NEW DELHI, 9 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Oberoi Hotels & Resorts telah diundi sebagai Jenama Hotel Terbaik Dunia oleh Travel + Leisure, Anugerah Terbaik Dunia, 2015. Selain itu, The Oberoi Udaivilas, Udaipur telah diundi sebagai Hotel Terbaik Dunia Keseluruhan.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150708/753369 )
Kedudukan ini adalah hasil Undian Pembaca yang dijalankan oleh majalah ini. Anugerah Terbaik Dunia Travel + Leisure, adalah antara yang paling berprestij dalam industri pelancongan kerana pembaca yang mentakrifkan kecemerlangan dalam hospitaliti serta pelancongan. Pembaca memberi kadaran kepada pengalaman mereka dan menilai hotel di seluruh dunia berdasarkan ciri-ciri berikut – bilik dan kemudahan, lokasi, perkhidmatan, restoran, makanan serta nilai.
En. P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif, The Oberoi Group berkata, "Kami berbesar hati kerana telah dapat memainkan peranan kecil dalam 'Buatan India' dengan menjadi jenama hotel terbaik dunia dan juga memiliki hotel terbaik di dunia. Jenama 'Oberoi Hotels & Resorts' telah menerima pengiktirafan ini daripada kalangan 6.5 juta pembaca majalah Travel + Leisure. Saya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada para tetamu kami dan semua kakitangan The Oberoi Group. Kakitangan kami merupakan aset terbesar kami - mereka telah bekerja penuh semangat untuk memastikan tetamu-tetamu kami menerima perkhidmatan yang mesra, terperibadi dan prihatin."
En. Nathan Lump, Editor di Travel + Leisure berkata, "Adalah agak sukar untuk dinamakan sebagai jenama hotel terbaik dan memiliki hotel berkedudukan tertinggi dalam tahun yang sama, tetapi Oberoi Hotels & Resorts telah mencapai kedudukan tertinggi itu. Ini merupakan hasil, bukan sahaja kualiti luar biasa di lokasi yang menakjubkan, tetapi juga kerana standard perkhidmatan yang menurut pembaca Travel + Leisure adalah melebihi jangkaan."
Latar Belakang Oberoi Hotels & Resorts
Oberoi Hotels & Resorts telah sinonim di seluruh dunia dengan menyediakan gabungan tepat perkhidmatan, kemewahan dan kecekapan yang teliti. Terkenal di peringkat antarabangsa kerana kecemerlangan keseluruhan dan tahap perkhidmatan yang tiada bandingan, Oberoi Hotels & Resorts telah menerima banyak anugerah dan pengiktirafan.
Ciri tersendiri hotel Kumpulan ini adalah kakitangan yang bermotivasi tinggi dan dilatih dengan baik, yang memberikan perkhidmatan yang penuh perhatian, terperibadi serta mesra. Hotel mewah Kumpulan ini telah membina reputasi dalam menakrifkan paradigma kemewahan dan kecemerlangan perkhidmatan dalam kalangan hotel di seluruh dunia.
Latar Belakang Travel + Leisure
http://www.travelandleisure.com
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Silki Sehgal
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389 0505
E-mel:silki.sehgal@oberoigroup.com
Sumber: Oberoi Hotels & Resorts