Yu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Appier. "Appier Programmatic TV merupakan penyelesaian bukan konvensional, mentakrifkan dengan unik cara kita menggunakan teknologi AI bagi membantu pengiklan menganalisis gaya hidup pengguna yang pantas berubah secara berkesan dalam era berbilang skrin ini sambil mempertingkat pembelian melalui televisyen secara dramatik dengan kepintaran melalui analisis data yang berhubung kait dengan kempen mudah alih dan komputer peribadi lain bagi meningkatkan kadar respons."

Apabila TV berprogram dianggap sebagai sempadan revolusi digital masa depan untuk pengiklan dan pemasar, saranan saluran berpandukan data automatik Appier sangat penting untuk mereka yang ingin memperoleh profil penonton televisyen secara tepat bagi mencapai matlamat perniagaan dengan belanjawan pengiklanan yang optimum. Melalui Appier Programmatic TV, pengiklan kini boleh merancang kempen iklan TV berdasarkan profil penonton sasaran khusus dengan mengaitkan strategi pembelian melalui TV dengan kelakuan pelanggan dalam semua skrin lain.

Appier telah menyediakan penyelesaian TV berprogram revolusioner ini di Singapura terlebih dahulu melalui perkongsian dengan syarikat telekomunikasi terkenal yang berpusat di Singapura dan tawaran ini akan diunjurkan kepada lebih banyak pasaran tidak lama lagi. Sistem saranan saluran Appier juga boleh memasukkan maklumat daripada kemampuan analitik pengiklan sedia ada, membolehkan jenama memanfaatkan kelebihan teknologi didayakan data bagi mengenal pasti saluran yang paling relevan.

Dengan penambahan penyelesaian TV berprogram kepada portfolio produk Appier yang mantap, syarikat itu kini membolehkan pengiklan mendapat jangkauan yang menyeluruh kepada spektrum penonton yang luas merentasi peranti mudah alih, komputer peribadi, serta televisyen, dan lebih penting lagi, membenarkan mereka mengambil peluang daripada penyelesaian silang skrin hebat AI Appier untuk membuat keputusan pembelian melalui media yang paling pintar secara menyeluruh.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140903/8521404985Logo

Source: Appier Inc.
Related Links:
Keywords: Advertising Broadcast Technology Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Television New products/services