omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China (Shanghai) akan Berlangsung di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) September ini

China International Furniture Fair
2015-07-10 09:24 728

SHANGHAI, 10 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Shanghai) (CIFF Shanghai) kali ke-36 akan berlangsung di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) pada 8-12 September 2015, menampilkan skala yang belum pernah dicapai sebelum ini dengan kawasan seluas 400,000 meter persegi. Terdapat lebih 1,300 perusahaan yang telah mengesahkan dan kesemua gerai pameran kini telah ditempah.

Pameran perabot hebat di Hongqiao Shanghai! 2015.9.8-12 Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan
Pameran perabot hebat di Hongqiao Shanghai! 2015.9.8-12 Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan

Gerai-gerai pameran untuk Dewan Jenama Antarabangsa, Dewan Rekaan Inovatif, CIFF-Perabot Kediaman, Luaran & Santai serta dekorasi Kediaman & tekstil Kediaman adalah terhad. Hasil usaha selama 18 tahun, CIFF akan dimaksimumkan untuk menghubungkan China dengan lebih baik dan menginspirasikan dunia melalui tempat serta peluang baharu.

Menarik Jenama China dan Antarabangsa

Platform yang baik menarik jenama-jenama yang baik sementara jenama-jenama yang baik pula memilih platform yang baik. CIFF (Shanghai) menarik jenama-jenama dari berdozen-dozen negara serta rantau termasuk China, AS, Itali, Perancis, UK, Jerman, Belgium, Portugal, Sepanyol, Australia, Singapura, Turki, Jepun, Korea, Israel, Malaysia dan juga Thailand.

Antara syarikat-syarikat yang akan hadir:

Perabot Moden: Qumei, Kuka, Zuoyou, Kinwai, Welon, Fuyun, Hinglee, Huanuo, Zhida, Furton, Xilinmen, Scihome, Eon, J&C, Jufeng, Polygrace, Fuli, Show Win, Weitesi, Aris, Mengshen dan Senbao.

Jenama-jenama Antarabangsa:

Ashley, Chateau d'AX, Jonathan Charles, HTL, Cheers, Lifestyle, Longlife, Bens, Ecus dan A.H. Beard.

Dewan Rekaan Inovatif: Landbond, Guangzhou Academy of Fine Arts, Duoshao, Kinetic, Norya, Valencasa, Innovation, Chuanshi, Casanova, Pugongying, Darchin, Saosen, Hongbin dan Banlan.

Perabot Klasik: Four Seas, Fubao, Gainwell, Fubang, Ouevane, Tianyuan, Dasen, Vertex, Mengying, Art, Cozy dan CDKent.

Dekorasi Kediaman & Tekstil Kediaman : Sitong, Jiemei, Globalviews, Viva Bella, Mydeco, Nikky Home, Castilian, Milan Impression, Laifei, Shangyi, Baina, Kinder, Summer, Modern Art, Silian, Youliang, Youzhilan, Guyun, Cosmo, Fengshang, Fandi, Futian, Fennessy, Reinkemeier, Fuhua, Qianbaihui, Mingjin dan Kasoulton.

Luaran & Santai: Wanhui, Taipusen, Zhengte, Xishan, Yiting, Yatai, Higold, Jiade, Yuanda, Yangfan, Mannuo, Zhongyi, Topmax, Ever Gaining, Perfect, Derong, Haojie dan Meiyang.

Pejabat: Herman Miller, Okamura, Sunon, Victory, Onlead, Changjiang, U-Team, Qumun, Lantian, Novah, Guojing, Merryfair, Comfort, UE, Nanyang, Bosen, Boyi, New Century, Dechang, Cofemo, Ruihua dan Hangzhou Zhongtai.

Jentera Perabot & Bahan-bahan Mentah Perabot: Homag, Biesse, Nanxing, Xinma, Lunjiao Pavilion, Qingdao Pavilion, Yuantian, Huajian, Hengchang, Xinqunli, Dimar, Dongtai, Taiming, Unionstar, Tuodao, Huali, Xiongyi, Sinowolf, Zhanchen, Sinodecor dan Taiqiang.

Publisiti Selaras, Promosi Tepat

CIFF memaksimumkan kelebihan CIFF (Guangzhou) pada Mac dan (Shanghai) pada September. Ia melabur dalam kerjasama erat dengan 500 ahli-ahli profesional global daripada media, untuk menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan publisiti secara besar-besaran dalam industri-industri tempatan serta luar negara, pusat-pusat pengedaran, gedung-gedung perabot dan pameran-pameran yang serupa untuk menyampaikan maklumat tentang CIFF (Shanghai) di seluruh dunia.

Kempen publisiti untuk CIFF yang diselaras dengan baik telah dijalankan baru-baru ini semasa Pameran Perabot Milan pada bulan April. CIFF mengundang golongan elit daripada industri untuk menghadiri usaha sama Persidangan Berita CIFF (Guangzhou/Shanghai) dan Milan yang telah menarik perhatian media dan jenama-jenama Itali serta Eropah dalam industri perabot di peringkat global. CIFF akan diperkukuh dengan hebat sebagai jenama bertaraf dunia, mencapai lebih kejayaan hasil daripada platform, sumber dan pengiktirafan jenamanya.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150703/0861505682-a

Source: China International Furniture Fair
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news