ROMONT dan LAUSANNE, Switzerland, 11 September 2015 /PRNewswire/ --
Dengan pelaburan strategik ini, Nespresso memanfaatkan kepakaran kopinya dan mempercepatkan perkembangan antarabangsanya
- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.ch/de/nr/100007465 -
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150909/265027 )
Nestlé Nespresso hari ini merasmikan pusat pengeluaran baharunya di Romont, yang dihadiri oleh Ahli Majlis Persekutuan dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Johann Schneider-Ammann, Ahli Majlis Negeri serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pekerjaan di Kanton Fribourg Beat Vonlanthen, dan juga Datuk Bandar Romont Roger Brodard. Ini merupakan tapak Nespresso ketiga yang dibina di Switzerland sejak tahun 2002, selepas Avenches dan Orbe.
"Pusat pengeluaran ini mewakili pelaburan strategik jangka panjang untuk memenuhi permintaan pengguna global yang meningkat terhadap kopi Nespresso berkualiti tertinggi untuk tahun-tahun akan datang," kata Paul Bulcke, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé SA. "Usaha ini bukan sahaja akan menyumbang kepada kejayaan Nespresso dalam segmen kopi terbahagi yang berkembang, tetapi juga terhadap dinamisme ekonomi dan sosial di peringkat tempatan, serantau serta kebangsaan. Sekali lagi ia menunjukkan kecintaan kami kepada negara asal kami, yang berkongsi nilai kami seperti kecemerlangan dan inovasi."
Sebuah pusat kecemerlangan dan kepakaran kopi sebenar, pusat pengeluaran Romont itu telah dibina dalam masa hanya kira-kira dua tahun dan merupakan pelaburan keseluruhan bernilai CHF300 juta. Sejak tahun 2002, Nespresso telah melabur lebih CHF1.1 bilion untuk kemudahan perindustriannya di kanton Vaud dan Fribourg.
Selain kapsul Nespresso klasik, pusat pengeluaran tersebut akan turut mengeluarkan 14 Grand Cru untuk VertuoLine, sebuah mesin dengan teknologi pengekstrakan baharu, yang telah dilancarkan dengan jayanya pada Mac 2014 di Amerika Syarikat dan Kanada. Mesin ini telah direka bagi memenuhi kecenderungan warga Amerika Utara terhadap kopi bercawan besar.
"Dengan pengeluaran kapsul VertuoLine, Romont akan menyokong cita-cita kemajuan signifikan kami di Amerika Utara. Didorong oleh inovasi, industri kopi terbahagi itu, yang mewakili lebih USD5 bilion, kian berkembang dengan kukuh di rantau itu. Dengan VertuoLine, kami mempunyai produk yang tepat untuk memenuhi permintaan yang meningkat," kata Jean-Marc Duvoisin, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Nespresso SA.
Impak positif terhadap ekonomi tempatan
Seperti mana pusat-pusat pengeluarannya di Orbe dan Avenches, Nespresso berhasrat untuk memberi impak positif dalam tempoh jangka panjang ke atas landskap ekonomi dan sosial bandar Romont serta kanton Fribourg. Tapak baharu itu telah pun mewujudkan 125 pekerjaan baharu berkemahiran secara langsung, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan Nespresso di Switzerland kepada lebih 2,300. Lebih 25 buah syarikat tempatan mengambil bahagian dalam pembinaan tapak ini, mewakili 60% daripada belanjawan keseluruhannya.
"Keputusan Nespresso untuk menempatkan loji baharu itu di Romont merupakan ganjaran yang hebat untuk kerja keras negara ini secara keseluruhannya. Ia turut menggalakkan kami dalam usaha kami untuk terus mempromosikan kelebihan Switzerland sebagai lokasi bagi tujuan pengilangan dan untuk mendorong pekerjaan," kata Johann Schneider-Ammann, Ahli Majlis Persekutuan dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan.
"Perasmian pusat kecemerlangan Nespresso baharu ini merupakan detik kegembiraan dan kebanggaan, yang dapat diraikan sepenuh hati oleh warga Fribourg. Ia mengesahkan Fribourg merupakan lokasi ekonomi yang menarik untuk syarikat-syarikat perindustrian antarabangsa," kata Beat Vonlanthen, Ahli Majlis Negeri dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pekerjaan di Kanton Fribourg.
"Ketibaan Nespresso telah memberikan rantau kami keyakinan terhadap masa depan ekonominya sekali lagi," kata Roger Brodard, Datuk Bandar Romont.
Pusat pengeluaran bersijil LEED® Emas pertama di Switzerland
Romont merupakan pusat pengeluaran pertama di Switzerland, dan dengan itu merupakan kilang pertama Nestlé di Switzerland, yang memperoleh pensijilan LEED® Emas (Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar). Pensijilan ini bukan sahaja merangkumi kecekapan tenaga dan air bagi sesebuah bangunan perindustrian, ia turut menilai aspek-aspek seperti kesihatan dan kesejahteraan pekerja di tempat kerja, serta infrastruktur untuk mobiliti yang mesra alam sekitar. Antara inisiatif yang telah dijalankan oleh Nespresso untuk memenuhi keperluan LEED® termasuk penggunaan 20% bahan binaan dikitar semula dan 18% pengurangan penggunaan tenaga tapak tersebut hasil pemulihan haba daripada pemanggang, pemasangan kaca tiga kali ganda dan penggunaan pencahayaan LED.
Pensijilan LEED® melanjutkan komitmen kelestarian Nespresso dan membentuk sebahagian daripada strategi kelestarian globalnya, The Positive Cup.
Sebuah syarikat Swiss dengan capaian global, Nespresso memilih untuk menubuhkan pusat pengeluaran ketiganya di Romont kerana kecemerlangan dan pengetahuan Swiss, infrastruktur yang kukuh serta andal dan juga tenaga kerja yang berkemahiran, semuanya faktor strategik yang menjamin kualiti yang menjadi pegangan Nespresso.
Maklumat rinci tentang Pusat Pengeluaran Nespresso di Romont
Kandungan tambahan
Visual boleh dimuat turun daripada laman sesawang korporat Nespresso mulai jam 4:00PM CET: http://www.nestle-nespresso.com/media/library/pictures
Maklumat latar belakang pensijilan LEED®
Rakaman gulung B disediakan mengikut permintaan
Latar Belakang Nestlé Nespresso SA
Nestlé Nespresso SA merupakan perintis dan rujukan untuk kopi premium terbahagi yang berkualiti tertinggi, Beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, Nespresso beroperasi di 62 buah negara dan mempunyai lebih 10,500 orang pekerja. Pada tahun 2014, ia mengendalikan rangkaian runcit global yang terdiri daripada lebih 400 butik eksklusif. http://www.nestle-nespresso.com.
Latar Belakang VertuoLine
VertuoLine merupakan sistem kopi yang direka untuk memenuhi kecenderungan pengambilan kopi bercawan besar di Amerika Utara. Sistem pengekstrakannya, yang sekali lagi merevolusikan cara pengguna menyediakan dan menikmati kopi mereka, menggunakan teknologi Centrifusion™. VertuoLine menyediakan tahap ketepatan yang amat tinggi. Teknologi kod bar mengenal pasti kapsul Grand Cru yang digunakan dan kemudian mengoptimumkan proses pengekstrakan agar sentiasa dapat menghasilkan secawan kopi yang sempurna. 14 Grand Cru berkualiti tinggi itu, termasuk kopi keras, kopi separa kafein dan kopi berperisa, selain espresso, hanya terdapat di AS serta Kanada.
Wakil media
Diane Duperret, Pengurus Perhubungan Awam Korporat
Nestlé Nespresso SA
Terus: +41-21-796-92-89
Pusat: +41-21-796-95-95
diane.duperret@nespresso.com