ALMATY, Kazakhstan dan LAUSANNE, Switzerland, 27 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Almaty 2022 ingin mengubah cara Kejohanan Sukan Olimpik Musim Sejuk dirancang dan diacarakan bagi memastikan Warisan Olimpik yang sebenar dan berkekalan untuk bandar serta rantau itu, dan juga yang mengilhamkan lebih banyak bandar lain untuk membida Kejohanan Sukan itu pada masa depan. Almaty mempunyai tradisi yang lama dalam sukan musim sejuk, bermula pada tahun 1950an sewaktu era Soviet Union apabila bandar itu menjadi tumpuan untuk aktiviti luar sukan musim sejuk. Selepas menjadi negara merdeka pada dua dekad lalu, Almaty mula memperbaiki statusnya sebagai pusat sukan musim sejuk nombor satu di Eurasia.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7583851-almaty-2022-winter-games-concept/
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150724/241960
Almaty terus berkembang menjadi bandar sukan musim sejuk sebenar dan salah satu destinasi pelancongan paling utama di seluruh Eurasia. Kemajuan sukan musim sejuk di Almaty berkait terus dengan matlamat jangka masa panjang bandar dan rantau itu serta merupakan unsur penting dalam perancangan Sukan Olimpik 2022 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022.
Model Kejohanan Musim Sejuk Baharu memfokuskan Atlet
Konsep Kejohanan Sukan Almaty 2022 merupakan salah satu yang paling padat sejak lebih 30 tahun. Semua lokasi terletak dalam lingkungan 30 kilometer dari Perkampungan Olimpik - satu kemudahan yang tidak pernah dibuat sebelum ini bagi pihak berkepentingan paling utama gerakan itu, para atlet, serta untuk Keluarga Olimpik dan para penonton.
Lokasi Sukan Musim Sejuk Sebenar untuk Sukan Musim Sejuk Sebenar
Tujuh puluh peratus daripada lokasi yang diperlukan untuk Kejohanan itu sudah pun tersedia dan sedang digunakan sepenuhnya untuk sukan musim sejuk. Sejak tahun 2000, Almaty telah menambah enam lokasi bertaraf tinggi kepada koleksi sedia adanya untuk pusat peranginan ski bertaraf dunia serta lokasi pertandingan lain. Menjelang tahun 2017, 80% daripada lokasi yang diperlukan akan siap kerana Almaty akan menganjurkan Winter Universiade 2017.
Menteri Kebudayaan dan Sukan Republik Kazakhstan, En Arystanbek Mukhamediuly:
"Bidaan Almaty untuk Kejohanan Sukan Musim Sejuk itu didorong oleh kecintaan rakyat kami terhadap sukan musim sejuk dan sangat sejajar dengan pelan prasarana sukan jangka masa panjang kami. Almaty akan hanya memerlukan dua lokasi pertandingan tambahan untuk Kejohanan Sukan itu. Permintaan yang meningkat daripada bandar dan rantau itu menjadikan penambahan lokasi ini suautu lanjutan yang patut dibuat dalam pelan strategik kami. Penganjuran Kejohanan Sukan Musim Sejuk ini akan memajukan lagi perkembangan sukan musim sejuk di Kazakhstan dan rantau Asia Tengah.
Ikuti @RealAlmaty2022 melalui
Facebook: https://www.facebook.com/RealAlmaty2022
Twitter: https://twitter.com/realalmaty2022
Sumber: Almaty 2022 Candidate city