omniture

Doxee Perluas Rangkaian Eropahnya ke United Kingdom dengan Kerjasama Digital Channels

Doxee
2015-09-17 11:00 512

SAN JOSE, California dan MODENA, Itali, 17 September, 2015 /PRNewswire/ --

Digital Channels akan memfokuskan kepada perkhidmatan CCM berasaskan awan untuk perusahaan besar. 

Bagi meluaskan rangkaian rakan kerjasama globalnya di Eropah, Doxee, peneraju dalam Pengurusan Komunikasi Pelanggan (CCM) berasaskan awan berkelas perusahaan serta penyelesaian dan khidmat Pengeluaran Output Dokumen, hari ini mengumumkan Kerjasama baharu dengan Digital Channels untuk menjual dan juga menyokong platform Doxee di seluruh United Kingdom.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150325/736010-a )

Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, Digital Channels akan menyesuaikan Platform Doxee untuk para pelanggan, dan menawarkan perkhidmatan terurus yang menyeluruh. Rakan perniagaan utama Digital Channels ialah Espire Infolabs, sebuah syarikat perkhidmatan IT global.

"Kepakaran kami yang mantap dalam perkhidmatan Pengurusan Komunikasi Pelanggan Berbilang Saluran (MCCCM) digabungkan dengan platform awan inovatif Doxee merupakan gabungan sempurna untuk menyampaikan penyelesaian pengguna yang hebat," kata Gagan Oberoi, pengarah urusan, Espire Infolabs dan pengarah, Digital Channels. "Para pelanggan kami ingin mengelakkan daripada melakukan pelaburan infrastruktur yang lewah dan kos lesen bagi penghasilan dokumen, reka bentuk dan penyampaian berbilang saluran. Kerjasama ini menunjukkan respons kami terhadap gesaan pasaran dan keinginan untuk memberikan kesan positif ke atas kos operasi & pemasaran pelanggan, di samping mempertingkatkan pengalaman pelanggan melalui komunikasi interaktif."

Penyelesaian MCCCM daripada Digital Channels akan memfokuskan secara eksklusif bagi memberi manfaat kepada pasaran U.K. Menurut Pravin Patel, pengarah, Digital Channels, "platform Doxee adalah unik serta mengagumkan, dan platform ini akan menjadi penting dalam memberikan perkhidmatan terurus bagi komunikasi pelanggan siap guna berasaskan awan kepada para pelanggan. Ia amat diperlukan, terutamanya dalam insurans, khidmat kewangan, utiliti, kerajaan dan media yang sentiasa terdapat keperluan untuk menambah baik proses-proses dan kos."

"Berserta pasukan profesional IT berpengalaman, Digital Channels merupakan rakan yang hebat untuk menyampaikan penawaran CCM awan inovatif kami kepada perusahaan di U.K.," jelas Ketua Pegawai Operasi Doxee, Ron Friedman.

"Pendekatan platform-sebagai-perkhidmatan (PaaS) unik Doxee untuk CCM yang berbilang pengguna untuk penyedia khidmat terurus kini mendapat momentum dalam kalangan syarikat yang bersesuaian dengan penyelesaian kami," tambah Friedman. "Ia terbukti sebagai model perniagaan yang berkesan untuk kami dan rakan-rakan kami."

Doxee 

Doxee merupakan penyedia teknologi dan khidmat global yang terkemuka bagi CCM berkelas perusahaan dan berasaskan awan. Perusahaan di seluruh dunia menggunakan penyelesaian Doxee untuk menyediakan komunikasi pelanggan terperibadi dan interaktif kepada para pelanggan mereka.

Digital Channels 

Digital Channels merupakan sebuah syarikat berpangkalan di UK yang mengkhusus dalam Penyelesaian Pengalaman Digital yang disasarkan untuk menambah baik pengalaman pelanggan melalui komunikasi pelanggan & pengurusan pengalaman yang berkesan.

Wakil Akhbar
Larry Zusman
Pengarah Pemasaran, Operasi Global
lzusman@doxee.com
Tel. Bimbit: +1-5088084807

Pravin Patel
Pengarah, Digital Channels Limited
Pravin.patel@digitalchannels.co.uk
Tel. Bimbit: +44(0)7909118148

Source: Doxee
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion