omniture

Smile Memuktamadkan Pembiayaan USD365 Juta bagi Mempercepat Usaha Perluasan Rangkaian 4G LTE di Afrika

Smile
2015-09-09 01:08 372

PORT LOUIS, Mauritius, 9 September 2015 /PRNewswire/ -- Smile Telecoms Holdings Ltd ("Smile"), yang memiliki dan mengurus rangkaian jalur lebar 4G LTE wayarles mudah alih dalam jalur 800MHz di Nigeria, Tanzania serta Uganda, mengumumkan yang ia telah mengumpul USD365 juta dalam hutang dan pembiayaan ekuiti ("pembiayaan"). Pembiayaan itu akan digunakan untuk memperluas perkhidmatan dan rangkaian jalur lebar mudah alih 4G LTE Smile yang sedia ada, yang menyasarkan menjelang akhir tahun 2015, Smile akan dapat menawarkan perkhidmatan suara yang jelas dan mempunyai liputan negara yang tertanding dengan rangkaian 3G terbesar dalam setiap negara tempat ia beroperasi. Smile akan turut melancarkan rangkaian jalur lebarnya di Republik Demokratik Congo ("DRC") pada awal tahun 2016.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150907/264172)

Pembiayaan itu terdiri daripada ekuiti bernilai USD50 juta, dikumpulkan daripada Public Investment Corporation bagi pihak Dana Pencen Pekerja Kerajaan ("PIC"), dan kemudahan hutang pelbagai tranche, pelbagai bidang kuasa bernilai USD315 juta yang diterajui oleh African Export-Import Bank yang disertai oleh Development Bank of Southern Africa, Diamond Bank PLC, Ecobank Nigeria, PIC, Industrial Development Corporation of South Africa Limited dan Standard Chartered Bank. Pemegang saham Smile kini terdiri daripada Al Nahla Group, syarikat yang berpusat di Arab Saudi, yang merupakan pemegang saham majoriti; Renven Investment Holdings, kemudahan pelaburan pan-Afrika, yang mana pelabur Nigeria, termasuk Obijackson Group, menjadi pemegang saham majoriti; Verene, mewakili pihak pengurusan kanan Smile dan para usahawan sosial dari Afrika Selatan; Telecom Investments, sebuah syarikat pelaburan yang berpusat di Arab Saudi; Capitalworks, sebuah syarikat pengurusan alternatif yang aktif, mengkhusus dalam pelaburan pasaran tengah Afrika"; PIC; serta kakitangan Smile.

Menurut syarat-syarat tersebut, pembiayaan itu akan digunakan untuk mempercepat pengeluaran besar-besaran rangkaian negara, termasuk kelengkapan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Alcatel Lucent dan Ericsson, rangkaian MPLS (Penukaran Label Berbilang Protokol) penuh, Titik Kehadiran di London serta perkhidmatan angkut balik antarabangsa yang diperluas, dan juga untuk membiayai perbelanjaan operasi dan modal kerja.

Objektif Smile adalah untuk menjadi penyedia jalur lebar pilihan untuk data yang amat pantas dan suara jelas dalam setiap pasarannya serta untuk menyediakan lebih 300 juta pelanggan berpotensi di empat buah negara tempat ia beroperasi dengan platform yang pantas, andal dan juga berkualiti tinggi bagi menggalakkan kemajuan dan pewujudan kekayaan. Terdapat bukti kukuh yang mengaitkan jalur lebar dengan pewujudan peluang pekerjaan; Brookings Institution menyatakan "bagi setiap peningkatan titik sebanyak satu peratus dalam penembusan jalur lebar, pengambilan pekerjaan diunjurkan akan meningkat sebanyak 0.2 hingga 0.3 peratus setiap tahun." Tambahan lagi, menurut Buku Panduan Strategi Jalur Lebar oleh Bank Dunia, "peningkatan sebanyak 10 peratus dalam kadar penembusan jalur lebar di negara-negara membangun dikaitkan dengan peningkatan sebanyak 1.4 peratus dalam KDNK per kapita."

Pembiayaan itu merupakan salah satu pengumpulan modal paling besar yang pernah dilakukan untuk pengendali telekomunikasi di Afrika dan menjadikan jumlah pembiayaan yang diperuntukkan kepada Smile sejak penubuhannya pada tahun 2007 berjumlah kira-kira USD600 juta.

Darisami International Consultancy Ltd bertindak sebagai penasihat kewangan untuk Smile.

Irene Charnley, Ketua Pegawai Eksekutif Smile, berkata, "Kini, memandangkan kami telah dibiayai penuh untuk menyediakan liputan negara dengan akses internet pantas tanpa tandingan serta perkhidmatan suara yang jelas, keutamaan kami adalah untuk memastikan pelanggan kami mengalami serta mendapat manfaat daripada kuasa jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi berbanding perkhidmatan jalur sempit yang disediakan setakat ini, termasuk sejauh mana untuk mengurus pengalaman hebat itu secara berkesan dari segi penggunaan data."

Sheikh Mohammed Sharbatly, Timbalan Pengerusi Smile, berkata, "Baru-baru ini saya bertuah kerana dapat berpeluang menggunakan rangkaian Smile di Nigeria, dan kualitinya adalah lebih baik berbanding apa yang kami alami di United Kingdom serta Arab Saudi. Dengan melesenkan spektrum 800MHz untuk kegunaan komersial pada peringkat awal jika dibandingkan dengan banyak negara lain, termasuk negara-negara yang berpendapatan tinggi, kerajaan Nigeria, Tanzania, Uganda dan juga DRC masing-masing telah menunjukkan komitmen untuk berada di barisan hadapan revolusi jalur lebar dan untuk mempercepat kemajuan serta pertumbuhan KDNK, dan kami memuji mereka atas usaha mereka itu."

Latar Belakang Smile Telecoms Holdings Ltd

Diasaskan pada tahun 2007 dan diperbadankan di Mauritius, Smile merupakan kumpulan telekomunikasi pan-Afrika dengan operasi-operasi di Nigeria (Smile Communications Nigeria), Tanzania (Smile Communications Tanzania), Uganda (Smile Communications Uganda) dan Republik Demokratik Congo (Smile Communications DRC) serta mempunyai sebuah syarikat sekutu di Afrika Selatan.

Smile mempunyai matlamat transformatif tunggal iaitu untuk menggunakan teknologi terbaik dan paling inovatif bagi memberikan perkhidmatan komunikasi yang pantas, andal, berkualiti tinggi, mudah digunakan, serta berpatutan kepada para pelanggannya.

Pada tahun 2012, syarikat itu melancarkan rangkaian komersial 4G LTE pertama Afrika dalam jalur 800MHz (ITU "jalur 20") di pasaran Afrika Timur, bermula di Dar es Salaam, Tanzania dan kemudiannya di Kampala, Uganda. Ini diikuti dengan pelancaran rangkaian komersial 4G LTE pertama Afrika Barat, juga dalam jalur 20, bermula di Ibadan dan kemudiannya di Lagos, Nigeria.

Wawasan dan misi Smile adalah untuk menjadi penyedia jalur lebar pilihan dalam semua pasarannya serta membolehkan para pelanggannya mendapat manfaat sepenuhnya daripada dunia Internet untuk khidmat data dan suara.

Bagi pihak: 
Smile Telecoms Limited
http://www.smilecoms.com 

SUMBER  Smile

Source: Smile
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment