omniture

Industri Pembayaran Sentiasa Berubah dengan Peningkatan Penerimaan terhadap mPOS Merentasi Industri: Aite Group dan Mahindra Comviva

Mahindra Comviva
2015-09-18 01:49 320

NEW DELHI, 18 September 2015 /PRNewswire/ -- Mahindra Comviva, peneraju global yang menyediakan penyelesaian mobiliti dan kewangan mudah alih telah menerbitkan satu kajian bersama Aite Group, sebuah firma penyelidikan dan penasihat bebas, yang meneliti perubahan pada titik jualan mudah alih (mPOS). Kajian itu membincangkan pembangunan kaedah penerimaan titik jualan mudah alih (mPOS), daripada asal-usulnya, sebagai khidmat pembayaran elektronik untuk para peniaga kecil kepada saluran yang digunakan oleh perusahaan yang lebih besar untuk meluaskan serta mempertingkatkan khidmat pelanggan mereka.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127)

Kajian ini adalah berdasarkan analisis daripada temu bual yang dilakukan dengan pelbagai organisasi terkemuka yang aktif dalam industri pembayaran. Ini termasuk kajian penyelidikan utama yang dijalankan oleh para penyelidik terkemuka di seluruh dunia bagi memahami perubahan dan corak permintaan kaedah penerimaan mPOS merentasi industri.

Kajian ini menunjukkan kad akan menyumbangkan 273 bilion urus niaga pada nilai terkumpul kira-kira AS$30 trilion menjelang tahun 2018. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan mPOS, bentuk pembayaran baharu akan berkembang, termasuk peranti mudah alih berkemampuan NFC yang menawarkan kefleksibelan lebih luas untuk menerima bayaran. Laporan ini menarik perhatian generasi akan datang terhadap perkhidmatan bayaran berasaskan mudah alih yang menerima manfaat daripada mPOS. Kemampuan NFC berserta kefleksibelan merupakan aspek hebat bagi peranti penerimaan bayaran mudah alih generasi akan datang. Kajian oleh Aite Group menunjukkan dari tahun 2015 hingga 2018, urus niaga mudah alih tanpa sentuhan berpotensi mencapai 4% hingga 5% bagi pembayaran runcit dengan pertambahan dalam jumlah urus niaga yang pesat selepas tahun 2020.

Dengan perubahan kemampuan mPOS, jualan perkakasan juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Perbincangan bersama vendor titik jualan (POS) utama menunjukkan jualan keseluruhan bagi perkakasan mPOS pada tahun 2014 berjumlah sekitar 10 juta peranti.

Mengulas tentang kajian tersebut, Srinivas Nidugondi, Naib Presiden Kanan dan Ketua Penyelesaian Kewangan Mudah Alih di Mahindra Comviva, berkata, "Dalam ekonomi digital yang pantas berubah, mobiliti merupakan pemangkin perniagaan yang amat penting. mPOS membantu para peniaga memodenkan perniagaan mereka dengan menawarkan pelaksanaan yang pantas dan kefleksibelan untuk menyampaikan penyelesaian tersuai yang dapat mengubah perhubungan mereka dengan pengguna mereka. Kami yakin mPOS akan menerajui kemajuan penyelesaian pembayaran dan akan merintis laluan ke arah pertumbuhan pembayaran mudah alih merentasi industri dalam tahun-tahun mendatang."

Andrew Copeman, penganalisis bayaran di Aite Group, mengulas, "Dunia pembayaran berada di awal proses perubahan yang lebih penting berbanding sebelumnya. Model perniagaan dan kerjasama baharu dengan penyelesaian yang lebih fleksibel berteraskan penerimaan bayaran adalah penting pada masa kini, namun ramuan penting yang meresapi landskap yang pantas berubah ini adalah mobiliti; kemampuan untuk menerima bayaran mengikut kemudahan pelanggan dan kepelbagaian lokasi yang lebih besar berbanding sebelum ini. mPOS sedang beralih daripada perkhidmatan khusus kepada arus perdana bagi perdagangan moden."

Laporan kajian yang lengkap bertajuk "Evolusi mPOS: Industri Pembayaran Sentiasa Berubah" boleh dimuat turun di laman sesawang Mahindra Comviva - KLIK DI SINI

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta, Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat Global
Hubungi: +91-124-481-9000
E-mel: pr@mahindracomviva.com

SUMBER  Mahindra Comviva

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology Survey, Polls & Research