Andover, MA and London, UK, 28 Ogos, 2015 /PRNewswire/ --
Royal Philips (NYSE: PHG AEX: PHIA) hari ini mengumumkan penyertaannya di Kongres ESC 2015, dimana ia mempamerkan penyelesaian kardiologi terbarunya, termasuk Heart Model A.I. , EchoNavigator dan IntelliSpace Cardiovascular, yang menghubungkan orang ramai dan teknologi dengan protokol rawatan untuk membantu diagnosis, membimbing rawatan serta membolehkan jagaan di rumah.http://photos.prnewswire.com/prnh/20150824/260655
http://photos.prnewswire.com/prnh/20150824/260656
http://photos.prnewswire.com/prnh/20150824/260657
Pengunjung-pengunjung di stesen Philips (#G200) akan belajar kaedah holistik Philips terhadap rawatan kardiovaskular yang menampilkan peralatan digital yang terbaik dalam kategorinya dan kemudahan terapi berpandu imej serta ultrasound, pengimejan dan juga pengesanan intravaskular, rawatan, pemerhatian pesakit, IT kesihatan serta aplikasi perisian canggih yang memacu kemajuan dalam perubatan prediktif dan tepat bagi rawatan kardiovaskular.
"Rawatan kardiovaskular holistik bukan sekadar merawat penyakit bagi memahami perkara yang benar-benar penting bagi semua yang terlibat dalam proses rawatan pesakit," kata Bert van Meurs, Pengurus Besar, Terapi Berpandu Imej untuk Philips. "Penyelesaian kami yang fokus atas pesakit, membolehkan prosedur baru yang kurang invasive untuk menjalankan diagnosis serta merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih berkesan. Penyelesaian ini turut membantu doktor semasa menilai keadaan penyakit, membantu memutuskan dan membimbing rawatan yang tepat serta menentukan kejayaan suatu intervensi. Selain itu, pengambilalihan baharu kami atas Volcano akan meningkatkan kemampuan kami untuk memberi sokongan kepada para doktor dan pesakit."
Kongres ESC 2015 merupakan acara kardiologi terbesar dan paling berpengaruh di dunia, serta akan mempamerkan penyelidikan paling berpotensi dan inovasi penting dalam industri. Sepanjang acara ini, Philips dan rakan-rakan doktor akan mengambil bahagian dalam beberapa Satellite Symposia serta tutorial praktikal yang meliputi topik-topik termasuk kepintaran anatomi dan pengimejan peri-intervensi, membincangkan kemajuan terkini dalam gema diagnostik dan juga intervensi.
Alat jantung teknologi ultrasound terkini Philips, HeartModel A.I., yang membawakan paparan 3D berautomasi, kebolehan penghasilan semula yang mantap dan pengkuantitian canggih untuk pengimejan ultrabunyi jantung, akan membuat debutnya Eropah di Stesen Philips (#G200). Philips akan turut mengadakan demonstrasi di gerai tersebut bagi pengimejan canggih dan penyelesaian ultrabunyi yang direka berdasarkan setiap langkah perjalanan rawatan pesakit, termasuk:
Menyampaikan Penentuan Keputusan yang Lebih Yakin
Membimbing Laluan Rawatan Optimum
Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan Philips di Kongres ESC 2015, sila kunjungi http://www.philips.com/esc dan ikuti perbualan #ESCCongress @PhilipsLiveFrom untuk meneruskan perbualan.
*Minicare masih dalam proses pembangunan dan belum sedia untuk dijual."
Latar Belakang Royal Philips
Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) merupakan sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang pelbagai, menumpukan untuk menambah baik kehidupan orang ramai melalui inovasi penting dalam bidang Kesihatan, Gaya Hidup Pengguna dan Pencahayaan. Beribu pejabat di Belanda, Philips memperoleh jualan tahun 2014 sebanyak EUR 21.4 bilion dan menggaji kira-kira 108,000 pekerja dengan jualan serta perkhidmatan di lebih 100 buah negara. Syarikat ini merupakan peneraju dalam penjagaan jantung, penjagaan akut dan penjagaan kesihatan di rumah, penyelesaian pencahayaan menjimatkan tenaga dan aplikasi pencahayaan baharu, selain pencukuran dan penggayaan lelaki serta penjagaan kesihatan mulut. Berita daripada Philips boleh didapati di http://www.philips.com/newscenter.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kathy O'Reilly
Philips Group Communications
Tel: +1-978-659-2638 Mobile: +1-978-221-8919
E-mel: Kathy.oreilly@philips.com
Twitter: @kathyoreilly