omniture

Mantan Peguam Negara A.S. Eric Holder Kembali ke Covington

Covington & Burling LLP
2015-07-06 21:00 165

WASHINGTON, 6 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Mantan Peguam Negara A.S. Eric H. Holder, Jr. kini kembali ke Covington sebagai rakan kongsi selepas lebih enam tahun berkhidmat sebagai pegawai penguatkuasaan undang-undang tertinggi negara.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150626/226104

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150211/174954LOGO

En. Holder bakal menjadi kakitangan tetap dalam cawangan firma itu di Washington serta memfokuskan penyiasatan rumit dan hal ehwal litigasi, termasuk hal ehwal skop antarabangsa dan juga bakal membangkitkan isu-isu penguatkuasaan kawal selia yang signifikan selain masalah reputasi yang penting.

"Kami sangat berbangga dapat mengalu-alukan Eric kembali ke firma ini selepas khidmat cemerlang beliau sebagai peguam negara," kata Timothy Hester, pengerusi jawatankuasa pengurusan firma itu. "Seluruh kerjaya pengalaman undang-undang persendirian Eric adalah sebagai rakan kongsi Covington, dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengalu-alukan beliau untuk sekali lagi menjalankan tugas sebagai rakan sekerja, pemimpin, penasihat pelanggan dan peguam bela."

En. Holder merupakan peguam negara ketiga yang berkhidmat paling lama sepanjang sejarah A.S. dan warga Afrika Amerika pertama yang menjawat jawatan itu. Sebagai ahli kabinet Presiden Obama dan ketua Jabatan Keadilan, beliau memantau usaha-usaha badan pentadbiran itu untuk menangani banyak isu yang sangat penting yang dibangkitkan di persimpangan undang-undang dan polisi awam, termasuk penyiasatan dan pendakwaan keselamatan negara; udang-undang antitrust, kes-kes berkaitan alam sekitar, penipuan, dan cukai; pertahanan hak mengundi serta kesamarataan hak perkahwinan; dan juga pembaharuan sistem keadilan jenayah persekutuan. Pada tahun 2014, majalah Time mengiktiraf En. Holder dalam senarai 100 Orang Paling Berpengaruh, dan menyatakan "beliau berusaha tanpa mengenal erti penat lelah untuk memastikan kesamarataan keadilan."

Khidmat En. Holder sebagai peguam negara menandakan bab terbaharu dalam kerjaya cemerlang beliau dalam khidmat awam. Sebelum menyertai Covington pada tahun 2001, beliau berkhidmat di bawah Pentadbiran Clinton sebagai Timbalan Peguam Negara dan Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Columbia. Sebelum itu, En. Holder berkhidmat sebagai Hakim Bersekutu Mahkamah Agung Daerah Columbia, selepas dilantik oleh Presiden Reagan pada tahun 1988. Sebelum berkhidmat sebagai hakim, beliau berkhidmat selama bertahun-tahun sebagai pendakwa korupsi am dalam Seksyen Integriti Am Jabatan Keadilan, yang beliau sertai pada tahun 1976 selepas menamatkan pengajian di Columbia Law School.

En, Holder merupakan rakan kongsi di Covington mulai tahun 2001 hingga Februari 2009, apabila Presiden Obama melantik beliau dan Senat mengesahkan pelantikan beliau sebagai Peguam Negara ke-82.

"Kembali berkhidmat ke Covington terasa seperti pulang ke kampung halaman. Saya sangat gembira dapat menyertai semula firma ini dan juga sekali lagi mendapat peluang untuk berkhidmat bersama para peguam serta kakitangan yang hebat, yang saya begitu hormati," kata En. Holder. "Saya kembali ke Covington untuk sebab yang sama yang mula-mula menarik minat saya ke firma ini – komitmennya terhadap kecemerlangan untuk berkhidmat kepada pelanggan, budaya kerjasama dan berpaksikan pasukan, serta dedikasi kepada khidmat pro bono dan khidmat awam."

Dalam dunia yang semakin terkawal, Covington & Burling LLP membantu pelanggan-pelanggan menyelesaikan masalah, perjanjian, dan pertikaian perniagaan mereka yang paling rumit. Ditubuhkan pada tahun 1919, firma itu mempunyai lebih 850 peguam di cawangan Beijing, Brussels, London, Los Angeles, New York, San Francisco, Seoul, Shanghai, Lembah Silikon dan Washington.

Hubungi: Rebecca Carr
+1-202-662-5110
rcarr@cov.com

Source: Covington & Burling LLP
Keywords: Banking/Financial Service Federal executive branch, agency news Legal issues Personnel announcements