omniture

Cambium Networks Perkenalkan cnPilot, Penyelesaian WiFi 802.11ac Diuruskan Awan

Cambium Networks
2015-08-24 20:00 247

- Portfolio produk-produk WiFi yang dapat digunakan di dalam dan di luar bangunan dalam pelbagai aplikasi seperti kediaman & SMB yang diuruskan oleh penyedia perkhidmatan, WiFi awam, serta perusahaan perindustrian -

ROLLING MEADOWS, Illinois, 24 Ogos 2015 /PRNewswire/ --  Cambium Networks™, penyedia global utama bagi penyelesaian jalur lebar wayarles, hari ini memperkenalkan cnPilot™, suit produk WiFi 802.11ac untuk kegunaan di kediaman, perusahaan, dan rangkaian perindustrian. cnPilot diuruskan melalui cnMaestro™, platform pengurusan kitar hayat rangkaian berasaskan awan baharu daripada syarikat itu, serta memenuhi keperluan pengendali rangkaian yang semakin mendesak bagi kemampuan, kebolehskalaan dan pelaksanaan yang lancar.

Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/Cambium-Networks-082115-1.mp4
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/117974

Portfolio cnPilot terdiri daripada model-model WiFi berikut:

  • titik akses Kediaman dan Perniagaan Kecil 802.11aac dan 802.11n cnPilot dengan ATA bersepadu
  • titik akses dwi jalur gred perusahaan Luar Bangunan Gigabit 802.11ac cnPilot  
  • titik akses dwi jalur Luar Bangunan 802.11ac cnPilot
  • Hotspot Jalur Tunggal 802.11n jalur tunggal ePMP™

cnPilot diuruskan oleh cnMaestro yang menyediakan pengurusan kitar hayat rangkaian hujung ke hujung. cnMaestro membantu memudahkan pemasangan cnPilot dengan mengurus perancangan rangkaian, pengurusan inventori, penyertaan peranti, operasi harian dan sebarang isu penyelenggaraan rangkaian. Selain itu, cnMaestro menawarkan ciri-ciri pengawal WiFi, menyediakan analitik dan maklumat tentang titik akses serta peranti pelanggan yang dibawa oleh pengguna kepada rangkaian, membantu pengendali rangkaian untuk memberi khidmat lebih baik kepada pelanggan serta merancang naik taraf rangkaian.

"Kita kerap mendengar vendor membandingkan keperluan rangkaian perusahaan besar dengan keperluan penyedia perkhidmatan komunikasi. Ketika perusahaan sektor perindustrian ingin meluaskan operasi kepada pasaran membangun dan ISP ingin menyampaikan keterhubungan kepada pelanggan perniagaan kecil serta kediaman, anda akan melihat persamaan ini, terutamanya dalam permintaan bagi penyelesaian berkos rendah dan berprestasi tinggi yang termasuk ciri-ciri penyelenggaraan secara jarak jauh," kata Peter Jarich, naib presiden, pengguna dan infrastruktur, Current Analysis.

cnPilot melanjutkan portfolio perangkaian "wayarles hujung ke hujung" syarikat itu, menyediakan liputan wayarles jalur lebar daripada satu meter sehingga 200 kilometer. cnPilot membolehkan keterhubungan untuk orang ramai dan peranti di kediaman, industri, dan perusahaan, serta beroperasi bersama atau secara bebas daripada portfolio penyelesaian Cambium Networks. Kualiti perkhidmatan dan keselamatan Cambium Networks terus kekal, menjadikan kelengkapannya amat andal dan tahan lasak bagi pemasangan di persekitaran yang mencabar.

"Apabila mempertimbangkan penyelesaian WiFi, tidak banyak yang kami temui di luar sana yang menawarkan kualiti perkhidmatan yang tinggi, kebolehskalaan dan prestasi tinggi pada harga yang munasabah," kata Krunoslav Ivanovic, Ketua Pegawai Eksekutif KRK Sistemi d.o.o. za Telekomunikacije. "Kami mendapati cnPilot begitu unik dari segi harganya, dan ia merupakan pembawa perubahan untuk perniagaan kami. Cambium Networks mendahului yang lain dengan pengawal WiFi dan pengurusan awan gred perusahaannya." 

"Segmen yang kami sasarkan kurang diberi khidmat selama ini. Kami melihat keperluan dalam pasaran bagi titik tengah antara penyelesaian yang kompleks dan mahal yang ditujukan kepada perusahaan besar, serta kelengkapan tidak mahal yang menjadi tidak andal apabila diskalakan," kata Atul Bhatnagar, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cambium Networks. "Kami teruja untuk memenuhi keperluan pasaran ini di seluruh dunia untuk WISP, vendor perusahaan dan para pengendali perindustrian yang mencari penyelesaian rangkaian berprestasi tinggi serta selamat dengan cnPilot."

cnPilot kini menjalankan trafik rangkaian langsung dengan pelanggan beta di Amerika Utara, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Penyelesaian ini disediakan melalui rangkaian pengedaran global Cambium Networks dan akan mula dihantar pada pertengahan September 2015.

Latar Belakang Cambium Networks:
Cambium Networks merupakan penyedia global terkemuka untuk penyelesaian jalur lebar wayarles yang menghubungkan yang tidak terhubung. Melalui portfolionya yang luas untuk platform titik ke titik (PTP) dan titik ke berbilang titik (PMP) jalur lebar wayarles yang andal, boleh skala, dan selamat, Cambium Networks memungkinkan semua penyedia perkhidmatan; perusahaan; agensi-agensi kerajaan dan ketenteraan; syarikat-syarikat minyak, gas, dan utiliti; para penyedia khidmat Internet; serta rangkaian keselamatan awam untuk membina rangkaian komunikasi yang berkuasa dan juga mudah dikekalkan. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat-pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di A.S. Ashburton, U.K. dan Bangalore, India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com dan www.connectingtheunconnected.org.

Hubungi

Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377

chedayati@golin.com

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications