omniture

Asia Plantation Capital Meraikan Pelanggan Ladang Kayu Gaharu Rintis Singapura

Asia Plantation Capital
2015-06-26 16:16 693

SINGAPURA, 26 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Pelanggan ladang kayu gaharu perintis Singapura Asia Plantation Capital baru-baru ini menghadiri majlis makan malam penghargaan bagi meraikan kejayaan pemuktamadan jualan Oud mereka.

Pelanggan rintis dan para tetamu Asia Plantation Capital memenuhi dewan Hotel Fullerton
Pelanggan rintis dan para tetamu Asia Plantation Capital memenuhi dewan Hotel Fullerton

Diadakan di Hotel Fullerton yang bersejarah, para pelanggan perintis serta para tetamu disajikan dengan bufet lazat berserta hiburan daripada kugiran dua alat secara langsung. Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Barry Rawlinson menyampaikan ucapan penghargaan bagi mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan di atas sokongan mereka. Beliau juga turut berucap mengenai kemajuan syarikat di rantau ini.

"Asia Plantation Capital, sebagai salah sebuah syarikat terkemuka dalam agro-perhutanan ingin bekerjasama dan melibatkan diri dengan agensi berbeza dari seluruh dunia, bagi membantu menetapkan kod amalan dan peraturan yang akan memanfaatkan pelanggan serta syarikat," kata En. Rawlinson. "Baru-baru ini kami menerima kelulusan pematuhan Syariah daripada IBFIM, badan khidmat nasihat pematuhan Syariah bagi semua hal berkaitan dengan perbankan Islam di Malaysia, untuk salah satu produk kami. Semasa bekerjasama dengan IBFIM, kami mempelajari tentang keperluan pematuhan Syariah dan IBFIM juga mempelajari tentang cara kami dan pasaran agro-perhutanan berfungsi."

Pelanggan rintis dan pasangan mereka di atas pentas bersama sijil penghargaan
Pelanggan rintis dan pasangan mereka di atas pentas bersama sijil penghargaan

Pelanggan yang hadir pada malam itu turut diberi penerangan mengenai perkembangan terkini dan terbaharu Asia Plantation Capital. Ini termasuk kilang baharu di Johor, Malaysia, kemenangan Pasukan Pengurusan Aset Perhutanan Terbaik 2014 daripada majalah CFI.co dan anugerah yang baru diterima untuk syarikat pengurusan perladangan terbaik 2015 daripada majalah The European.

Pada penghujung majlis, para pelanggan dipenuhi rasa kagum dengan acara pada malam itu serta menghargai usaha En. Rawlinson yang menyampaikan sendiri kemas kini syarikat itu. "Pelanggan kami adalah sangat penting dan kami akan sentiasa memastikan mereka menikmati sebanyak mungkin faedah daripada perkongsian mereka dengan kami. Saya sangat gembira pelanggan perintis kami di Singapura telah menerima harga yang bagus untuk Oud mereka dan kami semua dapat meraikan kejayaan ini bersama mereka," tambah En. Rawlinson lagi.

En. Barry Rawlinson berucap pada para tetamu
En. Barry Rawlinson berucap pada para tetamu

Malam itu diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah tajaan Fragrance Du Bois oleh Pengarah Jenama, Puan Nicola Parker kepada para pemenang. Pemenang hadiah tempat pertama telah menerima wangian London Oud yang sangat istimewa, yang hanya akan dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia pada minggu-minggu akan datang.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan 
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Telefon Bimbit: +65-9750-7440

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta ringkas:

  • US$ 600 juta -- nilai gabungan aset yang dimiliki dan di bawah pengurusan
  • US$ 53.5 juta -- pusing ganti dalam tahun kewangan lepas
  • US$ 100 juta -- ramalan pusing ganti untuk tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 -- jumlah pokok Aquilaria hari ini, di ladang kayu gaharu.

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan perkebunan komersial di serata rantau Asia Pasifik serta seluruh dunia, dan juga merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan berkepelbagaian yang diusahakan bagi memenuhi permintaan domestik serta komersial dalam negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dan menyokong komuniti tempatan merupakan prinsip teras dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial serta budaya dan juga pelaburan, bagi membawa masyarakat ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (tetapi beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), kumpulan itu kini mengendalikan projek-projek perladangan dan pertanian di empat benua, dengan projek-projek beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Galakan penggunaan kayu yang mampan dan diperakui adalah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan memerangi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada aktiviti pembalakan haram digunakan.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat minyak wangi mewah nic yang bekerjasama rapat dengan ladang mampan di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud 100% organik baharu yang mengujakan kepada pasaran eksklusif seluruh dunia. Dengan memperoleh sumber daripada bahan mentah terbaik secara mampan dari seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat minyak wangi Perancis untuk mencipta rangkaian produk penuh, dan juga menyediakan perkhidmatan wangian buatan tersuai khusus, Fragrance Du Bois merupakan kemewahan peribadi berkesedaran tinggi. Dengan butik wangian eksklusif di seluruh dunia, di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman yang terindah dalam penghasilan minyak wangi tersuai khusus.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan sebagai Fragrance Du Bois di negara-negara tidak berbahasa Perancis.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150620/8521504071-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150620/8521504071-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150620/8521504071-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Awards Corporate Expansion