omniture

G2A Undang Peminat untuk MENANGI Percutian Pulau Mewah untuk Dua Orang - Nikmati Pertempuran Permainan yang Hebat di Syurga Tropika

G2A
2015-09-25 20:08 322

RZESZÓW, Poland dan HONG KONG, 25 September 2015 /PRNewswire/ --

G2A, pasaran permainan digital paling pantas membangun di dunia, teruja mengumumkan peraduan terkininya: perjalanan ditanggung sepenuhnya untuk dua orang bagi menghadiri Siri Dunia Permainan Video Maldives 2015. Dengan peraduan Kejohanan Dunia WSVG ini, G2A ingin memberikan para pemain dengan peluang eksklusif untuk mengalami pertandingan permainan hebat dalam keindahan utopia tropika, daripada keselesaan kerusi pantai di pantai berpasir Maldives yang indah. Peringkat Akhir Kejohanan Dunia WSVG 2015 akan diadakan dari 5-10 Oktober, 2015. Dalam kejohanan satu-lawan-satu, yang mana semua peserta 8 Terbaik menentang satu sama lain, pemain akan menunjukkan kemahiran mereka dalam empat permainan klasik: Age of Empires II: The Conquerors, StarCraft II: Heart of the Swarm, Hearthstone: Heroes of Warcraft and FIFA 15.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150923/270207-INFO )

Selama seminggu, pemenang G2A akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk menjadi sebahagian daripada sejarah permainan video, dikelilingi oleh kemewahan Maldives. Sebanyak 30 kad hadiah G2A bernilai 10 EUR juga boleh dimenangi.

Pegawai Perhubungan Awam G2A Jacqueline Purcell berkata, "Hadiah hebat ini bernilai lebih $8 ribu USD. Sertai sekarang untuk mendapat peluang memenanginya."

Peraduan ini terbuka kepada penyertaan sehingga 29 September pada 06:00 CET. Untuk menyertainya, peserta mestilah:

a) Log masuk ke akaun G2A mereka, atau mendaftarkan akaun baharu
b) Ikuti G2A.COM dan WSVG di Twitter
d) Sukai G2A.COM dan WSVG di Facebook

Para pemenang akan diumumkan pada 29 September di Laman Peraduan dan di media sosial:

https://www.facebook.com/G2Acom
https://twitter.com/G2A_com 

Latar Belakang G2A

G2A merupakan pasaran digital global yang dipercayai & sah yang dibangunkan oleh para profesional dalam bidang-bidang yang pelbagai termasuk permainan, pengurusan, kewangan, perhubungan awam dan pemasaran. Setiap hari G2A bekerja keras untuk mewujudkan platform digital paling cemerlang untuk semua penggiat permainan, melaburkan lebih 20 juta Euro dalam penyelidikan dan pembangunan sepanjang dua tahun lalu untuk memastikan inisiatif dalam talian yang selamat dan terjamin. G2A merupakan penjual nombor 1 di eBay untuk produk-produk permainan digital. Ia mempunyai lebih 6 juta pengguna unik, dan mempunyai lebih 5 juta urus niaga di seluruh dunia pada tahun 2014, dengan lebih 700 ribu dalam bulan Mei 2015 sahaja.

Kunjungi https://www.g2a.com/winatrip untuk maklumat lanjut.

Sumber: G2A

Source: G2A
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment