omniture

Mindshare Dinamakan Agensi Mudah Alih Global Terbaik Tahun Ini oleh Persatuan Pemasaran Mudah Alih

Mindshare
2015-10-02 14:44 321

NEW YORK, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

Mindshare, agensi media yang merupakan sebahagian daripada WPP, telah dinamakan sebagai Agensi Mudah Alih Global Terbaik Tahun Ini oleh Persatuan Pemasaran Mudah Alih.

Mindshare telah meraih 7 anugerah menerusi pelbagai kategori dan pelanggan dalam pertandingan global:

  • Anugerah Strategi Pemasaran (Perak) untuk Unilever, Cornetto -The Ghost is Calling, Malaysia
  • Pembinaan Hubungan / CRM (Gangsa) Unilever, Lifebuoy - Bond of Love on the Mother's Day, Pakistan
  • Pemasaran Dalam Persekitaran Permainan Mudah Alih (Emas), Zespri  - How Zespri Got Kids Across China to Slice 18Billion Kiwis, China
  • Sosial Mudah Alih (Emas), Unilever, Sunsilk - The Language of Hair, Vietnam
  • Anugerah Teknologi Berkemampuan (Perak), Unilever, Hellmann's - Delivering Inspiration at Point of Sale, AS
  • Anugerah Teknologi Berkemampuan (Gangsa), Unilever, Lifebuoy - Lifebuoy Flood, Indonesia
  • Inovasi (Gangsa), Unilever, Rexona - Who Does More? Turki

Nick Emery, Ketua Pegawai Eksekutif Global di Mindshare berkata: "Kami gembira kerana dipilih sebagai agensi mudah alih global terbaik tahun ini, terutamanya dengan persaingan yang begitu hebat. Pendekatan yang mengutamakan mudah alih menjadi teras bagi strategi penyesuaian kami dan keluasan geografi anugerah kami merentasi begitu banyak pelanggan merupakan testimoni kepada kejayaan kami."

Greg Stuart, Ketua Pegawai Eksekutif di MMA berkata: "Kebanyakan pemasar memberitahu saya mereka benar-benar menginginkan dan memerlukan agensi mereka untuk bertambah baik dan mendahului dalam industri mudah alih - yang terbaik kami dengar adalah Mindshare."

Mindshare telah pun dinamakan sebagai Agensi Mudah Alih Terbaik Tahun 2015 oleh Smarties China (1 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa) dan India (6 Emas, 5 Perak, dan 3 Gangsa), Mindshare India turut dinamakan sebagai Agensi Terbaik Tahun Ini bagi MADDIE 2015 (3 Emas, 4 Perak dan 5 Gangsa) dan Mindshare UK telah dinamakan sebagai Agensi Mudah Alih Paling Berkesan di Drum MOMA 2015.

Lihat para pemenang di sini: http://ow.ly/SNmZc

Latar Belakang Mindshare:

Mindshare merupakan rangkaian agensi media global dengan pembilan melebihi AS$34.5 bilion (sumber: RECMA). Rangkaian ini terdiri daripada lebih 7,000 kakitangan, di 116 buah pejabat di 86 buah negara yang berada di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika serta Asia Pasifik. Setiap pejabat berdedikasi untuk mewujudkan kelebihan pemasaran yang berdaya saing untuk syarikat-syarikat dan jenama-jenama mereka berdasarkan nilai kepantasan, kerja berpasukan serta provokasi. Mindshare merupakan sebahagian daripada GroupM, yang menyelia sektor pengurusan pelaburan media untuk WPP, kumpulan perkhidmatan komunikasi utama dunia. Kunjungi kami di http://www.mindshareworld.com dan ikuti kami di Twitter @mindshare dan facebook.com/mindshare serta LinkedIn.com/company/mindshare.

Becky Williams - +44(0)7710-393700 - becky.williams@calacus.com

Source: Mindshare
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Awards