omniture

foodpanda Malaysia Umumkan Pengarah Urusan Baharu Mereka

foodpanda menyasarkan untuk menggemparkan industri penghantaran makanan Malaysia
Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
2015-07-02 15:03 480

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2015 /PRNewswire/ -- foodpanda, pusat penghantaran makanan mudah alih global hari ini melantik En. Joon Chan dan En. Uffe Jordan sebagai pengarah urusan foodpanda Malaysia.

Joon Chan merupakan usahawan dan pelaksana yang berpengalaman. Selepas membina pelbagai kemahiran dalam industri Modal Usaha Niaga, beliau menubuhkan dua buah syarikat serantau baharu dan memberi khidmat nasihat untuk banyak syarikat merentasi Asia Tenggara untuk Rocket Internet yang terkenal. Joon benar-benar yakin syarikat yang hebat dibina setiap hari melalui usaha keras dan pelaksanaan teliti setiap hari.

Sebagai pemain utama dalam pasaran ini, Joon Chan memfokuskan penambahbaikan pengalaman penghantaran keseluruhan untuk para pelanggan. "Matlamat utama kami adalah untuk menjadi perkhidmatan penghantaran makanan yang terbaik di Malaysia dan kami akan hanya berusaha untuk menjadi yang terbaik," kata Joon.

Sementara itu, Uffe Jordan pula memegang ijazah Sarjana Sains Kewangan dan Perakaunan daripada Copenhagen Business School. Beliau bekerja selama lebih lima tahun untuk sebuah firma ekuiti swasta Denmark sebelum menyertai foodpanda Malaysia.

Uffe percaya masih ada ruang untuk foodpanda Malaysia terus berkembang. Beliau akan memajukan lagi kumpulan restoran dalam foodpanda, terutamanya yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dengan menekankan kualiti berbanding kuantiti.

Dengan pembiayaan terakhir bernilai USD 100 Juta, foodpanda kini telah mengumpulkan lebih USD 310 Juta sejak pelancarannya pada tahun 2012. Selepas mengambil alih para pesaing utama di India, Mexico, Rusia, Brazil, Eropah Timur dan Asia Tenggara, syarikat itu akan menggunakan pelaburan terbaharu itu untuk memperluaskan lagi aktiviti penghantaran mereka dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan merentasi 40 pasarannya. Penghantaran peringkat terakhirnya sudah menjadi sebahagian daripada pengendalian foodpanda sejak awal lagi, dan kini ia akan menggiatkan lagi usahanya untuk mendorong kepuasan pelanggan, yang bertujuan untuk menawarkan cara yang paling mudah untuk memesan makanan – daripada aplikasi mudah alih dan secara dalam talian.

Latar belakang foodpanda

foodpanda group merupakan pusat penghantaran makanan global terkemuka, aktif di 39 buah negara di lima buah benua. Syarikat itu membolehkan restoran dikenali dalam talian serta dalam dunia mudah alih dan menyediakan mereka dengan teknologi dalam talian yang sentiasa berubah. Bagi pengguna, foodpanda/hellofood menawarkan kemudahan untuk memesan makanan secara dalam talian serta pilihan sajian yang terluas, yang membolehkan mereka memilih hidangan kegemaran mereka melalui laman sesawang atau aplikasi.

Source: Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Food/Beverages Internet Technology Personnel announcements