omniture

Engin Yakut Failkan Aduan Ke atas Land Rover Dengan Pihak Berkuasa Turki

GUROL LAW OFFICE
2015-10-02 04:29 296

ISTANBUL, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Peguam Engin Yakut telah memfailkan petisyen aduan rasmi kepada Pihak Berkuasa Turki yang mendakwa terdapat kecacatan yang banyak dari kilang pada semua jip Range Rover Vogue di Turki. Dalam petisyen aduan itu, adalah dituntut supaya kesemua kenderaan itu patut ditarik balik daripada pasaran oleh Kementerian Pertahanan, memandangkan kecacatan pengeluaran yang didakwa pada 17 buah Range Rover itu mungkin turut berlaku pada banyak jip di seluruh negara.

Berikutan daripada pemfailan aduan itu, kes tersebut akan dipindahkan kepada Kementerian Sains, Industri dan Teknologi serta Kementerian Kastam untuk "Pemulaan Siasatan". Jika Yakut memenangi kes untuk penarikan balik itu, hak untuk "Penarikan Balik" bagi semua kenderaan Range Rover Vogue pada mulanya hendaklah diperoleh di Turki, kemudiannya seluruh dunia melalui "Pengiktirafan dan Kelulusan Antarabangsa". Kes ini telah tersenarai dalam senarai sepuluh tertinggi global Twitter dengan tag "Land Rover Game Over".

Kes penarikan balik En. Yakut akan didengar di Mahkamah Pengguna Pertama Istanbul dan kes untuk penarikan balik dibuka oleh pengguna yang terlibat akan didengar di hadapan Mahkamah Pengguna Kedua Bakırköy. Perbicaraan akan dijalankan pada 07 Disember, 2015.

Peguam Land Rover, Cik İnci Akın, turut mengambil bahagian dalam kes penarikan balik itu yang difailkan di hadapan Mahkamah Pengguna Pertama Istanbul, yang telah dijalankan pada 17 September.

Yakut turut memfailkan aduan jenayah ke atas Pengedar Turki, yang mendakwa "Penipuan dan Pemalsuan Dokumen Rasmi". Dalam skop Penyiasatan yang dibuka oleh Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul, pengarah-pengarah syarikat pengedaran itu telah dipanggil ke Angkatan Keselamatan untuk memberikan kenyataan mereka.

PEJABAT PERUNDANGAN GUROL
http://www.gurolhukuk.com/eng/

Candas GUROL, candas@gurolhukuk.com dan Engin YAKUT, ey@intemar-tr.com , Tel: +90-216-336-12-16, Tel. Bimbit: +90-533-271-41-49

Sumber: GUROL LAW OFFICE

Source: GUROL LAW OFFICE
Keywords: Auto Transportation Legal issues