omniture

Telepizza Semakin Maju di Bolivia: Merasmikan Kedai Ketiga dan Akan Membuka Dua Lagi Sebelum Akhir Tahun

Telepizza
2015-07-29 12:48 327

SANTA CRUZ, Bolivia, 29 Julai, 2015 /PRNewswire/ --

  • Syarikat tersebut merancang untuk terus mengembangkan jenamanya, untuk mencapai 10 kedai dalam tempoh dua tahun
  • Hadiri Expo Franquicias 2015 untuk mencari rakan kongsi tempatan untuk mengembangkan jenama globalnya dalam pasaran antarabangsa 
  • Bertapak di  9 buah negara di rantau itu, jualan antarabangsa Telepizza melangkaui 30% daripada jumlah keseluruhan

Telepizza mengorak langkah dalam strategi antarabangsanya, mengukuhkan komitmennya untuk terlibat dalam pasaran antarabangsa yang strategik. Konteks ini diperlihatkan dengan pembukaan kedai ketiganya di Santa Cruz, di Ventura Mall, pusat beli-belah terbesar di negara tersebut.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150728/247056 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150728/247057 )

Kedai rangkaian Telepizza akan berkembang di negara itu sepanjang tahun dan dua pembukaan baharu di bandar itu akan ditambah kepada tiga buah kedai sedia ada. Syarikat tersebut merancang untuk terus meluaskan jenamanya di lain-lain lokasi di Bolivia, mencapai bilangan jumlah sebanyak 10 buah kedai dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rakan pelaburan untuk meluaskan jenama global secara tempatan 

Pada masa ini, syarikat tersebut telah hadir di Expo Franquicias 2015, pameran antarabangsa francais untuk mencari rakan pelabur bagi tujuan meluaskan jenama globalnya secara tempatan dalam pasaran antarabangsa yang berbeza.

Melalui perjanjian francais-utama ini, rakan tempatan membawakan penyepaduan dan pengetahuan pasaran tempatan, sementara Telepizza menyediakan jenama yang dikenali di peringkat global serta pengetahuan dan juga kepimpinan pasaran, terutamanya dalam segmen penghantaran ke rumah; bidang permintaan yang kian berkembang di Bolivia.

"Kami berbangga dapat menyampaikan Telepizza kepada lebih ramai orang di Bolivia, supaya mereka dapat menikmati piza buatan tangan kami yang segar dan enak. Selain itu, bagi mengukuhkan kehadiran kami di rantau Latam dan bertapak di pasaran baharu merupakan peluang yang hebat untuk meneruskan momentum global kami sebagai sebuah jenama," jelas Giorgio Minardi, Presiden Antarabangsa.

Peluang dalam segmen yang berkembang 

Segmen penghantaran ke rumah di Bolivia merupakan aktiviti yang sentiasa berkembang, dikaitkan dengan pembangunan sosioekonomi negara dan tabiat masyarakat moden.  

Pasaran tersebut menunjukkan prospek pertumbuhan yang baik: "Masyarakat Bolivia semakin menuntut kemungkinan pesanan dari rumah, aktiviti yang melibatkan Telepizza sebagai pemimpin. Produk ini, segar dan dengan ramuan semula jadi, dibuat mengikut pesanan serta dihidangkan di rumah, menjadi pilihan optimum, terutamanya untuk dikongsikan bersama keluarga," kata Mauricio Pinto, pemegang francais utama jenama itu di Bolivia.

Kehadiran berkembang di Amerika Latin 

Pembukaan tiga kedai baharu sebelum penghujung 2015 mengukuhkan kehadiran Telepizza di negara itu, dengan prospek pertumbuhan yang hebat. Ia turut mengukuhkan strategi antarabangsanya, iaitu untuk memfokuskan pertumbuhan dalam pasaran yang ia beroperasi masa kini, meneroka peluang-peluang perniagaan baharu, dan memasuki pasaran baharu, sama ada secara organik, melalui pengambilalihan syarikat-syarikat tempatan, usaha sama atau melalui francais utama.

Kini, syarikat itu bertapak di 15 buah negara - sembilan daripadanya di Amerika Latin - dan jualan antarabangsanya melangkaui 30% daripada jumlah keseluruhan.

Latar Belakang Telepizza 

Telepizza merupakan syarikat penghantaran piza Mediterranean utama, dikenali kerana piza buatan tangan segar dan berkualiti dalam gaya Mediterranean, dihidangkan secara mesra pada bila-bila masa, di mana-mana jua, dengan nilai hebat.

Kedudukan perintisnya dalam sektor itu dengan jangka hayat 30 tahun dan model perniagaan bersepadunya membolehkannya mengalami pertumbuhan antarabangsa yang mantap dengan kedudukan kukuh di 15 buah negara di Eropah, Amerika Latin serta Afrika, 1,300 titik jualan dan juga 26,000 kakitangan di seluruh dunia.

Telepizza mempunyai model pengurusan dan perhubungan dengan pemegang francaisnya berasaskan kefleksibelan - untuk menyesuaikan kepada cita rasa dan tabiat penggunaan setempat - dan sokongan pasukan yang berpengalaman dan berbilang disiplin yang memastikan operasi harian di setiap pasaran.

Maklumat lanjut:
Kreab - T. +34-917027170
Susana Sanjuan / ssanjuan@kreab.com / M. +34-677-946-805
Francisco Calderon / fcalderon@kreab.com / M. +34-654-642-160
Luis Meseguer / lmeseguer@kreab.com

http://www.telepizza.com
Facebook: https://www.facebook.com/telepizza
Twitter: https://twitter.com/telepizza_es

Sumber: Telepizza

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Restaurants Corporate Expansion