omniture

Chandon Sebagai Rakan Rasmi Baharu Pasukan Mclaren Honda Formula 1(TM)

Chandon
2015-09-30 23:31 282

LONDON, 30 September 2015 /PRNewswire/ -- Chandon mengumumkan kerjasama baharu yang mengujakan bersama Pasukan McLaren Honda Formula 1, yang dimeterai hari ini. Sebagai salah satu pasukan yang paling berjaya dalam sejarah Formula 1 McLaren bergandingan dengan Chandon, wain yang hebat dengan semangat penguasaan tanpa batasan. Kerjasama itu menonjolkan dengan sempurna semangat terbuka Chandon, 'joie de vivre' dan pendekatan secara spontan terhadap kehidupan.

Kerjasama tersebut merupakan kolaborasi global jangka panjang yang akan membawakan sikap ceria Chandon kepada Pasukan McLaren Honda Formula 1 yang terkenal.

Kerjasama tersebut telah dimeterai hari ini di Pusat Teknologi McLaren di Woking, Surrey, England. Ia telah ditandatangani oleh Christophe Navarre, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Moet Hennessy, serta Ron Dennis, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Technology Group.

Chandon dan Pasukan McLaren Honda Formula 1: Dua ikon bersatu untuk kolaborasi jangka panjang

Perlumbaan Formula 1 merupakan acara antarabangsa yang mengujakan, dan keghairahan serta juara legenda Pasukan McLaren Honda Formula 1 telah lama menjadi sebahagian penting daripadanya.

McLaren dan Honda kembali ke litar perlumbaan sebagai rakan kongsi pada permulaan musim Formula 1 2015. Kerjasama ini menyatukan semula salah satu pasangan paling dominan dalam sejarah sukan permotoran: antara tahun 1988 dan '92 McLaren serta Honda memenangi lapan kejuaraan dunia dan juga 44 grand prix, memperoleh 53 kedudukan pertama dan mencatat 30 pusingan terpantas – kesemuanya dalam hanya 80 grand prix.

"Kisah Pasukan McLaren Honda Formula 1 dicirikan oleh usaha seseorang individu, dipenuhi dengan juara-juara yang telah berdiri di atas pentas global sukan. Ini merupakan pasukan yang memanfaatkan setiap detik dan kekal terbuka kepada cabaran baharu," kata Christophe Navarre. "Chandon begitu gembira dapat bekerjasama dengan Pasukan McLaren Honda Formula 1. Ini merupakan satu cara yang baik untuk menyatukan peminat-peminat kami di seluruh dunia, dan untuk menikmati keakraban hubungan ini."

Ron Dennis berkata: "Ini suatu yang amat mengujakan apabila Moet Hennessy memilih untuk bekerjasama dengan pasukan McLaren Honda melalui Chandon untuk membentuk satu kerjasama jangka panjang yang unik. Padanan antara Chandon dan McLaren Honda merupakan sesuatu yang semula jadi dengan kedua-duanya berkongsi keghairahan untuk berinovasi dalam apa sahaja yang kami lakukan, digabungkan dengan gaya serta pendekatan tersendiri. Ini merupakan satu penghormatan hebat buat semua di McLaren Honda untuk bekerjasama dengan Chandon, salah satu daripada jenama ikonik dalam portfolio Moet Hennessy yang berprestij."

Chandon telah diasaskan melalui semangat keterbukaan dan kolaborasi ini: yang mengundang pertemuan yang luar biasa dan membuahkan hasil. Ahli enologi terkemuka Renaud Poirier telah menerokai dunia dan mencari wilayah terbaik untuk menghasilkan wain berbuih. Beliau pertama kali tiba di Mendoza, Argentina pada tahun 1959 dan bekerjasama dengan pembuat wain tempatan, menyesuaikan pengetahuan pembuatan wain Perancis kepada kepelbagaian tempatan. Ekoran daripada sifat keterbukaan yang serba boleh dan pendekatan bersahaja dalam melakukan sesuatu dengan cara berbeza, rangkaian baharu wain berbuih tempatan yang luar biasa terhasil. Kini, lebih 55 tahun kemudian, ladang wain Chandon terdapat di Argentina (1959), AS (1973), Brazil (1973), Australia (1986), India (2013) dan China (2014). Satu jenama yang asli dan disegani, wain Chandon dinikmati di seluruh dunia.

Chandon dan McLaren 

Tiada siapa mengetahui cara untuk bergerak seiring dengan masa - dan teknologi tercanggih – seperti mana McLaren dan Chandon! Kedua-duanya menyepadukan semangat penguasaan dan inovasi sempurna: McLaren dengan kereta lumba tanpa tandingan manakala Chandon dengan kepakaran pembuatan wain serta pencarian global untuk mencapai kesempurnaan dalam menghasilkan wainnya.

Sentiasa terdapat sebab untuk meraikan, menikmati dan bersantai, sama ada pada akhir perlumbaan yang mencabar, atau pada penghujung hari yang baik! Chandon merupakan minuman ucap selamat berbuih yang sempurna untuk detik-detik yang terhasil apabila anda kekal terbuka kepada kehidupan dan peluang-peluang indah yang tersedia.

Chandon dan McLaren Honda bersama-sama wujud di bandar-bandar paling kosmopolitan di dunia. Formula 1 berada di 19 buah negara merentasi lima benua, manakala Chandon menghasilkan wainnya di enam buah negara, dan boleh didapati di lima benua.

Latar Belakang Chandon  

Chandon merupakan salah satu Maison ikonik Moet Hennessy yang merupakan sebahagian daripada kumpulan LVMH. Sejenis wain berbuih baharu yang ceria dan bergaya bersahaja, Chandon dihasilkan dengan semangat terbuka yang spontan dan keinginan untuk menghasilkan hubungan yang asli. Dengan menyesuaikan pengetahuan pembuatan wain Perancis tradisional kepada hasil tempatan, Chandon kini mempunyai enam kilang wain di seluruh dunia. Setiap satunya merupakan hasil pengembaraan Maison ke seluruh dunia untuk mencari wilayah terbaik bagi menghasilkan wain yang membuih: Argentina, AS, Brazil, Australia, India dan China.

Latar Belakang Pasukan McLaren Honda Formula 1

Pemandu lumba New Zealand Bruce McLaren telah mengasaskan pasukan McLaren pada tahun 1963. McLaren telah memenangi 20 kejuaraan dunia dan lebih 180 grand prix. McLaren kini terkenal di peringkat global sebagai salah satu pesaing paling berjaya dalam sukan dan salah satu jenama teknologi tinggi paling terkemuka di dunia.

McLaren-Honda dan Chandon akan memulakan kerjasama mereka mulai musim F1 2016.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272322 )

SUMBER  Chandon

Source: Chandon
Keywords: Auto Sports Transportation Licensing/marketing agreements