omniture

KPE Perfect World Berpangkalan di China Diundang Menyertai Bankuet di Seattle bagi meraikan Presiden China Xi Jinping

Bankuet tawarkan peluang baharu bagi tujuan perkongsian budaya antara China dan Amerika Syarikat
Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2015-09-29 13:25 186

BEIJING, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- Presiden China Xi Jinping tiba di Seattle pada 22 September. Pada malam yang sama Xi telah menghadiri bankuet sambutan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan untuk Hubungan Amerika Syarikat-China dan menyampaikan satu-satunya ucapan dasar awam melalui lawatannya ke A.S. Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World dan pengarah Jawatankuasa Kebangsaan untuk Hubungan Amerika Syarikat-China Robert Hong Xiao, mantan Setiausaha Negara A.S. Henry Kissinger, bersama beberapa pegawai eksekutif daripada syarikat-syarikat lain selain individu-individu persendirian yang memberikan sumbangan penting kepada pembangunan hubungan Sino-Amerika, telah menerima undangan dan juga menyertai bankuet itu.

Setelah mendengar ucapan daripada Presiden Xi, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World itu berkata firma tersebut begitu aktif menggalakkan komunikasi dan penyepaduan budaya China khususnya dan pelbagai budaya dunia umumnya sejak ditubuhkan. Kini, setelah budaya Amerika dan China menjadi dua budaya arus perdana dunia, usaha kedua-dua pihak terhadap perkongsian budaya adalah amat penting bagi kedua-dua negara serta dunia.

Sebagai sebuah firma hiburan kebudayaan berasaskan Internet antarabangsa, Perfect World bersedia dan sanggup untuk menggalas tanggungjawab ini. Syarikat tersebut berbesar hati menjadi pengamal dan pendorong perkongsian budaya antara China serta Amerika Syarikat dan untuk terus memberikan sumbangan dalam bidang ini. Ketua Pegawai Eksekutif tersebut seterusnya menerangkan Perfect World telah menggunakan permainan sebagai medium untuk menggalakkan dan memberikan kehadiran global kepada budaya China sejak firma itu memulakan perniagaannya. Hari ini, produk-produk Perfect World telah memasuki lebih 100 buah negara dan wilayah. Pembangun permainan itu telah membuka cawangan di Amerika Utara dan di lokasi-lokasi lain di seluruh dunia selain mengambil alih bengkel-bengkel terkemuka tempatan di banyak negara dalam usaha untuk membina platform operasi serta pembangunan dan juga penyelidikan yang lebih setempat, seterusnya menyumbang kepada komunikasi dan penyepaduan budaya China dan Amerika.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Perfect World telah menjalankan usaha-usaha besar dalam meluaskan perkongsian dan kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam bidang kemanusiaan. Pada penghujung tahun 2014, Perfect World telah memberikan sokongan penuhnya kepada projek Sino-AS yang dikenali sebagai Access China, sebuah projek belia yang utama antara kedua-dua negara itu. Pada awal tahun 2015, firma tersebut dengan bangganya melancarkan projek Makmal Kepimpinan Belia Global. Pada Jun 2015, Naib Perdana Menteri China Liu Yandong telah bertemu dengan wakil-wakil daripada Perfect World dan juga wakil muda warga Amerika pertama daripada projek Access China. Dalam mengorak langkahnya ke hadapan, Perfect World menjangkakan untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam menggalakkan perkongsian budaya serta bentuk kerjasama lain dalam bidang budaya antara China dan Amerika Syarikat.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150925/270797

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet