STUTTGART, Jerman, 20 Ogos 2015 /PRNewswire/ --
Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://ots.de/omzHM
Aerodinamik pastinya merupakan salah satu isu paling rumit yang perlu dihadapi oleh industri automotif pada masa kini. Pada abad ke-21, pakar-pakar masih lagi perlu menggunakan komputer berprestasi tinggi sebesar peti sejuk yang menghabiskan masa berhari-hari untuk mengungkai misteri aliran udara. Carl F. W. BORGWARD, yang mula berminat dengan kapal terbang, dan kemudiannya helikopter, sejak muda lagi, mula sedar pada tahun 1930an yang prinsip aerodinamik boleh diaplikasikan pada kereta dalam cara yang sama digunakan dalam pembinaan pesawat. Dari satu sudut, ini akan mengurangkan penggunaan bahan api. Dari sudut lain pula, ia dapat meningkatkan kelajuan terpantas serta pecutan pada tahap yang sebelum ini disangka mustahil untuk dicapai.
Salah satu tanda aras aerodinamik pertama BORGWARD merupakan "Windspiel", kereta salun empat pintu yang dibangunkan pada tahun 1936 dan diperkenalkan semasa Pameran Bermotor Berlin pada bulan Mac 1937. Kereta itu menggunakan secara praktikal pengetahuan yang didapati oleh penyelidik aerodinamik terkemuka pada zaman itu, Paul Jaray. Dari segi gayanya pula, kenderaan itu juga meramal model Airflyte yang hanya mula dibina oleh pembuat kereta Amerika yang inovatif, Nash pada tahun 1949. Konsep kenderaan itu dilaksanakan Ketua Pereka BORGWARD, Herbert Scarisbrick, dan Pengurus Kilang, Friedrich Kynast. Malah mereka berdua memegang paten untuk tingkap tepi yang digunakan untuk pengudaraan. Walaupun enjin salun itu hanya memberi output sebanyak 40 kuasa kuda, kereta itu mampu mencapai kepantasan tertinggi selaju 130 km/j, yang merupakan bukti kuat tentang keberkesanan rekaan bergaris arusnya, lebih daripada mana-mana pekali seret.
BORGWARD Hansa 1500 yang berbentuk seperti pontun baru sahaja diperkenalkan pada tahun 1949 apabila kerja-kerja pembinaan dimulakan untuk jenis badan baharu dalam projek yang dikenali sebagai "Hansa 1800 Fastback." Pada masa ini, BORGWARD sudahpun mula menguji kenderaan dalam terowong angin di Kolej Teknologi Hanover dan Institut Penyelidikan Kejuruteraan Automotif dan Enjin Kenderaan (FKFS) di Stuttgart. Fastback baharu itu merupakan cubaan untuk mengoptimumkan bentuk pontun itu secara aerodinamik. Kini, kita tidak boleh pasti sama ada terowong angin BORGWARD sahaja yang digunakan untuk model skala 1:5 dalam penghasilan kenderaan empat pintu bergaris arus itu. Namun begitu, pelaburan awal dalam kemudahan seperti itu di bahagian selatan kilang BORGWARD menekankan kepentingan aerodinamik bagi pembuat kenderaan di syarikat yang berpusat di Bremen itu. Oleh itu, fastback Hansa itu menarik banyak tumpuan semasa Pameran Bermotor Antarabangsa IAA di Frankfurt pada April 1951.
Namun begitu, konsep itu masih belum sedia sepenuhnya untuk pengeluaran secara bersiri. Pembuat enjin Karl-Ludwig Brandt membina enjin enam silinder khusus untuk projek fastback itu. Unit itu memberikan output maksimum yang mengagumkan sebanyak 82 kuasa kuda. Badan luarnya pula hanya diperkemas sedikit, dan sedikit perapian krom telah dibuang semasa fasa ujian. Model pertama untuk keajaiban aerodinamik ini - kini dikenali sebagai "Hansa 2400 Sport" - dikeluarkan secara besar-besaran pada Oktober 1952. Malangnya, jualan untuk kenderaan dengan bentuk luar biasa ini tidak mendapat sambutan, jadi sebab itulah BORGWARD kemudiannya melancarkan model 2400 itu sebagai kereta salun notchback juga.
Hakikat kecekapan aerodinamik dan rekaan notchback sangat sepadan digandingkan bersama dengan ketara dalam BORGWARD Isabella, yang dikeluarkan pada tahun 1954 dan mempunyai pekali seret yang sangat rendah (nilai Cd) sebanyak 0.40. Jika dibandingkan, Ford 17 M zaman itu hanya mempunyai nilai Cd sebanyak 0.54. Model yang lebih aerodinamik daripada Isabella adalah model selepas itu – model P 100. Tingkap panorama dan bentuk badan trapezoid baharu bagi kenderaan itu yang dipilih pereka BORGWARD "Don" Roberto Hernandez turut membawa kepada cabaran baharu serta tidak pernah dihadapi sebelum ini bagi pakar terowong angin dari Bremen. Ujian kelajuan terpantas awal membawa para jurutera untuk mengesyaki yang model empat pintu itu tidak begitu cekap dari segi aerodinamik. Carl F. W. Borgward dengan serta-merta menghantar model kayu berskala 1:10 ke terowong angin FKFS di Stuttgart. BORGWARD mengecat prototaip 1:1 itu dengan warna kelabu dan melekatkan benang bulu ke atas badan luar itu pada sela jarak khusus. Jika benang itu terlekap pada badan kereta pada kepantasan tinggi, ia dianggap sebagai petanda yang menunjukkan aerodinamik yang bagus. Jika ia terkibas-kibas dengan kasar, kesimpulan sebaliknya yang didapati. Penemuan awal mendapati masalah aerodinamik itu mungkin disebabkan oleh garis bumbung mengunjur pada prototaip itu.
Bumbung P 100 telah diubah suai dan kenderaan itu berjaya mencapai kelajuan terpantas yang hebat selaju 160 km/j yang telah ditetapkan oleh para jurutera dalam spesifikasinya - satu lagi contoh kepakaran aerodinamik canggih BORGWARD, sejak awal 1960an lagi.
Maklumat lanjut
BORGWARD Group AG
Kriegsbergstrasse 11
70174 Stuttgart,
Jerman
Jurgen Schramek
Ketua Komunikasi Produk
E-mel media@borgward.com
Telefon +49-711-7941851043
Sumber: BORGWARD Group AG