omniture

Forum Ekonomi Astana 2015: Dunia Perlukan Dialog

Astana Economic Forum
2015-07-03 20:37 287

ASTANA, Kazakhstan3 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Forum Ekonomi Astana adalah antara platform dialog pakar paling berprestij di dunia. Pada tahun 2015, mengikut tradisi, acara tersebut telah diadakan di ibu negara Kazakhstan, bandaraya Astana, dan telah dihadiri oleh lebih 5,000 peserta dari sekitar 100 buah negara. Ketua-ketua kerajaan, organisasi-organisasi antarabangsa utama, pakar-pakar penting dalam bidang ekonomi dan kewangan, serta para pemenang Hadiah Nobel bertemu untuk membincangkan isu-isu paling mendesak dalam agenda global.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7567851-astana-economic-forum/

"Infrastruktur: pemacu pertumbuhan ekonomi mampan" merupakan tema forum tahun ini, mencerminkan keutamaan semasa bagi ekonomi global. Sepanjang tempoh acara selama dua hari itu, kira-kira 30 sesi dengan pelbagai format telah berlangsung, semuanya berfokuskan topik utama ini.

Kenneth Rogoff, mantan Ketua Ahli Ekonomi IMF dan profesor ekonomi di Universiti Harvard menyatakan:

"Ini merupakan salah satu daripada persidangan ekonomi terpenting. Saya telah membaca tentangnya untuk beberapa tahun dan ia merupakan satu keistimewaan kerana akhirnya saya dapat menghadirkan diri. Terdapat banyak topik yang dibincangkan di sini tetapi tema Infrastruktur adalah yang menarik minat seluruh dunia pada masa ini."

Perdana Menteri Grand Duchy of Luxembourg, Xavier Bettel, menyatakan: "Pelaburan cekap modal untuk infrastruktur merupakan penjana utama pertumbuhan ekonomi yang mampan."

Aktiviti-aktiviti penting forum itu termasuk sesi Plenari, Forum Pelaburan "Melabur di Kazakhstan", Forum Eropah dan Asia, Vektor Pembangunan Integrasi Eurasia, Kebangkitan Semula Jalan Sutera dan Forum Urban.

Helen Clark, pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengetengahkan sumbangan penting Kazakhstan kepada dialog global. Beliau turut menyatakan: "Kazakhstan mempunyai peluang besar untuk membina ketahanan melalui dasar ekonomi Nurly Zhol baharunya, dan Rancangan Pembangunan Infrastruktut yang didedahkan oleh Presiden tahun lalu."

Nouriel Roubini, profesor di Universiti New York, telah menarik perhatian sebilangan trend positif dan negatif yang kini memberi kesan kepada ekonomi global.

Forum tersebut menghasilkan penyempurnaan beberapa kontrak dan perjanjian penting, pemeteraian memorandum serta dokumen pembimbing.

AEF 2015 telah menjadi sebahagian daripada sejarah. Namun, seperti dinyatakan oleh Nursultan Nazarbayev, hasil usaha, idea baharu, projek dan inisiatif yang dibawakan oleh pra peserta akan menyumbang kepada kesejahteraan semua warga rantau tersebut. Ia akan mewujudkan keadaan yang menjamin kestabilan dan kemampanan ekonomi, politik serta sosial.

Maklumat tentang Forum Ekonomi Astana 2016 akan datang bakal dimuatkan di laman sesawang rasmi forum tersebut: http://forum-astana.org/en/.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150514/743719 )

Video: 
http://www.multivu.com/players/uk/7567851-astana-economic-forum/

Sumber: Astana Economic Forum

Source: Astana Economic Forum
Keywords: