omniture

Asia Plantation Capital dalam Pengimportan Kayu Gaharu Malaysia Diluluskan CITES yang Memecah Rekod

Asia Plantation Capital
2015-08-07 17:38 1124

SINGAPURA, 7 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Dari ladangnya di Thailand, ke kilang dan makmal canggihnya di Johor, Malaysia, Asia Plantation Capital baru-baru ini menyempurnakan penghantaran tunggal yang diluluskan CITES sebanyak 5,000 kilogram serpihan dan serbuk kayu Gaharu (Oud) bagi tujuan pemprosesan akhir.

Ekonomi luar bandar di Thailand dan Malaysia menerima manfaat daripada permintaan tinggi bagi pokok Gaharu yang ditanam di ladang lestari yang menghasilkan Oud -- produk hasil hutan termahal (per kg) di dunia – sama ada dalam bentuk minyak pati mentah, serpihan kayu beraroma, serbuk atau barangan koleksi ukiran tangan yang luar biasa.

Pokok Aquilaria Asia Plantation Capital, sumber Kayu Gaharu lestari
Pokok Aquilaria Asia Plantation Capital, sumber Kayu Gaharu lestari

Asia Plantation Capital diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat pengurusan perladangan dan perhutanan utama dunia, dengan capaian yang semakin meluas dan komitmen bersungguh-sungguh terhadap penyelidikan serta pembangunan teknologi berpaten yang telah membantu memperkenalkan semula pokok Aquilaria yang terancam (sumber pengekstrakan Oud dan penghasilan serpihan kayu), kepada habitat semula jadinya. Selari dengan budaya Asia Plantation Capital iaitu kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar, syarikat itu telah berkembang di seluruh Asia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan ladang Gaharu lestari yang diuruskan di Thailand, Sri Lanka dan Malaysia, selain usaha sama di India, Laos, China serta Myanmar. Asia Plantation Capital kini menawarkan pilihan terluas bagi spesies dan produk Gaharu kepada pasaran antarabangsa.

Semua produk Gaharu Asia Plantation Capital dapat disahkan sumber, tarikh penanaman, semua jaminan yang berkaitan dan tanggungjawab untuk melakukan penanaman semula. Asia Plantation Capital komited untuk menanam sekurang-kurangnya satu anak pokok untuk setiap pokok yang dituai, menjadikan kitarannya 100% lestari.

"Penghantaran pertama ke kilang dan pusat penapisan baharu kami di Johor, Malaysia menandakan permulaan proses yang akan menyaksikan sehingga 25,000 kilogram sebulan melalui kilang dan pusat penapisan kami di Johor," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Berhad. "Kami memilih Johor untuk membina kemudahan canggih kami yang pertama kerana lokasinya - memberikan kami akses mudah melalui kereta api, jalan dan laut ke semua pasaran eksport utama . Ia turut membolehkan kami memusatkan pengeluaran seluruh Asia kami di sebuah kemudahan yang dibina khas, dan terletak sesuai berhampiran pasaran dagangan Gaharu seperti Singapura dan China, yang mana kami juga memiliki kilang usaha sama dengan pengeluar Gaharu terbesar China, Hua Lin Group."

"Di Johor, kami memiliki kombinasi sistem terbukti yang cemerlang yang kami bangunkan di Thailand dan China, diselia oleh ahli-ahli penting daripada pasukan pengurusan kami dari Dubai, diketuai oleh Ahmed Awad," sambung Watts. "Boleh dikatakan semua orang kini mengetahui tentang minyak Oud, kerana penggunaannya dalam industri minyak wangi antarabangsa. Namun begitu, tidak semua menyedari serpihan kayu wangian yang mentah dan diperkaya membentuk kebanyakan daripada industri yang dianggarkan bernilai hampir AS$15 bilion. Kami yakin tidak banyak syarikat dalam pasaran hari ini menumpukan kepada hasil produk yang mempunyai tarikan yang begitu besar dan mempunyai permintaan yang begitu tinggi di semua pasaran seperti yang kami lakukan di Asia Plantation Capital."

Ahmed Awad (hujung kiri), pakar residen Asia Plantation Capital dalam menyeduh serpihan dan serbuk Kayu Gaharu, menerangkan nuansa wangian berbeza serpihan kayu yang diseduh kepada para pelawat dari Perancis.
Ahmed Awad (hujung kiri), pakar residen Asia Plantation Capital dalam menyeduh serpihan dan serbuk Kayu Gaharu, menerangkan nuansa wangian berbeza serpihan kayu yang diseduh kepada para pelawat dari Perancis.

Asia Plantation Capital menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia produk lestari dan diluluskan oleh CITES premium dalam pasaran global, manakala Ahmed serta pasukannya telah pun membuktikan komitmen mereka terhadap matlamat ini. Mereka membawakan teknik untuk memaksimumkan kualiti dan mengembangkan bahagian pasaran yang telah diwarisi daripada generasi ke generasi di Timur Tengah – sesuatu yang mencerminkan bukan sahaja nilai produk, tetapi juga kepentingan budaya dan sejarahnya. Sains moden turut memainkan peranannya, dengan teknologi empunya sentiasa diselidik dan dibangunkan oleh Lembaga Penasihat Saintifik syarikat itu, yang terdiri daripada pihak-pihak berkuasa utama industri dari Thailand, China, Timur Tengah dan, yang terkini, India.

"Gabungkan ini dengan usaha sama dengan Hua Lin di China," sambung Watts, "dan kami mempunyai pakar utama tentang produk Oud daripada dua pasaran tunggal terbesar di dunia. Ia merupakan pengetahuan yang mendalam dan kepakaran yang, ringkasnya, tiada bandingan dalam industri."

Sebarang analisis terperinci industri akan menunjukkan produk Gaharu (Oud) yang didapati di 'High Street' seluruh dunia datang dari pelbagai negara dan spesies. Semuanya mempunyai ciri-ciri unik yang menarik untuk pasaran berbeza, tetapi adalah jelas sistem milik APC yang telah dibangunkan sepanjang tujuh tahun lalu sedang membuktikan nilainya, dengan kepelbagaian menjadi komponen penting bagi falsafah syarikat bersama keenggannya berkompromi tentang kualiti.

"Ramai yang menyangka ia hanya melibatkan menanam pokok dan menunggunya tumbuh," kata Steve Watts menyimpulkan. "Namun begitu, di Asia Plantation Capital, kami mengetahui bahawa kejayaan kombinasi sains dan alam semulajadi menghasilkan formula hebat untuk memastikan kami mengeluarkan produk yang tepat, daripada pelbagai sumber, yang dapat memenuhi semua keperluan pembeli yang mempunyai cita rasa tersendiri."

Melalui jenama rakan kongsi Asia Plantation Capital, Fragrance Du Bois, minyak dari ladang Thailandnya kini ditemui dalam wangian mewah di Paris, New York, Dubai, Hong Kong, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok dan London, serta Brunei, dengan rancangan untuk berkembang ke Jerman, Switzerland dan juga Arab Saudi dalam bulan-bulan mendatang. Minyak lain daripada Asia Plantation Capital -- semuanya dihasilkan secara lestari -- juga dapat ditemui dalam jenama-jenama mewah yang dikenali di seluruh dunia.

5,000 kg yang kini sedang diproses di kilang baharu Asia Plantation Capital di Johor akan dieksport kepada para peruncit di rantau Teluk, yang mana syarikat itu turut merancang untuk membina kilang berskala besarnya yang kedua. Kemudahan di Emiriah Arab Bersatu itu akan membolehkan pemprosesan akhir dan pengeluaran dilakukan di rantau itu, dan akan mengukuhkan perniagaan pukal dan runcit serantau sedia ada Asia Plantation Capital yang telah diasaskan pada tahun 2010.

Nota untuk Editor:

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta ringkas:

  • AS$ 600 juta - nilai tergabung aset dimiliki dan bawah pengurusan
  • AS$ 53.5 juta - pulangan dalam tahun kewangan lalu

Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan penanaman komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek-projek ladang yang berbilang budaya dan pelbagai yang disesuaikan dengan permintaan domestik serta komersial di negara-negara ia beroperasi. Bekerjasama erat dan menyokong masyarakat setempat, merupakan prinsip teras perniagaan Asia Plantation Capital, menyediakan sokongan sosial dan budaya, selain pelaburan, untuk mengelakkan komuniti-komuniti ini daripada melakukan aktiviti-aktiviti penyahhutanan dan pembalakan haram, yang sebelumnya dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia. Diasaskan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), kumpulan itu kini mempunyai projek-projek perladangan dan pertanian di empat buah benua, dengan projek-projek beroperasi dalam pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara serta Eropah.

Galakan penggunaan kayu lestari dan disahkan merupakan cara terbaik untuk mencegah penghapusan hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan membasmi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang mengusahakan kecemerlangan dan telah sedia terlibat dalam usaha alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada pembalakan haram digunakan.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan jenama wangian mewah nic yang bekerjasama erat dengan ladang lestari di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud organik 100% baharu yang mengujakan ke pasaran eksklusif di seluruh dunia. Mendapatkan sumber secara lestari bagi bahan mentah terbaik di seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat wangian Perancis untuk menghasilkan rangkaian penuh produk, dan turut menyediakan khidmat wangian buatan khas, Fragrance Du Bois merupakan kemewahan peribadi dengan kesedaran. Dengan ruang wangian eksklusif di seluruh dunia, di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois menghasilkan hanya pengalaman terbaik dalam pembuatan wangian buatan khas.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan di negara-negara bukan penutur Perancis, sebagai Fragrance Du Bois.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Adrian Heng
Pengarah Komunikasi
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Tel. Bimbit: +65-9750-7440

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Paper/Forest Products/Containers