omniture

IFRA Umumkan Pindaan ke-48 kepada Piawaian

IFRA
2015-07-31 17:32 368

BRUSSELS, 31 Julai 2015 /PRNewswire/ -- IFRA (Persatuan Wangian Antarabangsa) dengan rasminya mengeluarkan Pindaan ke-48 kepada Kod Amalan* IFRA sebagai sebahagian daripada program keselamatan berterusan industri**.

Pindaan tersebut terdiri daripada:

  1. Tiga Piawaian baharu berdasarkan QRA (Penilaian Risiko Kuantitatif) pemekaan kulit.
  2. Satu Piawaian disemak semula, berdasarkan QRA pemekaan kulit, dengan tahap penggunaan pragmatik maksimum diperbetulkan.
  3. Dua Piawaian baharu melarang penggunaan kerana data tidak mencukupi untuk tujuan penilaian keselamatan.
  4. Semakan semula dasar tentang penggunaan gabungan empat ramuan fototoksik dan penjelasan tentang skop aplikasi kesemua Piawaian fototoksisiti.
  5. Semakan Semula Piawaian ke atas Metil eugenol tentang tahap sekatan bagi produk sentuhan bukan kulit dan kulit berkaitan.
  6. Semakan Semula Piawaian ke atas Estragol tentang bahasa yang menerangkan kategori (produk sentuhan bukan kulit, kulit berkaitan) agar selaras dengan Piawaian Metil eugenol.
  7. Beberapa Piawaian disemak semula untuk tujuan penjelasan.
  8. Tiga Piawaian disemak semula ekoran penambahan Nombor CAS baharu.

Terdapat satu tahap penekanan dalam Pindaan tahun ini dalam memperkenalkan pendekatan yang direka untuk menjadikan sistem Piawaian, yang kini berusia lebih 40 tahun, lebih tekal dan mesra pengguna.

Perincian lengkap tentang Pindaan ke-48, termasuk lampiran dan panduan bagi melaksanakan Piawaian tersebut boleh didapati di seksyen Piawaian IFRA di laman sesawang: http://www.ifraorg.org

Pematuhan terhadap Piawaian Kod Amalan IFRA adalah wajib untuk semua syarikat ahli IFRA yang menganggotai persatuan keahlian IFRA.

Nota untuk Editor: 

*Kod Amalan IFRA  

Kod ini terpakai kepada pengilangan dan pengendalian semua bahan wangian, bagi semua jenis aplikasi dan merangkumi set lengkap Piawaian IFRA. Pematuhan terhadap Kod Amalan IFRA merupakan prasyarat bagi semua syarikat pembekal wangian yang merupakan ahli IFRA (sama ada secara langsung atau melalui persatuan-persatuan kebangsaan). Kebanyakan syarikat pelanggan (termasuk pengeluar produk-produk kelengkapan peribadi dan isi rumah) menuntut wangian mereka mematuhi Piawaian IFRA seperti yang dinyatakan dalam Kod tersebut.

**Program Keselamatan industri wangian 

Program keselamatan industri wangian diasaskan melalui pengujian bahan-bahan wangian dan sama ada menetapkan 'Tahap Penggunaan Selamat', atau melarang penggunaannya, berdasarkan kajian terhadap kesan yang mungkin berlaku ke atas manusia dan alam sekitar. Kini, program keselamatan itu mengandungi 191 'Piawaian', yang menyekat, atau melarang, penggunaan bahan wangian terpilih.

Sumber: IFRA

 

Source: IFRA
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility