omniture

FxPro Kekalkan Inisiatif Ketelusan

FxPro
2015-07-10 20:23 325

LONDON, 10 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Broker FX pemenang anugerah FxPro mengekalkan komitmennya terhadap ketelusan dan berbesar hati mengumumkan statistik pelaksanaan serta gelincirannya untuk suku kedua tahun 2015. Penerbitan metrik dagangan berikut membentuk sebahagian usaha berterusan FxPro untuk menjadi terbuka tentang operasi dan standard perkhidmatannya, dalam usaha untuk menggalakkan amalan dagangan yang saksama di seluruh industri FX.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735436 )

Statistik gelinciran FxPro bagi bulan April, Mei dan Jun 2015:

  • Positif = 44.9%
  • Pada Sebutan = 34.4%
  • Negatif = 20.7%

FxPro beroperasi sebagai broker Model Agensi Hibrid, membolehkan para pelanggan mengakses kecairan tahap tertinggi dan memanfaatkan dasar intervensi Meja Tanpa Urusan dan jaminan Perlindungan Baki Negatif. Broker dipercayai yang dikenali kerana memberikan pelanggan dengan penyelesaian inovatif dan sokongan berterusan, FxPro turut memperoleh reputasi sebagai firma paling andal daripada teknologi padanan pesanan serta pelaksanaan hebat yang ditawarkannya.

Bersama statistik gelincirannya, FxPro mengumumkan peratusan sebutan semula sukuannya:

  • Sebutan Semula = 5.3%
  • Positif = 2.4%
  • Negatif = 2.9%

Ketua Pegawai Eksekutif FxPro, Charalambos Psimolophitis, mengulas:

"Keputusan kami untuk menerbitkan statistik gelinciran dan peratusan sebutan semula kami telah diterima baik oleh peserta industri FX. Hal ini menjadi sasaran kami untuk menyediakan maklumat yang bermakna dan telus untuk industri yang dapat digunakan untuk menilai kredibiliti serta kebolehpercayaan FxPro. Idea ketelusan ini disalah guna oleh banyak syarikat yang, dalam usaha untuk mengagumkan peserta industri, menerbitkan angka yang jauh daripada realiti. Ini dapat dilihat dengan membandingkan pendedahan Pillar III oleh banyak syarikat dengan jumlah dan metrik penting lain yang sering mereka hebahkan."

Latar Belakang FxPro 

FxPro merupakan broker FX pemenang anugerah yang kepentingannya selari dengan para pelanggan dengan membantu mereka menjadi lebih menguntungkan. Melalui kecairannya yang begitu tinggi, ia menyasarkan untuk menjadi penyedia utama penyelesaian CFD dalam talian untuk pelanggan institusi dan runcit, yang kini diberi khidmat di lebih 150 buah negara dengan platform dagangan serta alatan algoritma canggih.

FxPro UK Limited disahkan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Amalan Kewangan (no. pendaftaran 509956).   FxPro Financial Services Limited disahkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Cyprus (no. lesen 078/07).

http://www.fxpro.co.uk

Amaran Risiko

Dagangan CFD melibatkan risiko tinggi kerugian.

Wakil Media
Hubungan Media
FxPro
+44(0)20-7776-9720
E-mel: pr@fxpro.com

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Survey, Polls & Research