omniture

Penumpang Eurail akan Kekal Terhubung Dengan Kad SIM dan Kredit Percuma

Eurail Group G.I.E.
2015-08-05 00:51 361

UTRECHT, Belanda, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

Eurail menawarkan lebih nilai kepada penumpang dengan promosi kad SIM musim panas pra-isi percuma

Bersempena dengan kemuncak musim panas, Eurail Group G.I.E. berbesar hati menawarkan pemegang Pas Global Eurail dengan perayauan mudah alih percuma sekali lagi tahun ini, bagi membantu agar kekal terhubung bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang di seluruh dunia dengan lebih mudah untuk para penumpang ketika berada di Eropah.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150803/254117LOGO)

Pas Global Eurail merupakan pas kereta api fleksibel dengan harga berpatutan, memberikan warga bukan Eropah peluang untuk meneroka kemewahan dan kepelbagaian geografi, budaya serta sejarah Eropah.

"Eurail beriltizam untuk melangkaui jangkaan kesemua pengunjung global kami dan menyediakan pengalaman perjalanan Eropah yang unik. Promosi kad SIM percuma musim panas merupakan salah satu daripada banyak manfaat dan penjimatan kos yang dapat dinikmati oleh para pemegang pas semasa merantau di Eropah dengan Eurail," kata Silvia Görlach, Pengurus Jualan dan Pemasaran Eurail Group G.I.E.

"Berikutan populariti tawaran musim panas pada tahun 2014, kami telah menambah bilangan kad SIM yang disediakan tahun ini dan menambahkan alatan khidmat pelanggan tambahan," jelas Cik Görlach. Pelanggan Pas Global Eurail boleh menikmati panggilan masuk percuma tanpa had dan 200 minit Wi-Fi percuma di kawasan khas (hotspot) premium yang terpilih di seluruh Eropah, membolehkan mereka berkongsi perjalanan mereka bersama rakan-rakan dan keluarga secara mudah sambil mengalami perjalanan sekali seumur hidup.

Boleh disesuaikan untuk semua jenis kad SIM, setiap kad siap terisi dengan kredit bernilai 18 EUR, dan pemegang pas dapat memilih sama ada 100 minit panggilan antarabangsa percuma, 100MB data, atau 300 mesej teks. Apabila kredit pra-isian itu telah digunakan, penumpang dapat mengisi semula kredit mereka dengan mudah dan terus menikmati kadar perayauan menarik yang sama daripada Eurail di seluruh Eropah.

"Penggunaan kad SIM Eurail adalah sehingga sepuluh kali lebih murah berbanding yuran perayauan standard. Penumpang dapat memanfaatkan kadar kompetitif di semua 28 buah negara Pas Eurail di Eropah, dan tidak perlu risau menerima bil telefon yang mahal dengan caj perayauan berlebihan apabila pulang," tambah Cik Görlach.

Disediakan sehingga 30 September 2015, atau selagi stok masih ada, pemegang Pas Global Eurail hanya perlu mendaftarkan butiran mereka serta nombor pas pada laman sesawang khusus, http://www.eurail-roaming.com, untuk memohon kad SIM percuma itu. Kad mengambil masa 6-11 hari untuk dihantar dan didatangkan dengan panduan pengguna cepat-mula, sementara penumpang yang berada dalam perjalanan boleh menyemak sejarah akaun, baki dan mengisi semula kredit mereka melalui laman khas Ruang Ahli Eurail.

Siaran media versi bahasa Inggeris disediakan oleh Eurail Group G.I.E. dan terjemahan oleh pihak ketiga. Sebarang maklumat lanjut tentang Eurail sila kunjungi http://www.eurailgroup.org.

SUMBER  Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Transportation Travel New products/services