omniture

The Ultimate Travelling Camp Ungguli Anugerah Emas PATA 2015

Pemenang Dua Anugerah Berprestij - Budaya & Warisan serta Brosur Pelancongan Pengguna
The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2015-09-23 13:32 285

MUMBAI, 23 September 2015 /PRNewswire/ -- The Ultimate Travelling Camp (TUTC), sebuah kem bergerak secara nomad super mewah yang memperkenalkan pelancong bercita rasa kepada pengembaraan berbeza di lokasi luar biasa yang terpilih di India, telah meraih dua anugerah di Anugerah Emas PATA 2015. PATA (Persatuan Pelancongan Asia Pasifik) merupakan suara dan kuasa utama dalam perjalanan serta pelancongan di rantau Asia Pasifik. TUTC telah berjaya meraih anugerah dalam kategori Warisan & Budaya atas usaha mereka untuk mengekalkan legasi budaya, flora & fauna, bentuk-bentuk seni persembahan, resipi-resipi rahsia dan kaedah-kaedah penyembuhan purba selain dalam kategori Media Pemasaran bagi Brosur Pelancongan Pengguna. Majlis anugerah itu berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Bangalore (BIEC) pada 8 September 2015 semasa PATA Travel Mart 2015.

Usaha TUTC adalah untuk membawa kategori pelancong yang tersendiri ke India, yang mana pengunjung bukan sekadar tinggal di hotel dan mengunjungi kawasan tarikan pelancong, tetapi turut melibatkan diri mereka dalam seluruh pengalaman budaya serta masyarakat tempatan. Kem Chamba menyediakan pengalaman tentang pelbagai aspek cara hidup Ladakhi dan Buddha. Begitu juga Kem di Kohima yang bertujuan untuk menghidupkan semula, melindungi dan memelihara kekayaan serta keunikan 16 suku kaum yang merupakan warga pribumi Nagaland. Brosur Pelancongan Pengguna TUTC merupakan buku kecil yang direka dengan gaya tersendiri, terdiri daripada pelbagai struktur simbolik yang unik kepada India serta mencetuskan semangat perjalanan dan penerokaan.

Ketika berucap tentang acara tersebut, En. Rajnish Sabharwal, Ketua Pegawai Operasi, TUTC, berkata, "Ini merupakan satu lagi pencapaian TUTC setelah berjaya meraih bukan satu, tetapi dua anugerah berprestij. Dan menerimanya daripada penyokong kuat industri seperti PATA merupakan suatu pencapaian yang tersendiri. Kami benar-benar gembira usaha TUTC untuk mewujudkan satu ekosistem pelancong khusus yang memahami dan menghormati pelancongan lestari telah diiktiraf serta diraikan pada peringkat global."

Bagi menempah pakej mewah bersama kami, sila hubungi talian bebas tol kami melalui 1800-123-0508 atau e-melkan kepada kami di info@tutc.com. Sila kunjungi kami di http://www.tutc.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang TUTC:

Kem mewah bergerak sebenar yang pertama di India merangkumi kalendar destinasi dan pesta. Kem super mewah nomad ini memperkenalkan pelancong bercita rasa kepada pengembaraan berbeza di lokasi luar biasa yang terpilih di kawasan pergunungan, padang pasir, hutan dan kawasan desa yang belum diterokai.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150921/764090

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Related Links:
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel Awards