omniture

Taisys dan JOIN Lancarkan Perkhidmatan Telekomunikasi Kadar Sama Rata Baharu di 39 Negara Eropah

Taisys Technologies
2015-09-21 08:00 448

TAIPEI, 21 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan mudah alih bernilai tambah, Taisys Technologies bergabung tenaga dengan syarikat telekomunikasi Eropah, JOIN Experience untuk melancarkan Pelan Prabayar 39 Negara Pan-Eropah melalui platform slimduet, menawarkan perkhidmatan baharu kepada para pelancong ke Eropah. Hanya satu pelan prabayar diperlukan untuk digunakan di 39 buah negara Eropah, bermula serendah EUR15 untuk khidmat data 3G, suara dan SMS. 

Pelan 39 Negara Pan-Eropah merupakan perkhidmatan telekomunikasi paling menyenangkan yang menjimatkan masa dan wang. Pelancong boleh membeli pelan tersebut melalui Aplikasi slimduet sebelum bertolak, membolehkan mereka kekal terhubung ketika mengembara melalui 39 buah negara Eropah tanpa perlu bersusah-payah untuk membeli SIM baharu bagi setiap destinasi. Tidak perlu lagi bimbang tentang harga perayauan antarabangsa yang mahal, kekangan bahasa atau kesulitan peranti perkongsian Wi-Fi, SIM slimduet boleh digunakan semula manakala tambah nilai nombor tersebut boleh dilakukan melalui Aplikasi tersebut.

Eropah merupakan destinasi pilihan bagi para pelancong dan sering kali melibatkan perjalanan merentasi sempadan. Dengan teknologi muat turun OTA SIM maya, slimduet melancarkan Pelan Pan-Eropah, menyediakan khidmat data mudah alih, suara, dan SMS. Perkhidmatan itu meliputi destinasi-destinasi terkenal seperti Perancis, Great Britain, Belanda, Belgium, Luxembourg, Ireland, Jerman, Switzerland, Austria, Sepanyol, Itali, Greece, Hungary, Poland, Republik Czech, Iceland, Norway, Sweden dan negara-negara lain.

Presiden Kumpulan Taisys, En. Jason Ho, menyatakan, "Kepentingan kerjasama Taisys bersama syarikat telekomunikasi Eropah JOIN adalah kami kini dapat menghubungkan 39 pengendali mudah alih dalam satu perkhidmatan. Aplikasi slimduet merupakan kedai sehenti untuk pelan prabayar, memenuhi keperluan perjalanan rentas sempadan di Eropah yang melibatkan urusan perniagaan serta santai sebelum meninggalkan rumah!"

Pascal Koster, Pengarah Urusan JOIN Experience berkata, "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Taisys, penyedia platform telekomunikasi terkemuka dunia, untuk memperkenalkan teknologi telekomunikasi perjalanan generasi baharu. Pelanggan slimduet seluruh dunia kini dapat memuat turun perkhidmatan mudah alih Pan-Eropah daripada JOIN Experience melalui Aplikasi tersebut dan mengaktifkan perkhidmatan itu serta-merta setelah mendarat di Eropah."

Ketika SIM maya semakin mendapat perhatian, pengguna slimduet menjadi yang terawal mendapat perkhidmatan SIM maya itu, membolehkan muat turun dilakukan bagi beberapa nombor dari pelbagai negara ke dalam satu SIM tanpa perlu ditukar. slimduet Taisys menyampaikan perkhidmatan yang paling memudahkan untuk ahli-ahli perniagaan dan para pelancong yang merantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.slimduet.net/en.


Wakil media:                         
Taisys
Lotus Lin                  
Tel:+886-22627-0927 ext. 6005
E-mel: lotus.lin@taisys.com    


Wakil media:
JOIN Experience
Sonia Hoffmann
Pej.: +352-671-880-300
E-mel: press@joinexperience.com

Source: Taisys Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Equipment