KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Datuk bandar Almaty En Akhmetzhan Yessimov menjanjikan sokongan kerajaan sepenuhnya bagi bidaan Almaty untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 hari ini semasa satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, Malaysia. Pengumuman itu dibuat dengan hanya 24 jam tinggal untuk undian terakhir IOC bagi memilih Bandar Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7588051-almaty-mayor-olympic-bid-promotion/
Presiden Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Republik Kazakhstan En Kairat Boranbayev dan Naib Pengerusi bidaan Almaty 2022 En Andrey Kryukov menyertai Datuk Bandar Yessimov semasa persidangan itu bagi membincangkan pelbagai peringkat sokongan kerajaan yang telah diperoleh Almaty 2022 sebelum undian menjelang hari esok.
Para penyampai juga menekankan sejauh mana perkembangan terkini, termasuk kelulusan keahlian Kazakhstan untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) serta pelanjutan program bebas visanya, akan membantu mempromosikan jenama antarabangsa negara itu dan menjadikannya lebih menarik kepada para pelabur dan juga pelancong.
Dasar visa baharu itu membenarkan pelancongan tanpa pengawasan selama 15 hari untuk negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), berserta Malaysia, Singapura dan juga Emiriah Arab Bersatu. Dasar baharu itu akan membantu merangsang industri pelancongan, menstabilkan pasaran dan perdagangan rentas sempadan, serta mengukuhkan hubungan. Ia juga akan menjenamakan Kazakhstan sebagai rakan kongsi ekonomi baru muncul kosmopolitan yang mesra Barat untuk negara Barat dan Asia.
Datuk bandar Almaty En Akhmetzhan Yessimov: «Bidaan Almaty merupakan unsur penting untuk bandar kami serta matlamat jangka panjang rantau ini. Atas alasan ini, ia mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan kami, yang telah menjamin bahawa sebarang kekurangan terhadap kos akan dipenuhi. Ini termasuk penggunaan dana kekayaan berdaulat Kazakhstan bernilai $75 bilion, jika perlu. Kazakhstan mempunyai kekuatan kewangan untuk menganjurkan Sukan Musim Sejuk yang hebat tanpa membelanjakan berbilion-bilion dolar. Almaty 2022 akan bertindak sebagai model untuk Bandar Penganjur masa depan dan membuktikan yang negara-negara membangun sepertinya boleh menganjurkan Kejohanan Sukan itu sesuai mengikut kemampuan dan mampan».
Dengan tarikh akhirnya yang semakin hampir, Almaty 2022 menyatakan keyakinannya ketika ia menuju undian terakhir dan terus menekankan lagi manfaat wawasan uniknya untuk Sukan Musim Sejuk itu.
Ikuti @RealAlmaty2022 melalui
Facebook: https://www.facebook.com/RealAlmaty2022
Twitter: https://mobile.twitter.com/realalmaty2022
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150730/250513 )
Video: http://www.multivu.com/players/English/7588051-almaty-mayor-olympic-bid-promotion/
Sumber: Almaty 2022 Candidate city