omniture

Sky Sports Pilih Agile R Daripada Mobile Viewpoint untuk Siaran Langsung Dari Lapangan

Mobile Viewpoint
2015-09-10 06:43 383

ALKMAAR, Belanda, 10 September 2015 /PRNewswire/ -- Sky Sports News telah memilih Mobile Viewpoint sebagai rakan teknologi utama mereka untuk video secara langsung di dalam dan luar negara melalui rangkaian IP. Sky Sports memasang 10 unit sistem WMT Agile 2.0 R untuk membantu liputan berita sukan secara langsung daripada wilayah berbeza di UK serta acara-acara antarabangsa. Pada masa yang sama, beberapa penyahkod WMT ditambah kepada pelayan WMT sedia ada di Sky MCR di London untuk menerima kesemua siaran langsung secara serentak.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150909/264788

Penggunaan kali pertama adalah pada 4 Ogos semasa menyambut permulaan musim bola sepak UK di saluran 92Live. Siaran langsung tersebut diadakan untuk semua 92 kelab Liga Bola Sepak Inggeris dan liputan di seluruh negara berjaya dilakukan melalui semua sistem WMT produksi termasuk suapan langsung selama 12 jam dari sebuah helikopter.

Mobile Viewpoint dan Sky Sports News telah bekerjasama sejak beberapa tahun lalu bagi tujuan siaran langsung acara sukan antarabangsa di seluruh dunia. Kerjasama cemerlang ini berjaya melakukan pemasangan kekal sebanyak 10 unit.

Dipetik daripada Ian Brash, Pengurus Teknikal Sky Sport News:

"Ujian yang terperinci terhadap jenama-jenama utama selama lebih 30 bulan menunjukkan kebolehan Mobile Viewpoint adalah yang paling sesuai dengan keperluan pengumpulan berita kami. Kesediaan dan kebolehan mereka untuk membangunkan perisian yang tersuai mampu mempertingkat pengalaman pengguna kami dan selari dengan rentak kami. Ini adalah teknologi yang tepat pada masanya."

Dipetik daripada Michel Bais, Pengarah Urusan Mobile Viewpoint:

"Kerjasama kami bersama Sky Sports News memiliki sejarah yang panjang, dengan liputan acara di luar UK seperti dari Perancis, Belanda, Jerman, Portugal, Switzerland, Belgium, Slovenia, Republik Ireland, Dubai, Bahrain, Sri Lanka, India, serta Bangladesh dan kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan penerbitan berita harian ini."

Latar Belakang Sky Sports News:

Dilancarkan pada tahun 1998, Sky Sports News telah mencakupi banyak berita-berita tergempar dalam dunia sukan sejak tujuh belas tahun lalu. Perkhidmatan berita 24 jam setiap hari ini, kini menyediakan analisis setiap minit untuk setiap kisah-kisah penting merentasi seluruh dunia sukan melalui TV, laman sesawang skysports.com kami, dan juga media sosial. Perkhidmatan berita itu juga sinonim dengan liputan hari terakhir tetingkap perpindahan, sukan wanita serta laporan lengkap untuk isu-isu penting yang berlaku dalam arena sukan masa kini.

Latar Belakang Mobile Viewpoint:

Mobile Viewpoint ialah pemain peringkat global, memfokuskan pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian untuk kedua-dua industri penyiaran serta keselamatan. Menggunakan kodek H.264 dan kini H.265 HEVC yang digabungkan dengan teknologi yang dipatenkan, video HD boleh dipancarkan melalui sambungan IP. Pelanggan-pelanggannya termasuk badan penyiaran utama seperti BBC, Al-Arabiya, Sky Sports News, dan NBC Sports.

Mobile Viewpoint kini mengadakan pameran di IBC, Dewan 14, Content Everything, reruai F.21

http://www.mobileviewpoint.com

SUMBER  Mobile Viewpoint

Source: Mobile Viewpoint
Keywords: Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Sports Wireless Communications Trade show news