omniture

Restoran Terkemuka Dunia Noma Umumkan Residensi Australia Sepuluh Minggu di Barangaroo, Sydney

Tourism Australia
2015-07-27 12:05 623

SYDNEY, 27 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Salah sebuah restoran terbaik dunia, Noma, hari ini mengumumkan ia akan berpindah ke Sydney selama sepuluh minggu mulai Januari 2016, untuk berkongsi bahan terbaik Australia menurut pandangan ketua cef, Rene Redzepi, dan pasukannya.

Untuk hebahan multimedia yang lengkap, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/noma_201507.shtml

 

Rene Redzepi foraging for seaweed in Tasmania - Image by Jason Loucas
Rene Redzepi foraging for seaweed in Tasmania - Image by Jason Loucas

 

Rene Redzepi on location at Barangaroo, Sydney - Image by Jason Loucas (1)
Rene Redzepi on location at Barangaroo, Sydney - Image by Jason Loucas (1)

 

The Noma Australia team seaweed diving in Tasmania - Image by Jason Loucas
The Noma Australia team seaweed diving in Tasmania - Image by Jason Loucas

 

Rene Redzepi in Victoria, Australia - Image by Eamon Gallagher
Rene Redzepi in Victoria, Australia - Image by Eamon Gallagher

 

Rene Redzepi on location at Barangaroo, Sydney - Image by Jason Loucas
Rene Redzepi on location at Barangaroo, Sydney - Image by Jason Loucas

 

Barangaroo designed by one of Sydney's leading architects Richard Francis-Jones
Barangaroo designed by one of Sydney's leading architects Richard Francis-Jones

Noma akan ditutup buat sementara di Copenhagen, Denmark untuk membuka lokasi baharunya di pinggir laut di Barangaroo di Pelabuhan Sydney, sebagai sebahagian daripada kolaborasi mengujakan dengan Tourism Australia dan Lendlease.

"Saya telah lama tertarik kepada kepelbagaian hebat yang boleh anda dapati dalam landskap dan ramuan Australia, kerana ia tidak seperti mana-mana tempat lain yang telah saya lihat sebelum ini," kata Redzepi. "Australia menggabungkan pengaruh kuat daripada masyarakat Pribuminya dengan komuniti baharu dari seluruh dunia. Apabila anda menggabungkannya kesemuanya bersama, hasilnya amat menginspirasikan. Ia benar-benar tempat yang sempurna untuk dilawati dan belajar."

Pasukan Noma akan mendapatkan bahan terbaik Australia untuk mencipta menu yang asli, menumpukan kepada pengeluar yang mempunyai hubungan penuh hormat dan keghairahan dengan lautan serta bumi.

"Kami tidak sabar untuk menantikan tahun baharu dan penerokaan baharu ini. Ia akan menjadi perjalanan yang berbeza, tetapi yang amat mengujakan saya -- peluang untuk meluaskan ufuk kami, untuk mengembangkan minda dan cita rasa kami, untuk mengenali rakan-rakan baharu, serta bertemu yang lama, semasa kami menerokai landskap menakjubkan ini," tambah Redzepi.

Pengarah Urusan Tourism Australia John O'Sullivan berkata Noma Australia merupakan tambahan semula jadi kepada kempen Restaurant Australianya yang telah berjaya.

"Sebahagian besar Restaurant Australia adalah tentang meningkatkan persepsi terhadap Australia sebagai destinasi makanan dan wain. Selain itu, dengan salah sebuah restoran terbaik dunia yang akan dibuka di Sydney, saya percaya kedudukan kulinari negara kita berada pada tahap tertinggi ," kata beliau.

Gary Horwitz, Ketua Runcit di Lendlease berkata kerjasama itu merupakan bukti bagi visi yang diwujudkan untuk kawasan menjamu selera di pinggir air di Barangaroo: "Apabila Lendlease didatangi pasukan Noma, kami mengetahui ia merupakan padanan sempurna; kecenderungan kuat Rene terhadap kelestarian adalah selari dengan cita-cita kami untuk Barangaroo. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Noma dan Tourism Australia untuk meraikan yang terbaik daripada keluaran Australia dan meningkatkan kedudukan Barangaroo pada peta makanan global."

Noma Australian akan ditempatkan di bangunan Anadara yang terkenal di presint Barangaroo, yang bakal menjadi destinasi makanan dan minuman utama di Australia pada masa depan. Lokasi tersebut telah dipilih kerana sinerginya kepada Noma di Copenhagen, yang juga terletak di pinggir air dan berhubung kuat dengan laut.

Sebagai bahagian penting daripada penyelidikan Noma menjelang pembukaan restoran itu, Rene dan pasukan beliau telah pun menyertai beberapa lawatan di seluruh Australia untuk bertemu pengeluar, komuniti tempatan, peladang dan cef, serta meneroka landskap dan juga budaya pelbagai wajah yang luas di negara tersebut. Tourism Australia menyokong lawatan penyelidikan yang penting ini, dan menyediakan bantuan berkaitan perjalanan serta pemasaran.

Noma Australia akan dilancarkan pada Januari 2016 dan akan dibuka untuk hidangan makan tengahari serta makan malam lima hari seminggu.

Tempahan untuk restoran itu akan dibuka lewat tahun ini. Maklumat lanjut untuk mendaftarkan minat dan tempahan boleh didapati di www.noma.dk/australia

Untuk pertanyaan, temu bual serta imej akhbar dan media, sila hubungi:

Tourism Australia

Leo Seaton
Pengurus Besar, Media dan Komunikasi
+61-447-463-197
lseaton@tourism.australia.com 

Lendlease

Lucy Wilson
Pengurus Hal Ehwal Korporat
+61-428-777-704
Lucy.Wilson@lendlease.com

Noma

Arve Posada Krognes
Pengurus Perhubungan Awam
+45-3296-3297
ak@noma.dk 

The Cru Media + Communications 

Jeanine Bribosia
Pengarah
+61-407-061-658
jeanine@thecrumedia.com 

Shannon Blanchard
Pengurus Akaun
+61-432-543-377
shannon@thecrumedia.com 

Source: Tourism Australia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel Corporate Expansion Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services